Bab 13

429 60 8
                                    

Sejak kebelakangan ni, Solar mahu tegur keluarganya. Semua tak nak layan. Lagi-lagi adiknya, Shine.

Dia kembali teringat kata-kata adiknya. Tangannya mencubit kulitnya.

"Betul ke aku ni sombong?" gumam Solar.

Terdengar gelak tawa di tempat ruangan meja makan. Solar dari bilik pun boleh dengar. Kuat betul suaranya.

Solar mengemam bibirnya.

"Aku rasa aku patut meminta maaf semua orang" ujar Solar. Dia bangun dari katil. Dibuka pintu dan keluar dari bilik. Dalam beberapa minit, dia sudah sampai di tempat ruangan meja makan.

Raja Light, Permaisuri Terang, Shine, Thorn, Gempa, Yaya, Ying dan Ochobot berseronok sambil menjamah makan. Mereka tidak sedar kehadiran Solar. Beberapa saat, baru Raja Light perasan kehadiran anak sulungnya.

"Ooh, Solar? Papa tak tahu pula bila Solar sampai sini?" soal Raja Light. Semua di meja makan terdiam dan menatap Solar. Solar berasa begitu kekok.

"Sebenarnya Solar datang sini dah lama dah" ujar Solar.

"Ooh yeke. Maaf kami tidak perasan tadi" jawab Shine.

"Solar nak cakap sesuatu" kata Solar dan mukanya cuba serious.

"Solar cuba.. Nak minta maaf. Kepada semua orang. Apa yang Solar buat" Solar menunduk mukanya. Dia redha apa yang mereka akan cakap, sama ada menerima maafnya atau sebaliknya.

"Pfft. Hahaha" semua di meja makan ketawa. Solar mengangkat kepala nya, keliru. Ada yang ketawa keluar air mata, ada yang tahan perutnya senak.
Kelakar ke aku minta maaf ni? bisik Solar diri sendiri.

"Maaflah Solar mama ketawa ni. Tapi mama dah tak tahan" ujar Permaisuri Light.

"Sebenarnya kitorang saja je buat tak endah abang Solar" beritahu Shine, air mata disekanya.

"What are you guys saying?" tanya Solar. Dahinya dikerut.

"Ok. Ok. Thorn jelaskan. Tak boleh lah aku. Senak perut" sembut Gempa. Tangannya menekan perut. Sakit tetapi gembira!

Solar memandang Thorn. Thorn mengambil udara dahulu sebelum memberitahunya.

"Ini semua rancangan Shine. Aku cuma ikut je. Disebabkan kau ni ego dan sombong, Shine telah memberi idea kepada kami semoga kau berubah. And that's it. Kau pun dah berubah" ujar Thorn. Solar menunduk kepalanya. Tangannya digenggam menjadi penumbuk. Matanya tajam memandang Shine.

"Apa!" laung Solar. Solar berlari ke arah Shine. Shine ketawa dan berlari ke arah papa tercintanya, Raja Light.

"Dah dah Solar. Salah kamu sendiri. Bukan kami." jawab Raja Light. Solar berhenti lari.

"Yelah Solar mengaku Solar salah" jawab Solar. Semua orang berhenti ketawa dan senyum kepada Solar.

"Jadi Solar setuju mulakan pengembaraan bersama mereka?" soal Raja Light. Solar senyum dan perlahan-lahan menangguk.

"Bagus. Nah kertasnya" Raja Light terus memberikan sehelai kertas kepada Solar. Gempa, Thorn, Yaya, Ying dan Ochobot bangun dan pergi ke arah Solar. Mereka membaca kertas itu.

"Akhirnya gadis itu berjumpa putera terakhir, dan mereka kembali kerajaan semula. Bersama 6 kekuatan. " Solar membaca kertas itu.

"Ini klu terakhir. Tak tepat kita mencari nya. Kena cari klu yang lain" beritahu Ochobot kepada mereka.

"Solar, beri aku kertas ni" minta Gempa. Solar menyerahkan kertas itu kepada Gempa. Gempa mengeluarkan buku elemental. Dia menyelak beberapa muka surat. Kertas di tangannya diletak belakang kertas Thorn yang mereka jumpai. Dan seperti biasa, kertas yang dikoyak dicantum.

"Whatt" Solar tergamam.

"Solar, letak tangan Solar atas ni" arah Gempa. Solar menangguk. Cahaya menyinari, dan muncul gelang di pergelangan tangan Solar.

"Apa ni?" tanya Solar dan melihat logo cahaya pada gelang itu.

"Untuk kuat kan kekuatan" ujar Ochobot.

"So bila nak pergi?" tanya Solar.

"Sekaranglah! Kau tahu tak berapa lama aku habiskan masa untuk pujuk kau?!" jerkah Gempa. Solar menutup telinganya. Raja Light, Permaisuri Terang dan Shine ketawa mengekek.

"Ooh. Mama nak lupa nak beritahu kamu semua. Fang, akan jadi pembantu Solar. Kalau ada apa-apa hal, Fang akan beritahu" ujar Permaisuri Terang.

"Ma, tak perlu kot si ada pembantu ikut. Solar boleh jaga sendiri, lagipun diorang kan ada" kata Solar.

"Solar. Ikut arahan mama"kata Raja Light tegas.

" okay"kata Solar. Mukanya dah mula cemberut.


















Semua sudah bawa beg mereka masing-masing.
Permaisuri Terang mencium dahi anak sulungnya.

"Jaga diri-diri elok" pesan Permaisuri Terang. Dipeluk Solar erat. Selepas beberapa saat, pelukan terurai. Solar mengangguk kepala, mengiyakan pesanan mama nya.

Solar beralih arah ke arah adiknys, Shine. Shine senyum manis kepada abangnya.

"Shine..." gumam Solar.

Shine terus memeluk Solar kuat.

"Aduh Shine. Abang Solar tak boleh bernafas ni" kata Solar. Shine lepaskan pelukan.

"Yelah" kata Shine.

"Apa ni adik abang merajuk-merajuk ni? Ni bukan adik abang" kata Solar. Solar mencuit dagu Shine.

"Hello. Shine bukan merajuk ya!" kata Shine.

"Okay. Selamat tinggal adik" kata Solar dan menepuk bahu Shine. Shine senyum dan mengangguk.

Solar berjalan ke arah Gempa dan kumpulannya yang sedang menanti mereka.

"Hati-hati Abang Solar" laung Shine. Dia melambai tangan bersama Permaisuri Terang dan Raja Light. Solar pun melambai ke arah mereka juga.

"Jadi kita nak pergi mana?" Tanya Yaya.

"Kita pergi ke Kerajaan Angin" jawab Gempa.

"Okay semua, siap sedia" kata Ochobot. Semua mengangguk.

Muncul sfera cahaya. Mereka menutup mata akibat silauan cahaya. Perlahan-lahan kaki mereka memasukinya.

****
Dah siap. Next stop ke Kerajaan Angin.
Tak sangka ada coronavirus baru lagi. Dah upgrade!😦
Mari berdoa semoga jauhinya!
Dan Ira rasa kenapa ramai silent reader di sini. Uhuk😣
Jgn lupa vote dan comment!

Kembara Si PuteriWhere stories live. Discover now