"Dah sedia Putera Halilintar?" tanya Raja Thunder dengan senyuman sinus di bibirnya. Tangannya yang memegang pedang sangat besar membuatkan orang sekeliling tercekik air liur dan berdebar-debar.
"Heh, sedia!" ujar Hali tegas dengan pedang di tangannya. Hatinya cukup berdebar-debar berhadapan Raja Thunder.
Raja paling tegas.
Wira paling kuat.
Dan juga ayah kandungnya.
Ketua pengawal, iaitu Kaizo sebagai pengadil di dalam perlawanan tersebut. Gempa dan yang lain-lain hanya duduk di tempat khas seraya mereka akan melihat perlawanan tersebut. Taufan dan Thorn siap membawa popcorn dan minuman.
"Dimulakan.
Satu.
Dua.
Tiga!"
Hali terus berlari pecut dan pedang ya dihayunkan kepada Raja Thunder yang hanya tercegat sahaja. Raja Thunder senyum melihat gerak-geri Hali.
"Hiyargh!"
Raja Thunder elak dari serangan Hali dengan mudah sahaja.
"Bagus! Kepantasan meningkat, cuma ketangkasan memberangsangkan," ucap Raja Thunder dan menepuk tangannya. Hali jeling tajam.
Dia cuba melakukan serangan beberapa kali. Dan akhirnya dia menghunus sedikit di lengah Raja Thunder.
Namun, tanpa Hali sedari, Raja Thunder menghayunkan pedangnya tepat bahu kanan Hali. Hali memegang bahunya yang berlumuran darah.
Dengan kesempatan itu, Raja Thunder menghayunkan pedang tepat bahu kiri Hali pula. Hali meraung kesakitan.
"Arghh!" Thorn menutup matanya dengan popcorn yang dibawa tadi. Begitu juga Taufan. Yaya dan Ying menutup mata mereka. Ngilu!
Hali duduk dan baring di atas tanah.
Raja Thunder memandang Hali yang pucat.
"Heh, macam ni nak besar jadi raja? Jangan mimpilah! Lemah!" Raja Thunder pergi diikuti ketua pengawal, Kaizo. Anaknya Hali dibiarkan begitu saja.
Gempa bangun dan berlari menuju ke Hali. Dia cuba membantu Hali tetapi Hali menepisnya.
"Jangan kacau aku. Biar aku rawat sendiri," ujar Hali. Dia bangun.
Dia jalan terkedek-kedek seraya tangan menahan kedua-dua bahunya yang berlumuran darah.
Fang mendekati Gempa dan menepuk bahu dia.
"Gempa, biarkan dia je. Dia cuba nak belajar diri sendiri macam tu. Aku dulu pun macam tu."
"Hmm." Gempa diam.
Hali membaluti bahunya sendiri. Dia mendesah apabila membalutnya. Pedih.
Pintu dibuka.
Hali memandang pintunya tajam. Haih, kenapalah mereka sibuk!
"Apa korang nak?" soal Hali kasar.
"Kitorang datang nak rawat dan melawat," jawab Taufan. Mereka terus masuk ke dalam bilik itu.
"Macam mana korang tahu hah yang aku kat sini?" tanya Hali, kasar.
Solar bercekak pinggang.
"Kau ni pakai otaklah sikit! Kitorang tanya pembantu kat sini! Itupun tak tahu!" Solar menunjal kepala Hali.
"Solar!" desis Gempa, memberi amaran. Solar menjuling matanya dan berhenti menunjal kepala Hali.
Thorn memandang sekeliling dan matanya tertancap gambar seorang wanita cantik, dan seorang bayi didukungannya.
"Wah, comelnya!" ujar Thorn, riang. Hali bangun dan mengambil gambar itu kasar.
"Siapa suruh kau tengok gambar tu? Kau takde hak tengok gambar ni, lembap!"
Thorn sentap sebelum air mata keluar.
"Warghhh!" Thorn menangis raung-raungan. Hali hanya buat muka tidak bersalah. Gempa, Yaya, dan Ying melihat perangai Thorn tiba-tiba,
macam budak?
"Ish, ni sume salah kau. Tengok Thorn nangis!" Solar mendekati Thorn dan menepuk bahunya.
"Dah dah. Solar ada. Jangan nangis," pujuk Solar, lembut.
"Pfft, hahaha!"
Gempa, Yaya, Ying, Taufan dan Fang ketawa terbahak-bahak, sampai terkeluar air mata. Solar memandang mereka.
Apa yang kelakar sangat?
"Tak sangka. Si mamat swag ni pandai pujuk budak!" ujar Ying.
"Memang pun. Belum tengok lagi yang masatu Solar pujuk Thorn macam ibu," sampuk Fang.
Wajah Solar kemerahan. Dia menjeling Fang.
"Kau, Fang! Tak hormat putera Solar ni, hah!" tengking Solar. Namun, Fang hanya ketawa saja.
"Dah, cukup! Korang semua pergi keluar!" Hali menolak mereka semua keluar sebelum dia menghempaskan pintunya.
***
Sorry sume. Ira sibuk sangat sejak-sejak ni. Selalunya update setiap hari, tapi ni seminggu sekali. Kalau ada masa Ira cuba update. Tenkiu pada yg setia.
Nah, amik ni 🌻
YOU ARE READING
Kembara Si Puteri
FanfictionKisah fantasi tentang seorang puteri yang bernama Gempa akan tidak lama lagi ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan Tanah. Namun sesuatu perkara yang tidak diinginkan berlaku. "Pergi lah wahai anakku. Bawa bersama buku ini dan berjumpalah 6 putera...