Bab 5

520 70 4
                                    

"Dah sam... Ergh, semaknya..." Kata Yaya dan Ying. Mereka menyapu daun di muka dan kepala mereka.

"Nampaknya rusa masuk kampung" kata Gempa dan senyum sinis.

"Apa!" Laung Yaya dan Ying.

"Eh, jangan lah marah. Gurau jer. Takkan korang tak pernah datang ke Kerajaan Daun?" Tanya Gempa.

"Kitorang tidak pernah datang kerana kitorang kan hanya pembantu." Jawab Yaya.

"Kitorang hanya tahu Kerajaan Daun dipenuhi dengan hutan" kata Ying.

"Yelah kan. Korang asyik datang ke perpustaakaan. Tak silap aku, hampir semua buku dalam perpustaakaan korang baca" ujar Gempa. Yaya dan Ying hanya tersengih.

"Sudah sudahlah tu." Jerkah Ochobot. Gempa pula yang tersengih.

Mereka berjalan untuk ke Istana Kerajaan Daun. Nak harapkan Ochobot telepotasi di depan Istana Kerajaan Daun, memang taklah kerana Ochobot tak tahu lokasinya mana akibat hutan tebal sangat.

Ngrauuuu

"Bunyi apa tu?" Soal Ying dan menyorok di belakang Yaya.

"Err, tak silap aku bunyi tu ialah singa"jawab Yaya.

" Ayo. Macam mana kalau dia terkam kita"bisik Ying.

"Jangan risau Ying. Singa tak kacau kita kalau kita diam dan tidak buat bising" jawab Ochobot.

"Aduh Ochobot. Kamu ingat singa itu lebah ya?" Gumam Ying. Ochobot menghinjut bahunya, malas nak layan Ying. Ying kan boleh lari laju, apa susah?

Ketika berjalan, tiba-tiba muncul singa di depan mereka tidak jauh beberapa tapak. Ying mula ketakutan. Gempa kedepan mereka untuk melindungi. Dan jari telunjuk di depan mulut menandakan senyap. Yaya, Ying dan Ochobot mengangguk kepala.

Gempa berundur belakang, diekori Yaya, Ying dan Ochobot. Malang tidak berbau, kaki Ying tiba-tiba terpijak kayu menyebabkan patah dan menghasilkan bunyi. Singa terdengar bunyi menoleh depan, iaitu arah mereka. Singa mula-mula berjalan perlahan tetapi semakin lama berlari ke arah mereka. Apa lagi, mereka semua berlari lintang-pukang.

"Ni semua salah kau Ying!" Jerit Gempa.

"Ampun aku Gempa!" Kata Ying.

"Larian laju"Ying guna kuasanya dan meninggalkan mereka.

"Tak guna Ying!" Laung Gempa.

"Gempa, maafkan kami. Kami pun nak lari. Bye!" Kata Yaya yang terbang dan sebelahnya Ochobot terbang juga.

"Ochobot kau pun sekali?!" Jerkah Gempa. Ochobot sengih dan melambai tangan sebelum terbang meninggalkan Gempa.

"Apakah ini?" Gempa ternganga mulut. Singa masih mengejar Gempa.

"Huhu, sampai hati korang" kata Gempa.

"Tiada pilihan lain dah" Gempa berhenti lari. Tangannya bersiap sedia dengan lembing. Dibaling lembing ke singa. Namun singa dapat elak. Gempa mengangkat tangannya, dan lembing kembali ke tangan Gempa semula bagaikan magnet. Gempa berlari lagi, dan tiba-tiba kakinya tersandung.

"Warghh!"

Malang timpa pada Gempa, kena cium tanah. Gempa duduk memandang hadapan. Tiba-tiba singa lompat. Gempa sudah tahu untuk menghalangnya. Tetapi...

"Akar menjalar!"

Gempa menoleh ke kiri. Seorang lelaki berpakaian pemburu berwarna hijau atau di panggil Putera Thorn. Putera Thorn menggunakan kuasanya menyebabkan kaki singa terikat.

"Gempa tidak apa-apa?" Soal Thorn dan berlari ke arah Gempa. Gempa berdiri dan berdencit. Baru nak tikam singa itu dengan lembing. Peluang terlepas.

"I'm still okay" kata Gempa dan menyapu debu di belakangnya.

"Macam tak suka jer Thorn di sini?" Tanya Thorn. Gempa memutarkan bebolanya. Perkara dia tak suka perangai innocent Thorn. Takpe, Gempa tabah saja.

"Wahai Putera Thorn, adakah Gempa kelihatan begitu?"tanya Gempa dan senyum manis. Niat sebenarnya nak memerli. Tapi dia faham yang Thorn ni tidak tahu perli tu apa. Bolehlah perli dia tanpa sedar.

"Ooo. Gempa kelihatan comel!" Kata Thorn dan matanya membuat comel.

"Err...okay Thorn. So sampai bila singa ni macam ni?" Tanya Gempa dan mengerling singa macam sayu dah lama tak makan. Thorn mengambil tali di pinggangnya dan mengikat leher singa.

"Eh... Nanti singa itu tak boleh bernafas" ujar Gempa.

"Jangan risau Gempa. Takkanlah Thorn biarkan macam tu. Thorn cuma nak hantar singa ni ke hutan simpan yang betul. Kawasan hutan ni kan untuk orang lalu lalang." Kata Thorn dan memberi Thumbs up.

"Gempa!"

Tiba-tiba seseorang laung nama nya. Gempa menoleh ke belakang. Kelihatan Ying berlari serta Yaya dan Ochobot terbang ke arahnya. Gempa mempamerkan muka marah dan tangan dicekak di pinggang. Sampai mereka di hadapan Gempa, Yaya dan Ying mahu menginjak ke belakang melihat muka Gempa. Muka Gempa mengerikan dan creepy!

"Hehe, jangan lah marah Gempa" pujuk Ying.

"Apa korang ni? Tak melakukan tugas sebagai pengawal aku?!"sembut Gempa. Kedua tunduk dan mulut tidak lekang menyebut minta maaf.

"Err, sampai bila ni?" Soal Thorn. Yaya dan Ying bangun serta menghadap Thorn.

"Siapa ni , Gempa?" Soal Yaya.

"Hai, saya Thorn!"jawab Thorn dan membuat mata comel. Yaya dan Ying senyum saja. Well, mereka terasa awkward.

"Haih, ini Putera Thorn..." Jawab Gempa. Yaya dan Ying terkejut. Mereka tunduk kepada Thorn.

"Erkk, tak payahlah hormat sangat" kata Thorn dan menggaru rambut nya. Yaya dan Ying kembali bangun. Gempa melanggar bahu Ying. Ying menghadap Gempa kerana Gempa tiba-tiba melanggarnya.

"Yaya, Ying. Tidak perlu kata tuanku sangat. Panggil dia Putera Thorn. Sebab nanti kekok sangat" gumam Gempa. Yaya dan Ying menangguk kepala.

"Oh ya Gempa, kenapa datang sini tiba-tiba?"

"Lebih baik kita bincang di istana" ujar Gempa.

"Dengan mereka?"tanya Thorn. Yaya dan Ying perasan terus memperkenalkan diri.

"Yaya"

"Ying"

Thorn mengangguk kepala.

"Wei korang lupakan aku ke?" Tanya Ochobot tiba-tiba.

"Ooh lupa pula. Kecil sangat kan. Dia ni Ochobot" kata Gempa.

"Binatang apa tu?" Tanya Thorn.

"Ooi. Aku bukan binatang"kata Ochobot dan melipat baju lengannya. Sudah sedia mengamuk. Belum sempat apa-apa, Gempa menarik kedua-dua sayap Ochobot. Sebelum Ochobot guna Mofa nya nanti, lebih baik tarik dia.

****
Well, sorry guys. Chapter ni sungguh hambar...
Tak tahu nak cakap apa, so jangan lupa vote.

Kembara Si PuteriWhere stories live. Discover now