Bab 19

393 55 7
                                    

"Kamu ni sungguh degil. Kalau ada apa-apa terjadi, macam mana?!" Marah Raja Kencang. Sesungguhnya dia terlalu marah dengan Taufan. Orang suruh, tak nak buat. Taufan buat muka monyok dan telinganya harus menelah ceramah yang diberi. Reda jelah.

"Ayah, Taufan cuma nak tolong. Kalau ada apa-apa jadi.."

"Jadi apa? Taufan, kamu tahu tak kamu ni sajalah pewaris di sini. Kalau kamu dah takde, Siapa nak waris kerajaan ni?"

Di luar bilik, Yaya, Ying dan Permaisuri Sepoi mendengar acara perbahasan di dalam bilik itu.

"Garangnya"

"Kesian Taufan"

"Haih. Beta tak tahulah nak jadi apa mereka berdua. Sikit-sikit gaduh" kata Permaisuri Sepoi dan menghelakan nafas.

Seorang pembantu berjalan ke arah mereka.

"Maaf menganggu tuanku. Puteri Gempa sudah sedar"

Permaisuri Sepoi senyum dan menangguk. Terus pembantu itu beredar. Yaya dan Ying senyum menampak gigi.

"Akhirnya Gempa sedar"

"Yeah!"

Permaisuri Sepoi menggeleng kepala.

"Kita panggil Raja Kencang dan Taufan dulu" kata Permaisuri Sepoi. Yaya dan Ying menangguk. Terus Permaisuri Sepoi ketuk bertalu-talu. Raja Kencang dan Taufan berhenti bergaduh. Raja Kencang terus membuka pintu.

"Puteri Gempa dah sedar. Kami nak pergi sana"

Raja Kencang menangguk terus pergi. Taufan dibiarkan.

"Taufan jom" pinta Yaya. Taufan menangguk dan berjalan sama. Lupa pula, mana Solar, Fang dan Thorn. Mereka sedang membeli senjata baru lagi disebabkan peperangan yang berlaku tadi. Selepas mendapat panggilan yang Gempa sudah sedar, mereka balik semula ke istana.

Gempa menyelimut dirinya.

"Ughhh. Bosan nya!" Keluh Gempa. Ochobot pula naik muak dengan keluhan Gempa.

"Gempa, kau boleh diam tak? Aku lagi bosan sebab asyik dengar keluhan kau" kata Ochobot. Gempa hanya menjeling.

Pintu diketuk bertalu-talu. Ochobot segera mendekati pintu.

"Masuk!" Arah Ochobot. Maklumlah dia kecil, jadi susah baginya untuk memulas tombol pintu.

Raja Kencang, Permaisuri Sepoi, Yaya, Ying dan Taufan terus masuk ke dalam. Senyuman diberi kepada Gempa, terus Gempa membalasnya.

"Hai Gempa" kata Taufan.

"Hai" balas Gempa.

"Selamat tengahari Gempa" kata Permaisuri Sepoi pula.

"Selamat tengahari juga tuanku"

"Gempa, kau okey tak?" tanya Ying di sebelah katilnya.

"Aku okey je. Jangan risau. Cuma Ochobot je mengada suruh aku rehat" Gempa menjeling Ochobot. Ochobot hanya menggeleng kepala, tidak habis-habis.

"Hah! Gempa dah sedar!" kata Solar yang tiba-tiba muncul. Kelihatan Fang dan Thorn membawa banyak beg kertas. Amboi sempat berbelanja nampak.

"Err, ya. Aku bangun ni?" kata Gempa.

"Ha. Baguslah. Cepat kita terus kerajaan seterusnya. Lebih cepat lagi bagus" kata Solar.

"Kejap kejap. Ehem. Kita tak boleh gerak selagi tiada kertas yang koyak untuk sambung buku elemental tu" ujar Ochobot. Gempa menangguk.

"Jadi mana kertas tu?" tanya Solar. Semua mata memandang Raja Kencang. Selalunya yang beri kertas tu dari raja.

"Maaflah. Belum cari lagi. Raja tak tahu kisah benar dahulu, jadi semua bantu cari di perpustakaan" kata Raja Kencang.

"Epp. Gempa duduk dalam bilik je" pesan Ochobot. Wajah Gempa cemberut.

"Yalah"

"Taufan jaga Gempa boleh? Yang lain tolong cari" kata Taufan.

"Taufan boleh ke?" tanya Yaya.

"Taufan boleh. Lagipun Taufan kan suka ganggu orang" Taufan melirik Raja Kencang. Raja Kencang tidak terkesan apa-apa.

"Okey semua. Dah jom pergi. Biar Taufan jaga" kata Raja Kencang dan berlalu pergi.

"Bye Gempa" kata Yaya dan Ying. Gempa senyum saja. Semua pergi dan tinggallah Taufan dan Gempa.

Taufan memandang Gempa. Gempa hanya pandang tempat lain.

Taufan duduk kerusi sebelah katil. Dia merenung Gempa.

"Jadi Gempa macam mana boleh bertabah hadapi semua ini?"

Gempa diam. Akalnya berfikir untuk membalas soalan Taufan.

"Ibu bapa Gempa beri sokongan kepada Gempa"

"Tapi mereka tiada di sini?"

"Ya. Walaupun ibu bapa kita jauh, mereka tetap menyokong"

"Tapi keluarga angkat?"

Dan bermulalah perbualan. Gempa menasihati Taufan. Dan Taufan hanya menelah saja dan terkesan.

****
Bla bla bla. Sebenarnya Ira malas nak type perbualan mereka, lagipun korang bukan baca.😐 sorry lambat update. Sbb Ira sibuk buat cerita lain. Tamak pula Ira ni. Ceritanya di akaun arisya_cookie. So baca
Ira pun nak buat cerita baru lagi. Huhu. Yang pasti, Ira rasa Ira orang pertama yang buat cerita tu. Mungkin Ira buat cerita tu waktu puasa. Hmm.
Thx reader setia menunggu.
Tolong vote cite ni. 😊

Kembara Si PuteriWhere stories live. Discover now