07

63 17 7
                                    

- 🌸 -

Youngae's p.o.v

"M-min Youngae." Sapaan itu serta-merta mematikan lamunanku, serentak mata aku alihkan ke wajahnya sebelum pandangan jatuh ke arah sejambak bunga yang dipegangnya erat.

Kau tak patut muncul sekarang, Jungkook.

Pandangan aku alihkan ke arah lain semula, menunjukkan yang aku tak berminat untuk dia berada di sini. Namun perkara itu tak mampu mematahkan semangatnya untuk terus melangkahkan kaki ke arahku.

Lelaki ni, pergi tempat lain boleh tak?

Sejambak bunga pelbagai jenis itu dihulur betul-betul di hadapan mukaku, terkedu aku buat seketika. "S-sorry for your loss. A-aku minta maaf aku tak dapatㅡ"

"Tak apa. Aku tak kesah pun." Balasku ringkas. Bekas makanan aku tutup semula langsung tak hiraukan hulurannya itu tadi malah bersiap sedia untuk bergerak pergi dari situ.

Sejak Jungkook masuk sekolah ni, pokok besar ni bukan tempat privasi aku lagi dah. Setiap hari ada je orang nak ganggu waktu rehat aku, hilang selera aku nak makan.

"Y-yah.. kau nak pergi mana? Kan baru je rehat?" Soalannya tidak aku balas. Entah kenapa mulut aku terasa makin berat untuk mengeluarkan kata-kata sejak menjak ini. Biarlah orang anggap aku bisu sekali pun, sekurang-kurangnya aku tak perlu bercakap dengan manusia.

"Yah Min Youngae." Pantas pergelangan tanganku dicapai membuatkan aku kini menghadap tepat ke arahnya.

Bersama senyuman hambar di bibir, perlahan-lahan dia menarik tanganku untuk duduk semula seperti tadi. Kepalanya pula ditundukkan, melindung riak wajah yang jelas tampak kecewa. "Kau duduk lah sini. Aku boleh pergi."

Aku terpaku seketika, tersedar akan perkara yang baru saja aku lakukan sebentar tadi. Dah kenapa dengan aku ni? Kenapa aku ikutkan sangat emosi aku?

"S-sorry." Bibir aku ketap kuat, berusaha untuk merendahkan egoku yang tadinya tinggi menggunung. Aku tak berniat untuk berkasar dengan lelaki ni, aku cuma tak suka bergaul dengan sesiapa.

Tapi kenapa aku rasa bersalah?

Jungkook yang baru satu langkah menjauhi aku itu kini memalingkan semula tubuhnya. Bibir masih kekal tersenyum hambar, kembali mengorak langkah ke arahku.

Lama suasana dibiarkan berjeda dengan posisi Jungkook duduk disebelahku. Serba sedikit terasa aura kejanggalan mengelilingi kami. Ah, ni semua aku punya pasal.

"Youngae."

● ● ● ● ●

[ C ] flor muertaWhere stories live. Discover now