27

43 12 6
                                    

- 🌸 -

Youngae's p.o.v

"JUNGKOOK-AH!"

"JEON JUNGKOOK!" berkali-kali aku melaung namanya, tak henti-henti aku berlari di sekitar taman di mana tempat kami sering bertemu. Walau aku tahu ini bukan tempat yang sesuai untuk aku cari dia, tapi aku pasti, aku pasti yang dia akan muncul bila-bila masa.

"Jungkook takkan biarkan aku sedih. A-aku tahu dia akan datang sekejap lagi."

Hampir satu jam aku berjalan sambil melilaukan mata, setia menunggu lelaki yang sedang aku cari sekarang ni. Namun apakan daya, dengan air mata yang tidak berhenti mengalir, nafas yang sudah tidak teratur, akhirnya aku tewas dan berakhir di atas bangku berdekatan bersama kepala yang ditundukkan serta tangan memeluk kedua belah kaki.

Kepala aku.. kepala aku sakit.

"JUNGKOOK DAH MATI!"

"JUNGKOOK DAH TAK ADA SEJAK TIGA TAHUN LEPAS."

"JUNGKOOK."

"DAH."

"MATI."

Telinga yang mula rasa bingit aku tutup, berusaha mengeluarkan segala suara yang aku tak mahu ingat dan tak mahu dengar. Aku tahu semua tu cuma dusta belaka, aku tahu diorang sengaja menipu aku, aku tahu.

"T-tak... dia belum mati. Dia masih hidup."

"Jungkook aku masih hidup." Tersedu-sedan aku cuba mengawal diri dari terus menangis bersama wajah yang tersembam pada lutut.

Jungkook dah janji untuk tak tinggalkan aku, dia dah janji untuk buat aku bahagia, dia dah janji untuk sentiasa ada dengan aku sampai bila-bila. Aku takkan senang-senang runtuhkan kepercayaan aku pada orang yang dah buang segala duka dalam hati aku, orang yang dah ajar aku erti kebahagiaan,

Orang yang berjaya, buat aku jatuh cinta.

"J-Jungkook-ah..."

"K-kook-ahㅡ"

"Aku kat sini." Suara lembut yang menyahut membuatkan aku mendongak dengan serta-merta. Wajahnya yang diserikan dengan senyuman manisnya itu aku tenung lama, lama sehingga air mataku kembali jatuh mencurah-curah.

Tak berlengah lagi, pantas tubuhnya aku dakap, seerat yang mungkin. Tanganku pula kuat menggenggam belakang bajunya, langsung tak ada rasa ingin lepaskan.

Aku betul-betul sayangkan lelaki ni, aku perlukan dia dalam hidup aku.

"Jangan tinggalkan aku, please." Ujarku, namun hanya dibalas dengan tepukan lembut dari Jungkook pada belakang badanku.

Kenapa dia diam? Mana kata-kata semangat yang dia selalu cakapkan pada aku?

Pelukan aku leraikan, tetapi tangan masih kuat memegang kedua belah lengannya. "I-ikut aku. Aku nak buktikan dekat diorang yang kau ada lagi. Aku nak diorang berhenti cakap kau dah mati." Tanpa menunggu balasan darinya, langsung tangannya aku tarik, mengajaknya supaya ikut aku berjumpa dengan Yoongi dan Dr. Kang.

Aku dah agak semua yang diorang cakap cuma mengarut dan dusta. Aku tak sabar nak tengok muka tergamam diorang bila aku bawa Jungkook sama nanti.

"Kook jomㅡ"

"Youngae-ah..."

"Diorang tak tipu kau, aku memang dah tak ada dalam dunia ni."

● ● ● ● ●

[ C ] flor muertaWhere stories live. Discover now