Tap!
Tap!
Derapan kaki laju di dalam istana. Terkoncoh-koncoh semua pembantu dalam istana berlari ke bilik persalinan Permaisuri Kristal. Bagaikan kecemasan berlaku di dalam istana tersebut.
"Aah!"
Bergema satu istana dengan jeritan Permaisuri Kristal.
Pembantu Wawa yang memimpin anaknya berhenti di tengah istana. Dia melihat sekelilingnya, semua tergesa-gesa. Matanya melirik ke arah anak di samping. Dia berdiri di hadapan dan merendahkan badan sejajar anaknya. Senyuman ditampil olehnya.
"Yaya, mak nak pergi bilik permaisuri. Yaya tunggu sini ya?" tanya Pembantu Wawa kepada anaknya, Yaya dengan nada lembut. Mata Yaya yang comel menatap ibunya dan perlahan-lahan mengangguk kepala. Walaupun dia baru berusia 3 tahun, dia masih memahami ibunya yang bekerja sebagai pembantu istana.
Pembantu Wawa kembali berdiri dan dengan berat hati melepaskan tangan anaknya. Dicuit pipi anaknya sebelum berlari ke bilik persalinan. Yaya hanya tercegat dan menatap kelibat ibunya yang sudah pergi.
Yaya melilau sekelilingnya. Seorang kanak bersendirian tidak jauh dipandangnya. Terdetik hatinya untuk menegurnya. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke arah nya.
"Hai, saya Yaya." Ucap Yaya dan senyum manis kepadanya. Kanak itu terkebil-kebil sebelum tunduk memandang lantai.
"Janganlah malu. Yaya nak jadi kawan je," ujar Yaya lagi.
Kanak tersebut menangkat kepalanya dari menunduk ke bawah. Kata-kata Yaya menarik perhatian nya. Mata Yaya merenungnya membuatkan hatinya tenang.
"Kawan?" Soal Ying.
"Ya. Kawan. Jom kita berkawan."
Ying mengemam bibirnya. Dia menangguk dan bibirnya ukirkan senyuman.
"Saya... Ying."
"Oh, Ying. Selamat berkenalan!" Kata Yaya ceria dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Ying memerhati tangan Yaya yang dihulur. Perasaan segan hilang di hati Ying, seraya dia menyalam Yaya.
**
"Sikit lagi tuanku."
Air mata berlinangan di pipi permaisuri. Tergeleng-geleng kepalanya. Sungguh dia sakit pada ketika itu.
"Tahniah tuanku. Tuanku dapat seorang. Izinkan patik dan yang lain untuk memandikan anak tuanku," kata pembantu Yang. Permaisuri senyum nipis dan menggangguk. Terus beberapa pembantu mengekori pembantu Yang yang mendukung puteri ke bilik air khas.
"Tahniah sayang kerana berusaha." Kata Raja Quake dan mengusap pipi permaisuri. Permaisuri Kristal senyum manis saja.
Beberapa minit, muncul pembantu tadi semula. Pembantu Yang yang mendukung puteri tuanku yang siap mandi dan berpakaian terus menyerah kepada Raja Quake.
"Aik, dah mandi terus tidur?" ujar Permaisuri Kristal. "Penat kut. Sayang nak namakan anak kita apa?" Soal raja Quake. Matanya tidak habis-habis merenung wajah comel puterinya.
"Sayang tak kisah."
"Kalau macam tu, panggil Gempa nak tak?"
"Sayang ikut saja. Nama Gempa okey saja."
"Puteri Gempa anak Raja Quake..." Raja Quake senyum dan melihat anaknya di dukungannya.
Keadaan di dalam dewan sangat bising, rakyat ditempatkan di dalam dewan tersebut. Raja Quake dan Permaisuri Kristal duduk di hadapan dan senyum kepada mereka. Puteri mereka berada di dalam bakul bayi khas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kembara Si Puteri
FanficKisah fantasi tentang seorang puteri yang bernama Gempa akan tidak lama lagi ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan Tanah. Namun sesuatu perkara yang tidak diinginkan berlaku. "Pergi lah wahai anakku. Bawa bersama buku ini dan berjumpalah 6 putera...