Bab 26

389 54 8
                                        

"Hali!"

Seorang wanita dengan muka kemerahan menghampiri seorang budak yang berumur 4 tahun.

Dia.

Hali.

Hali sedang bermain dengan tanah, lalu dikesat pada bajunya. Mata Hali yang kemerahan bak delima memandang wanita itu.

"Ibu!"

Hali mendepakan tangannya. Dia mahu ibunya mendukungnya. Namun, riak wajah ibunya kekal dengan marah.

"Dah berapa kali cakap? Jangan main tanah. Kotor! Mana tahu ada tahi kucing! Nanti sakit! Susahkan diri pula tu!"

Baru saja sang ibu mahu menepuk punggung Hali, sang ayah datang. Iaitu Raja Thunder. Dia menghalang tingkah ibu itu dari memukul Hali. Raja Thunder mendukung Hali yang menahan dari nangis.

" Dah lah tu. Dia budak kecil lagi! Haish. Kesian Hali ni. Alah, yang mandikan dan bersihkan Hali ni pembantu. Bukan sayang."

Ibu menyilang tangan ke atas dada lalu mencebik bibir.

"Saya marah dia bersebab. Tanah ni kan ada kuman. Kotor. Kalau sakit? Hah. Hah. Jawab!"

"Haish, sudah lah."

Kelihatan Raja Thunder dan Permaisuri Sambar yang tidak henti bertengkar, Hali memecahkan tangisannya.

"Hah sudah. Menangis Hali ni," ucap Raja Thunder. Raja Thunder memanggil salah seorang pembantu dan menyuruhnya memandikan  Hali.

Seusai memandikan Putera Halilintar itu, si pembantu mendukung Hali ke bilik Hali. Dia keluar apabila Permaisuri Sambar menyuruhnya dan biarkan dia dan anaknya di dalam bilik itu.

Setelah pembantu itu keluar, Permaisuri Sambar menutup pintu rapat. Hali melihat kelibat ibunya, mencebik bibir di samping menjelingnya.

Ibu hanya senyum nipis dan mendekati Hali.

"Ibu jahat!"

Ibunya cuba memegang Hali, tetapi Hali menepisnya.

"Ibu jahat!" jerit Hali lagi. Permaisuri menghelakan nafas, cuba menahan sabar dengan kerenah budak ini. Dia bangun dan memeluk tubuh.

"Hali tak sayang ibukan? Takpe. Lebih baik ibu tiada. Hali bukan sayang ibu."

Hali tergamam dan membulatkan matanya.

"Ibu... Jangan tinggalkan Hali."

Sedaya upaya Hali memujuk ibunya. Ibunya yang tidak tahan dengan anak comelnya hanya ketawa lalu memeluk anaknya.

"Hahaha. Apalah Hali ni. Ibu kan ada. Ibu sayang Hali."

"Ibu janjikan tak tinggalkan Hali?"

"Hehe. Janji. Ibu janji yang ibu takkan tinggalkan Hali. Hali kan bintang ibu."

"Ibu dah janji. Kenapa ibu pergi juga?" soal Hali sendiri, mengenangkan ibunya.

"Heh". Hali mencium gambar yang dipegang olehnya.

Mata merah delimanya melirik pula pedang di sisi katilnya.

" Hali, berusaha!"

Ayat ibunya terngiang di telingannya. Hali mengambil pedang itu.

"Kali ini aku takkan mengalah."

***

Yaya dan Ying berjalan mengelilingi istana, sehinggalah dia terserempak Fang dan Solar yang dipadang.

"Korang buat apa di si..." Ayat Yaya tergantung. Yaya dan Ying memandang tempat itu yang dari tadi Solar dan Fang pandang dari tadi.

Hali memandang Raja Thunder tajam.

"Kalau itu Hali nak..."

Raja Thunder senyum.

***

"Gempa. Gempa pasti ke Putera Hali nak ikut kita?" soal Thorn.

"Entah. Yang aku pasti dia kena ikut. Kalau tak nak, aku terpaksa guna kekasaran demi dunia."

Thorn menangguk. Thorn mencuit bahu Gempa.

"Kenapa?"

"Tengok tu!" Jari telunjuk Thorn menunjukkan pergaduhan di antara  Hali dan Raja Thunder.
Gempa tergamam. Hali hampir tewas, tapi dia masih tetap berlawan.

"Jangan!" Gempa cuba memberhentikan pergaduhan itu, tetapi Thorn menahannya.

"Jangan Gempa!" halang Thorn.

Pedang yang dipegang Hali tiba-tiba melantun bagai bola. Dan menusuk perut Hali. Banyak darah keluar dari badan Hali. Raja Thunder terdiam.

Mereka semua di situ terus berlari ke medan perang itu.

"Kau dah kenapa Raja Thunder, sampai sanggup bunuh anak kau!" marah Gempa. Semua di situ diam. Tak berani memarahi Raja Thunder, tapi Gempa di situ yang berani meninggi suara.

"Hali, kau..."

Hali baring di atas tanah dan seperti nyawa nyawa ikan. Seorang pembantu cuba menangkatnya, tetapi Hali sudah memejamkan matanya. Gelap.

**
Sorry guys😭 dah sebulan baru aq update. Jahatnya aq. Ish. Tengok, penulisan dah cringe. Ok guys. Get ready with many plot twist. Muahahaha
And bad things will happen to Hali.
Aye dah buat cerita di Instagram.

Aye dah buat cerita di Instagram

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Pilih antara Gempa dan Hali. And then diorang pilih Hali. Ok. Salam takziah kepada Hali . inshaallah saya update lagi story minggu dpn. Sbb marathon keje sekolah

Kembara Si PuteriTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang