Bab 30

38 1 0
                                        

"Argh! Ooi lepaskan aku lah!" Laung Putera Fire dengan perasaan geram. Dia cuba melepaskan dirinya dari Probe.

"Kau diam!" tegas Probe.

"Korang! Ooi! " Putera Fire cuba meminta bantuan dari mereka. Namun mereka sibuk pula berlawan.

"Raja Adudu. Aku dah tangkap salah seorang!" jelas Probe kepada Raja Adudu. Raja Adudu mengoyak bibir. "Bagus! Ayuh berundur! Suruh mereka sekali!" Arah Raja Adudu sebelum dia pergi.

"Baik!"

Probe memberi arahan kepada semua tentera. Tentera akur dan meninggalkan istana tersebut pantas.

"Eh mana mereka pergi? Heh pengecut!" Solar senyum sinis. Kalau boleh, mahu dia menentang yang dikata raja itu. Mananya, duduk belakang tak nak berjumpa depan.

"Korang! Mana Putera Blaze?" Soal Ying kepada mereka apabila sedar kehadiran salah seseorang hilang.

"Kena culik tadi." Ucap Ais dengan tenang. Cawan di tangannya terus diteguk lagi.

"Apa!"

"Lek lek. Chill chill jelah" ujar Ais. Wajah marah mereka tidak hiraukan.

"Korang. Tadi aku jumpa seseorang ni tolong kita. " Yaya jelas kepada mereka. Dia pasti ada seseorang tolongnya saat dia hampir dikalahkan musuh. Sedangkan semua orang di situ sibuk bergaduh.

"Wah! Sedapnya! Nyum nyum!" Suara seseorang berdekatan mereka menarik perhatian. Mereka melihat Chef Gopal bersama Putera Blaze yang menikmati ayam goreng.

"Eh itu Putera Blaze! Ish siapa yang kata dia culik ni, sibuk makan dia ni" ujar Yaya dengan perasaan geram.

"Dah sekarang ni mana tuan puteri Gempa? Kita kena cari dan lindungi dia sekarang!"

Semua orang di situ pantas bergerak mencari Puteri Gempa bersama-sama apabila diberi arahan Ying. Meliar mereka mencari Puteri Gempa tetapi tidak jumpa juga sekian lama. Mereka makin cemas dengan keadaan Puteri Gempa.

"Mana ni tuan puteri? Aku dah lapar ni" Gopal memegang perut dia tanda protes.

"Eh korang. Itu tuan puteri gempa ke?" Mereka memandang ke depan. Melihat puteri gempa yang senyum kegembiraan. Ya, setelah mengalahkan musuh, mereka akhirnya jumpa sesama mereka sendiri. Semua orang mengalir air mata tanda kegembiraan, akhirnya peperangan ini dapat diakhir kan juga. Mereka semua berlari ke arah Puteri Gempa.

Doommm!

"HAHAHA korang ingat korang boleh menang ke"

Tetiba pemandangan jadi mendung saja, gelap. Dan satu lohong hitam tepat di atas badan Puteri Gempa. Semua memandang ke atas cahaya bola tersebut, terpaku.

"Apakah itu!" Jerit Putera Hali. Putera Thorn memeluk Putera Solar manakala Putera Blaze memeluk Putera Ais. Tanpa mereka sedar, Puteri Gempa diancam bahaya.

Ada satu tangan menarik Puteri Gempa hingga dia terbang. Perlahan-lahan dia diserap masuk dalam  lohong hitam tersebut. Dia cuba melepaskan diri tapi tidak boleh.

"TUAN PUTERI!"

" GEMPA!"

Semua berpakat berlari ke arah Gempa. Yaya , Putera Ais dan Putera Taufan cuba terbang ke arah Puteri Gempa.

"Kalau aku tak boleh menang, korang semua tak boleh menang juga HAHAHA"

Puteri Gempa mengalirkan air mata dan memberi senyuman terakhir "Terima kasih korang selamatkan aku".

Dum!

Lohong hitam hilang. Suasana yang mendung kini lama-lama bertukar kepada cerah semula. Ying, Putera Taufan dan Putera Blaze mendarat di tanah. Putera Hali melutut di atas tanah, tidak boleh terima keadaan yang sebentar tadi.

" GEMPA!"

***
TAMAT

Terima kasih yang sedia menunggu chapter terakhir selama 5 tahun ☺️ bertemu di s2 nnt

Kembara Si PuteriTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang