- 🌸 -
Youngae's p.o.v
Gerak geri Jungkook yang cuba memasukkan token ke dalam permainan ini aku perhati dengan penuh khusyuk, cuba memahami cara untuk main permainan seperti ini.
Seumur hidup aku, aku tak pernah pergi tempat macam ni lagi. Selama ni aku hanya nampak dari luar, tak terfikir pun untuk masuk memandangkan ia nampak tak berbaloi untuk duit aku yang hanya cukup-cukup makan.
Jadi aku agak berdebar-debar untuk mula, aku takut Jungkook nampak aku seperti orang bodoh.
"Kau okay?" Soalnya secara tiba-tiba, membuatkan kedua belah keningku dengan spontannya terjungkit. "Aku okay je."
"Kau try dulu."
"Hah?" Aku agak terkejut dengan kata-katanya. Macam mana aku nak mula dulu sedangkan aku tak tahu apa-apa?
Yang aku tahu sekarang ni, ada senapang yang agak besar depan mata aku. Apa yang patut aku buat? Tembak skrin di depan aku ni?
"Pegang ni dulu." Senapang itu kemudiannya dihulurkan oleh Jungkook. Teragak-agak aku nak ambil, memikirkan cara untuk memegang benda berat ni.
"Jungkook aku tak tahuㅡ"
"Aku ajar, jangan risau." Aku hanya menurut sahaja kata-katanya sebelum tubuh aku palingkan menghadap ke arah skrin permainan tersebut.
Tak perlu menggelabah Youngae, kan dia kata dia boleh ajar.
"Lepastu buat apaㅡ" kata-kata aku terhenti saat terasa jari-jemari Jungkook perlahan-lahan mengangkat rambutku yang tadinya dibiarkan jatuh terurai. Tak dapat nak disangkal, kali ni memang betul-betul jantung aku berdegup dengan kelajuan maksimum, rasa macam bila-bila saja boleh terkeluar.
Ok, sekarang baru masa yang sesuai untuk aku menggelabah.
"Sorry. Aku tak nak rambut kau mengganggu nanti." Aku masih terdiam, tubuh kaku habis.
Kenapa lelaki ni suka buat tindakan yang tak dijangka? Boleh tak sekali buat aku rasa tenang tanpa perasaan entah apa-apa menyerang aku?
Tak cukup dengan itu, dapat aku rasa deruan nafasnya menyapa sebelah telingaku, menunjukkan keadaan kami memang agak rapat tika ini.
"Aku cakap shoot baru kau tekan." Dengan kekoknya aku memegang senapang itu, menunggu Jungkook untuk mengarahkan tindakan seterusnya.
Okay Youngae, fokus dekat game ni. Lelaki belakang kau ni kau biar dulu, tak payah fikir pasal dia.
"Shoot." Menggelabah aku cuba tekan picu senapang tersebut. Gigi pula aku ketap rapat saat fokus aku mula memudar bila teringatkan situasi sekarang ni.
Aih, biar je lah rambut aku tu. Sana dulu boleh tak?! Kau buat otak aku makin tak berfungsi!
"Shoot." Sekali lagi aku menembak, tepat pada sasaran membuatkan aku serba serbi faham dengan permainan ini.
Baiklah, aku, Min Youngae, dengan bangganya ingin menunjukkan skill aku tanpa bantuan Jeon Jungkook. Kacang je game ni rupanya, tunggulah aku beraksi.
Berkali-kali aku menekan picu, berdas-das tembakan aku sasarkan pada sasaran di skrin. Kali ni dah tak kekok, tapi aku minta sesiapa tolong bagitahu yang aku nampak hebat sekarang ni.
"Woah, hebat hebat..." pujiannya membuatkan aku tersenyum bangga, tetapi mata masih fokus pada skrin memandangkan sudah sampai pada saat-saat terakhir.
3.. 2.. 1.. GAME OVER
"Hebat juga aku." Kepala aku palingkan ke belakang dengan niat mahu melihat riaksi Jungkook, tetapi degupan jantung aku pula terhenti seketika, terlupa akan kedudukan kami tika ini.
Berubah terus eksperesi mukaku, tetapi tidak pada dia yang masih kekal tersenyum lebar sambil memandang tepat ke arahku yang sudah terkelu lidah.
"Good job."
● ● ● ● ●
YOU ARE READING
[ C ] flor muerta
Fanfiction[ A Jeon Jungkook Fanfiction ] "Thanks for making me realize my worth." +++++ Start: 11 April 2020 End: 3 May 2020