Bab 6

534 66 3
                                        

Cawan di tangannya diletak di atas piring selepas minum. Gempa memandang Yaya dan Ying. Yaya dan Ying sungguh kagum dengan binaan istana Kerajaan Daun. Gempa hanya senyum saja.

"Gempa" panggil seseorang. Gempa, Yaya, dan Ying menoleh ke belakang. Thorn menghampiri mereka. Ditarik kerusi dan duduk bertentangan Gempa.

"Hai Gempa!" Kata Thorn. Dia senyum dan mata dicomelkan. "Hai Thorn!" Balas Gempa dan senyum.

"Mana Raja Balak dan Permaisuri Flora?"tanya Gempa.

"Ooh, mereka di Taman Harmoni. Kejap lagi mereka sampai. Kenapa Gempa tak panggil mereka pak cik dan mak cik. Selalunya Gempa.." Belum sempat Thorn kata habis, terus Gempa memintas ayat Thorn.

"Itu lain. Apa-apa jerlah. Gempa nak cakap forward tujuan Gempa datang ni. Gempa datang ni sebenarnya Gempa mahu bekerjasama dengan enam putera untuk selamatkan keadaan. Dan kemungkinan Thorn merupakan putera yang dimaksudkan oleh bonda Gempa" kata Gempa.

"Selamatkan keadaan? Maksudnya Thorn akan jadi hero? Yeah! Thorn akan jadi hero! Yeah! Yeah!"Thorn bersorak kegembiraan. Gempa menepuk dahinya sendiri. Yaya, Ying, dan Ochobot ternganga dengan perangai Thorn.

"Psst, korang jangan terkejut sangat. Thorn ni sebenarnya lurus bendul dan childish" bisik Gempa kepada Yaya, Ying dan Ochobot di belakang nya.

"Apakah?!" Yaya, Ying dan Ochobot masih tergamam. Mereka ingat semua putera dan puteri suka fikir macam dewasa, tetapi Thorn lain benar.

"Korang berbual apa tu?" Tanya Thorn. Gempa pandang ke hadapan semula dan senyum.

"Tiada apa-apa pun"

"Hmm...nak tahu juga"

"Tiada apa-apa. Tidak penting pun"

"Nak tahu juga. Kata tidak penting"

"Erkk. Ha! Raja dan permaisuri sudah sampai!"

Jari tunjuk Gempa menunjuk Raja Balak dan Permaisuri Flora berjalan menuju ke mereka. Thorn menoleh ke belakang untuk memastikan kata-kata Gempa betul. Ternyatanya betul terus Thorn bangun dan duduk di sebelah Gempa untuk memberi pasangan suami isteri tempat duduk

Sesampai sahaja di hadapan meja, Gempa bangun dan menyalam Raja Balak dan Permaisuri Flora. Selepas menyalam, terus mereka bertiga duduk.

"Gempa, kenapa datang sini? Bukan dua hari lepas Gempa sudah datang? Dan mana ayahanda dan bonda kamu?"
Tanya Raja Balak.

"Macam ni pak cik, mak cik. Sebenarnya, kerajaan Tanah diserang..." Kata Gempa. Thorn memandang Gempa. Sekarang baru panggil pak cik dan mak cik?

"Apa!?"laung Raja Balak dan Permaisuri Flora lantang.

"Siapa yang serang?" Soal Raja Balak.

"Tidak silap saya, pengawal ada kata nama musuh tu ialah A..dudu kut"jelas Gempa.

"Apa!?!!"

Thorn, Gempa, Yaya, Ying dan Ochobot menutup telinganya.

"Err... Bonda ada menyuruh Gempa. Gempa perlu berjumpa enam Putera dan bekerjasama mereka. Oleh kerana itu, tujuan Gempa datang ke sini atas pesanan bonda." Jawab Gempa.

Raja Balak terdiam. Permaisuri Flora memandang mereka berlima.

"Nampaknya keadaan menjadi rumit" ujar Permaisuri Flora.

"Maksud mak cik?" Tanya Gempa.

"Payah untuk menjelaskan. Tapi mak cik benarkan Thorn bekerjasama kamu" kata Permaisuri Flora.

Kembara Si PuteriTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang