- 🌸 -
Youngae's p.o.v
Psychology and Counselling centre, iaitu di mana aku berada sekarang ni. Lama aku tak memunculkan diri ke sini, kira-kira hampir mencecah dua tahun. Tetapi pada aku ia tidaklah begitu penting, lagipun mampu ke orang macam aku bayar bil perubatan di sini?
Aku bukan orang kaya.
"Cik Min Youngae." Pantas aku mengangkat punggung dari tempat duduk. Begitu juga dengan Yoongi, namun aku tak dapat mengatakan apa-apa memandangkan aku tahu betapa kecewanya dia rasa sekarang ni.
Maafkan aku sebab tipu kau selama ni, Yoongi. Aku cuma tak nak kau rasa aku ni beban pada kau. Dari kecik, macam-macam kau korbankan untuk aku. Aku tak nak menyusahkan kau lagi.
Masuk sahaja ke dalam bilik rawatan, wajah manis Dr. Kang awal-awal sudah menyapa pemandangan mataku. Cermin matanya diasangkutkan pada batang hidung sebelum bibir dukirkan sebaris senyuman. "Long time no see, Min Youngae-ssi." Aku hanya tersenyum janggal sebelum Yoongi yang menuju ke arah sofa di belakang sana itu aku pandang sekilas.
"Have a sit." Dengan kekoknya aku duduk menghadap wanita psychiatrist itu. Entah kenapa, aku terasa kekok walhal dulu aku agak rapat dengannya.
Mungkin sebab sudah lama tak berjumpa?
"Macam mana awak sekarang? Pelik saya bila awak tak reply pun mesej saya. Balas surat pun tak." Buat sekian kalinya aku tersengih janggal, jari pula tak henti-henti bermain sesama sendiri. Gugup bila teringatkan Yoongi yang hanya menjadi pendengar.
"S-saya okay. Better than before."
"Are you sure?"
"Yeah. Saya dah banyak luangkan masa dengan benda yang lebih berfaedah, saya dah tak terperap dalam bilik. O-oh, sayaㅡ"
"Berhenti menipu boleh tak?!" Terhinjut bahuku saat Yoongi tiba-tiba menengking. Dibukanya langkah menuju ke arahku bersama wajah yang sudah merah padam, seakan api amarahnya bila-bila masa sahaja boleh meletus.
T-tapi apa maksud dia aku tipu? Aku cakap benda betul, kenapa dia nak marah sangat?
"Encik Yoongi bertenangㅡ"
"Kau cakap sorang-sorang, kau simpan lagi semua bunga-bunga mati dalam bilik kau, itu yang kau cakap okay?!" Aku terpana dengan kata-kata disebalik tengkingannya. Nafas aku dengan secara tiba-tibanya bertukar tidak teratur, mataku pula bergerak-gerak cuba memahami perkara yang dia baru katakan.
"A-aku tak pernah simpan bunga mati. Bunga tu semua Jungkook yang bagi, aku siram hari-haㅡ"
"JUNGKOOK DAH MATI YOUNGAE!" Tengkingnya lagi, tetapi kali ni dia terus bercangkung, bersama kedua belah tangan menekup muka. Aku terdiam, bibir pula mula menggigil tak percaya dengan kata-katanya.
Apa masalah lelaki ni sampai cakap benda merepek? Jungkook aku belum mati, kitorang baru je jumpa tadi. Apa kena dengan dia? Apa kena dengan semua orang?
"Kau cakap apa ni Yoongi? A-aku baru je keluar dengan dia tadiㅡ"
"Youngae-ssi,"
"Awak berhalusinasi je. Jeon Jungkook dah tak ada sejak tiga tahun lepas." Giliran Dr. Kang berkata, membuatkan aku makin terkejut dan terkaku. Dan disebabkan tekanan yang berlaku secara mendadak, air mataku dengan perlahan-lahannya jatuh mengalir pada permukaan pipi. Tekak aku terasa perit, jantungku pula terasa seperti dicucuk sesuatu.
Tak.
Tak, aku tak percaya.
"Tak. Saya akan buktikan yang dia ada lagi." Sejurus itu, dengan pantas aku mengorak langkah keluar dari bilik tersebut. Dalam fikiran aku hanyalah Jungkook. Aku akan buktikan pada semua orang yang aku tak silap, Jungkook memang ada dengan aku selama ni.
"A-awak nak pergi mana? Min Youngae-ssi!"
● ● ● ● ●
YOU ARE READING
[ C ] flor muerta
Fanfiction[ A Jeon Jungkook Fanfiction ] "Thanks for making me realize my worth." +++++ Start: 11 April 2020 End: 3 May 2020