Yaya, Ying dan Raja Kencang sibuk mencari buku tersebut. Mereka juga dibantu beberapa pembantu untuk mencari buku tersebut.
Datang pula Solar, Fang dan Thorn. Mereka memerhati seluruh perpustakaan tersebut. Bersepah. Solar membetulkan cerminnya yang lurut ke bawah. Tangannya mencengkak pinggang. Kalau dia tak tolong, memang kerajaan dah musnah. Akhirnya dia menolong mencari buku, diikuti Thorn dan Fang.
Thorn mencari buku dan dia terjumpa sebuah buku yang menarik perhatiannya. Diambil dan membacanya.
"Kau dah jumpa ke Thorn?" Tanya Solar mendekati Thorn. Solar membaca buku yang dipegang oleh Thorn. Dahinya berkerut.
"Thorn, sekarang bukan masanya baca tumbuhan kau. Lebih baik kita cari"
"Alah, bestlah buku ni. "
Solar menggeleng kepala. Niat nak cari buku tu, tapi lain dibuat. Solar tentancap satu rak tidak jauhnya. Menarik sebab rak tu lagi tebal dari rak lain. Seperti ada sesuatu ter sembunyi di belakangnya. Sebelum dia ke sana, derapan kaki kuat menarik perhatian seluruh orang termasuk Ochobot dalam perpustakaan.
Gempa yang main meluru masuk perpustakaan dan belakangnya Taufan yang ingin menggantikan Gempa.
Ochobot terbang ke arah Gempa. Dia bersabar dengan perangai Gempa. Nama pun Gempa, mestilah keras.
"Gempa, kan aku suruh berehat" ujar Ochobot. Gempa hanya berpeluk tubuh. Dia tak suka orang manja kannya macam budak.
"Aku dah sihat. Tengok ni, tenaga dah kumpul."
"Haih" keluh Ochobot.
"Sorry Ochobot. Dia nak tolong, aku dah paksa rehat" balas Taufan. Ochobot hanya senyum nipis kepada Taufan.
"Korang dah jumpa ke buku tu?" Soal Gempa.
"Belum" jawab Yaya.
Gempa terus jalan menuju ke rak. Taufan duduk salah satu kerusi dan minta pembantu untuk membuatkan air untuknya. Penat tau nak kejar si Gempa, tahan dia lagi. Kalau buat bini, memang payah.
"Kau rehatlah. Aku nak cari buku" kata Ochobot sebelum dia pergi. Taufan senyum dan mengangguk. Kepala Taufan berfikir. Teringat ceramah Gempa tadi. Hmm.
Thorn pergi salah satu rak lagi.
"Ni nampak menarik je" kata Thorn. Dia terus mengambil buku tersebut. Matanya tertancap kedalaman 'rak' selepas dia mencapai buku tersebut. Disebabkan tertarik, Thorn terus masuk tangannya ke dalam. Tak sangka, kedalaman tu sangat 'dalam' walaupun tangannya sudah panjang dimasukkan. (Sorry ayat berbelit :v)
"Tuanku! Semua! Tengok ni!" Laung Thorn. Semua terus pergi ke arah Thorn.
Semua mata memandang Thorn.
"Kenapa Putera Thorn?" Tanya Raja Kencang.
"Tengok ni"
Raja Kencang melihat apa yang dikatakan Thorn. Dia membuat seperti Thorn buat tadi, lalu dia terkejut.
"Kenapa ayah?" Tanya Taufan.
"Ini. Kita dah jumpa bukunya" ujar Raja Kencang.
"Mana?" Tanya Solar.
"Putera Thorn, beri buku tu" arah Raja Kencang. Thorn mengangguk dan memberi buku di tangannya. Raja Kencang mengambil buku itu dan letak buku itu semula tapi terbalik.
Tidak sangka, rak itu bergerak dan muncul pintu. Semua di situ kagum. Raja Kencang membuka pintu dan memasukinya, diikuti mereka.
Keadaan sangat gelap dan berhabuk. Mereka semua terpaku.
![](https://img.wattpad.com/cover/216605569-288-k314614.jpg)
YOU ARE READING
Kembara Si Puteri
FanfictionKisah fantasi tentang seorang puteri yang bernama Gempa akan tidak lama lagi ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan Tanah. Namun sesuatu perkara yang tidak diinginkan berlaku. "Pergi lah wahai anakku. Bawa bersama buku ini dan berjumpalah 6 putera...