- 🌸 -
Youngae's p.o.v
"Ae..." aku yang baru menapakkan kaki ke dalam rumah memandang sekilas ke arah pemilik suara yang memanggil. Panggilannya tidak aku sahut tetapi langkah aku hentikan tanda aku mahu mendengar kata-katanya.
Lelaki bernama Yoongi merangkap abang kandungku itu kini menghampiri aku yang masih tercegat di depan pintu rumah. Dapat aku lihat melalui ekor mataku, wajahnya seakan risau dan runsing seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya. "Siap, kita pergi hospital sekarang."
Aku mula berkerut dahi sambil wajahnya aku pandang, meminta penjelasan. "K-kenapa kita kenaㅡ"
"Appa sakit. Sakit tenat." Kata-kata itu dengan serta-merta membuatkan degupan jantung aku terhenti buat seketika. Perasaan kini sudah bercampur baur sehingga aku keliru dengan apa yang patut aku rasakan saat ini.
Sejak bila dia sakit?
Hampir satu minit aku membisu, langsung tak memberikan respon positif mahupun negatif.
"Ae, aku tahu kau berdendam dengan appa tapiㅡ"
"Dia patut rasa macam mana eomma rasa dulu." Mendatar nada suaraku berkata. Mata Yoongi yang kini sudah memerah itu aku pandang tajam, menunjukkan betapa bencinya aku pada ayah kandung aku sendiri.
Perasaan sedih aku buang jauh-jauh. Lelaki tua itu memang patut terima balasan atas perbuatan keji dia dahulu.
"Dia ayah kita, Youngae. Tak kira apa pun dia dah buat, dia still ayah sebenar kita." Serentak air mata kami mengalir ke pipi. Peristiwa buruk yang berlaku kepada kami dua beradik akan selama-lamanya mekar dalam ingatan kami. Sejak kecil lagi, kasih sayang seorang bapa tak pernah kami dapat.
Syukur Tuhan pinjamkan seorang wanita yang kuat dan penyayang untuk kami. Tetapi malangnya dia terseksa, terseksa dengan kelakuan lelaki tua yang tidak berhati perut.
"Aeㅡ"
"Dia sebab eomma mati. Dia dah buang kita, Yoongi. Dia tak kesah pun pasal kita. Kenapa kita sibuk nak melawat dia lagi?" Aku berkata, masih dengan air mata yang kian jatuh berjurai. Yoongi hanya mengeluh perlahan sebelum tubuhku dia dakap erat. Lembut dia mengusap belakang kepalaku, seketika aku rasa bersyukur mempunyai abang yang sebegini penyayang.
"Aku tahu. Tapi kita kena melawat dia..."
"..maybe untuk kali terakhir?"
● ● ● ● ●
YOU ARE READING
[ C ] flor muerta
Fanfiction[ A Jeon Jungkook Fanfiction ] "Thanks for making me realize my worth." +++++ Start: 11 April 2020 End: 3 May 2020