- 🌸 -
Yoongi p.o.v
"Yoong aku gerak lu!" Aku yang tadinya asyik dengan telefon serta-merta mengalihkan pandangan ke arah Youngae yang kelam kabut bersiap-siap untuk keluar rumah. Agak tertanya-tanya aku dengan perangai dia sejak menjak ni sebenarnya.
Youngae yang aku kenal tak pernah berkelakuan macam ni. Tak silap aku, macam baru semalam je aku nampak dia murung dan berkurung dalam bilik.
Tapi makin hari ni, makin gembira kau ya? Adik aku ke ni?
"Yah yah.. kau nak pergi mana ni? Asyik keluar je. Time aku kerja sibuk tanya bila balik, bila aku kat rumah kau tinggal je aku." Rungutku sambil menjelingnya yang seakan menahan tawa dari meletus.
Sakit hati juga aku dengan adik sendiri. Bukan apa, dalam dunia ni aku ada dia je yang boleh dibuat bergurau. Bosan lah kalau niat nak luangkan masa, dia boleh pula pentingkan boyfriend dia yang entah siapa-siapa tu.
Oh ya, siapa sebenarnya boyfriend dia?
"Mengada-ngadanya kau ni. Pergilah tengok tv, kalau aku ada pun sama je." Selamba dia berkata sambil menyarungkan kasut pada kaki. Kalau bukan namanya adik, dah lama aku tolak kepala dia bagi jatuh tersungkur.
"Kau mesti nak jumpa boyfriend kau kan? Siapa lelakiㅡ"
"Gerak lu! Jumpa nanti Yoong bye!" Sempat dia memberi flying kiss, beria-ria melambai ke arahku yang kini rasa mahu saja baling kasut-kasut ni pada muka dia. Dasar tak guna, ini lah yang dikatakan cinta itu membunuh.
Apa kena mengena pula dah aku ni.
"Y-yahㅡ" panggilan aku terbatas saat telefon dipoket mula bergetar. Skrin dibuka, terpampanglah nombor pemanggil yang tak dikenali.
"Hello?"
"Selamat petang, ni penjaga Min Youngae ke?" Aku mengerutkan dahi pelik. Suara lembut wanita itu membuatkan aku sekali lagi memeriksa nombor tersebut.
"Y-ya... saya abang dia. Ni siapa ya?"
"Saya pengetua sekolah Youngae. Sebenarnya saya ada benda nak bincang dengan encik. Pasal Youngae." Makin berkerut dahi aku, tekak pula tiba-tiba terasa kering dan perit.
Masalah apa pula adik aku buat ni? Setahu aku, dia ni budak bagus.
"Dia ada buat masalah ke puan?"
"Saya tak tahu macam mana nak cakap, cuma saya harap encik dapat datang ke sini. Perkara ni lebih mudah untuk dibincangkan secara berhadapan." Aku meneguk air liur perlahan, masih cuba memproses kata-katanya.
"Encik?"
"Ya. Nanti saya mesej puan."
● ● ● ● ●
YOU ARE READING
[ C ] flor muerta
Fanfiction[ A Jeon Jungkook Fanfiction ] "Thanks for making me realize my worth." +++++ Start: 11 April 2020 End: 3 May 2020