28

43 13 2
                                    

- 🌸 -

Youngae's p.o.v

"Aku memang dah tak ada dalam dunia ni." Aku tersentak dengan kata-kata Jungkook tetapi tak lama sebelum tawa terletus dari mulut sendiri. "Apa kau merepek ni Jungkook? Kau ada depan aku sekarang ni, kenapaㅡ"

"Aku dah tak ada Youngae, jasad aku dah tak ada lagi dalam dunia ni." Ayat yang lebih kurang sama seperti yang dikatakan oleh Dr. Kang tadi. Namun aku masih tak dapat nak menerima hakikat yang aku berhalusinasi, tak, ingat ni filem ke? Kalau ni semua prank, tolong tamatkan sekarang. Aku dah tak sanggup.

Kedua belah tanganku dicapai dan diusap lembut sebelum sekali lagi, bibirnya diukirkan senyuman. "Lupakan memori kau dengan aku, kau berhak jalani hidup kau macam biasa, ada atau tanpa aku. Kau perempuan paling kuat aku pernah jumpa dalam dunia ni, Youngae. Aku yakin kau mampu." Berjurai-jurai air mata mengalir, teresak-esak aku memandang ke arah wajah tenang Jungkook.

Kenapa, kenapa semua orang yang aku sayang pergi sebelum aku?

"K-kau dah janji tak nak tinggalkan aku... kenapa kau buat aku macam ni, Jungkook?" Aku menyoal dengan suara yang tersedu sedan, bibir pula aku ketap kuat, tak mahu esakanku semakin menjadi-jadi.

"Aku tak tinggalkan kau. Aku sentiasa ada di sisi kau walaupun kau tak kan nampak aku."

"Aku dah pegang janji tu, dan janji tu akan terus dan selama-lamanya tersemat dalam pegangan aku."

"Jaga diri, Min Youngae. Aku sayang kau." Hancur jantungku saat tangannya yang tadi elok menggenggam tanganku kini perlahan-lahan menghilang.

Wajah dia, senyuman dia, semakin lama semakin memudar.

Tak.

Tak tak tak.

Jungkook tak boleh pergi.

"A-andwae!"

"ANDWAE JUNGKOOK-AH!"

"Andwae...."

Kali terakhir yang aku ingat adalah pandanganku mula kabur dan tubuhku terasa berat sebelum segalanya jadi gelap.

Segelap masa depan aku.

● ● ● ● ●

[ C ] flor muertaWhere stories live. Discover now