- 🌸 -
Youngae's p.o.v
Satu keluhan halus terlepas dari bibir tanpa sengaja. Daun-daun berguguran itu aku tenung dari jauh bersama riak dan minda yang kosong.
Selepas tamat waktu sekolah tadi, aku terus bergerak pergi ke taman di kawasan perumahan aku ni. Kalau aku balik rumah sekali pun bukan ada orang, Yoongi bila dah bekerja, memang lewat malam sajalah dia berpeluang untuk jejakkan kaki ke rumah.
Entahlah, aku nak berhenti sekolah dia tak bagi. Risau pula aku tengok dia bersusah payah sampai macam tu.
Lama aku termenung sendiri sebelum mataku kian membuntang saat satu kon aiskrim muncul betul-betul di depan mata. Seketika aku terkaku, wajah si pemberi pula aku pandang dengan riak yang agak terkejut.
"J-Jungkook..?"
"Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Soalku tetapi hanya dibalas dengan senyuman lembut miliknya.
Tempat kosong di sebelahku kemudiannya dia ambil, sekali lagi menghulur aiskrim itu kepada aku yang masih berkerut dahi. "Ambil lah ni, aku belikan untuk kau." Pelawanya, masih dengan senyuman yang setia meniti di bibir.
Aku pula dengan teragak-agak menerima hulurannya sambil di dalam hati penuh perasaan tertanya-tanya akan lelaki ni.
Dia ni, aku dekat mana-mana pun dia tahu. Stalker atau memang kebetulan?
"Aku nampak kau pergi sini lepas sekolah tadi. Kau selalu ke lepak sini?"
Sah stalker.
"Youngae? Kau dengarㅡ"
"Kenapa kau selalu ikut aku ah?"
● ● ● ● ●
YOU ARE READING
[ C ] flor muerta
Fanfiction[ A Jeon Jungkook Fanfiction ] "Thanks for making me realize my worth." +++++ Start: 11 April 2020 End: 3 May 2020