14

59 16 6
                                    

- 🌸 -

Youngae's p.o.v

Tak senang duduk aku dibuatnya sejak sampai saja aku di taman ni. Ke hulu ke hilir aku berjalan, bibir pula berkali-kali aku ketap sehingga kebarangkalian untuk bibir aku berdarah adalah tinggi.

Baru satu minit berlalu, aku sudah mula rasa gelisah di dalam hati. Sekejap sekejap punggung aku labuhkan ke bangku, sekejap sekejap berdiri sambil mata meliar-liar.

Persoalannya,

Mana Jungkook?

"Apa masalah aku ni? Relax boleh tak relax?" Akhirnya aku buat keputusan untuk bertenang dan duduk, mata pula aku pejamkan rapat sambil nafas ditarik dan dihembus berkali-kali. Kedua belah kaki aku rapatkan, agak kekok tetapi aku perlu tenangkan diri untuk seketika.

"Okay chillㅡ" saat terbuka sahaja kelopak mata, wajah Jungkook yang sedang memegang sejambak bunga itu dengan serta-merta memenuhi segenap ruang pandangan. Lebar dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang rata. Tetapi aku di sini pula masih kaku, masih terdiam dengan mata yang membuntang.

"Hai." Ujarnya, melambai sedikit ke arahku yang masih tak menunjukkan sebarang riaksi selain terkejut.

Tak, kenapa dia perlu muncul dengan cara macam ni? Panggil lah aku dulu kalau ya pun.

Kotak suara aku betulkan, cepat-cepat aku bangkitkan tubuh dari bangku sebelum wajahnya aku kerling seketika. "J-jom?" Tanpa mendengar balasan darinya, terus langkah aku buka meninggalkannya yang masih tercegat di belakang sana.

Aku tak tahu kenapa dengan aku sekarang ni, cuma aku dapat rasa aura kejanggalan sedang mengelilingi kami. Rasa gelisah, tapi entah lah.

"Yah..." kepala aku tolehkan ke belakang saat terasa satu tangan dibahuku. Jungkook yang kini sedang ketawa kecil itu pula aku pandang, makin membahang pipi secara tiba-tiba.

Tanganku kemudiannya dia capai lembut sebelum sejambak bunga yang dipegangnya tadi diletakkan ke atas tapak tanganku. "Ambil lah ni dulu kalau ya pun. Penat aku beli tadi."

Buat sekian kalinya aku terkaku dengan tindakan tidak dijangkanya. Aku pelik, macam mana dia boleh lakukan semua tu tanpa rasa janggal walhal hati aku dah bagai nak gila sekarang ni?

Jungkook,

Kenapa kau suka buat aku rasa tertanya-tanya?

● ● ● ● ●

● ● ● ● ●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[ C ] flor muertaWhere stories live. Discover now