Mata ditajamkan. Tangan kanan memegang erat lembing. Kaki bersiap sedia berlari.
Dengan pecutan yang kuat, dia menikam titik tanda musuh diperbuat kayu menggunakan lembingnya. Tidak cukup itu, sepuluh kali gus titik tanda musuh ditikamnya dalam masa 10 saat. Peluh menitik di mukanya.
"Gempa!"
Dia yang bernama Gempa menoleh ke belakang yang memanggilnya.
"Ooh, ayahanda rupanya."
"Tak habis-habis berlatih kamu ni" ujar Raja Quake dan menggeleng kepalanya. Mana taknya, sudah 5 jam Gempa berlatih tanpa berehat sebentar.
"Yaya, saya mahu sapu tangan untuk lap peluh!"jerit Gempa.
"Baik tuan puteri" kata Yaya yang tidak berapa jauh darinya. Terus Yaya meluru ke Gempa dengan sapu tangan. Gempa mengambilnya dan mengelap peluh.
"Terima kasih Yaya" ucap Gempa dan senyum kepadanya.
"Sama-sama tuan puteri" Yaya menunduk sebelum beredar.
"Anak ayahanda ni pergi lah rehat" kata Raja Quake. Namun, Gempa menggeleng kepala.
"Tak nak. Latihan Gempa belum habis lagi. Kan ayahanda kata Gempa tahun depan akan mewarisi takhta ayahanda. Jadi nak kerajaan selamat, Gempa berlatih lah"
"Memanglah ayahanda kata begitu. Haish. Susah nak cakap Gempa yang tak nak dengar arahan ayahanda."
Gempa mengembung pipinya.
"Latihan ni Gempa dah belajar ke guna kuasa Gempa?"
"Erkk. Tak."
"Kata nak lindungi kerajaan. Macam mana Gempa nak lindungi kerajaan kalau Gempa tidak pandai menggunakan kuasa Gempa?"
"Tak biasalah ayahanda. Guna fizikal lagi bagus"
Raja Quake menggeleng kepalanya lagi.
Tiba-tiba ada bunyi letupan kuat. Seorang pengawal berlari ke arah mereka.
"Tuanku!" Teriak pengawal itu dan tercungap-cungap.
"Kenapa?!"
"Kita diserang!"
"Apa?! Siapa?!"
"Adudu!"
"Apa?! Tutup pagar sekarang!" Seloroh Raja Quake dan berlari.
"Ayahanda! Kenapa ni?!" Tanya Gempa. Raja Quake berhenti berlari dan memandang anaknya.
"Gempa! Pergi ke bonda. Sekarang!" Kata Raja Quake dan kembali berlari.
Gempa menoleh ke belakang. Yaya dan Ying berada di belakang nya.
"Korang berdua ikut aku!" arah Gempa. Yaya dan Ying tidak membantah dan mengikuti Gempa.
"Bonda!" Laung Gempa apabila sampai di tangga istana. Permaisuri Kristal yang sedang menaiki tangga menoleh ke belakang.
"Gempa! Tepat masanya. Ikut bonda" arah Permaisuri Kristal. Gempa, Yaya dan Ying mengekori Permaisuri Kristal sehingga bilik Gempa. Permaisuri Kristal menyumbat baju Gempa ke dalam beg.
"Bonda kenapa simpan baju Gempa dalam beg?" Soal Gempa.
Permaisuri Kristal zip begnya dan memberi beg itu kepada Gempa."Kerajaan kita tidak selamat lagi Gempa. Gempa perlu larikan diri!" Kata Permaisuri Kristal.
"Tapi..."
"Tiada tapi tapi" kata Permaisuri Kristal. Mata Permaisuri Kristal ditutup dan tangannya keluar cahaya. Muncul lah buku tebal.
Yaya, Ying dan Gempa melihat adegan itu.
"Ambil buku ini dan simpannya" kata Permaisuri Kristal. Dia menyerahkan buku itu kepada Gempa.
Tiba-tiba runtuhan berlaku. Permaisuri Kristal menggunakan kuasa nya untuk melindungi mereka.
"Bonda!"laung Gempa.
"Tuanku" jerit Yaya dan Ying.
"Takpe, puteri bonda. Bonda masih bertahan lagi. Yaya, Ying sini" kata Permaisuri Kristal walaupun tangannya masih di angkat untuk kuasa berfungsi.
"Ya, tuanku" kata Yaya dan Ying serentak.
"Dengan ini secara rasminya Yaya dan Ying dilantik sebagai pembantu dan pengawal peribadi kepada Gempa. Beta berharap kamu berdua dapat menjalankan tugas dengan baik" kata Permaisuri Kristal. Tangan kirinya menghadap mereka. Dan muncul lencana pada baju Yaya dan Ying.
"Ba...baik!" Ujar mereka berdua serentak.
Tanah runtuh dan menghempak permaisuri.
"Bonda!" Laung Gempa dan air matanya menitik. Gempa berlari ke arah Permaisuri Kristal dan mahu menolongnya.
"Gempa, pergi!"
"Tapi gempa takkan tinggalkan bonda macam ni"
"Pergi lah wahai anakku. Bawa bersama buku ini dan berjumpalah 6 putera yang lain. Selamatkanlah ketujuh-tujuh kerajaan. Bonda dan Ayahanda akan sentiasa sokong kepada Gempa."
"Tapi..."
"Yaya. Ying. Bawa Gempa ke tempat selamat!"
Yaya dan Ying terus tarik Gempa. Namun Gempa enggan. Tanpa pilihan lain, Yaya menggunakan kuasa nya menyebabkan Gempa terapung.
"Lepaskan aku. Yaya, Ying! Ikut arahan puteri!" Bentak Gempa kasar.
"Maafkan tuan puteri. Kami terpaksa atas arahan Permaisuri Kristal" jawab Ying. Setelah membentak beberapa kali, akhirnya Gempa diam. Sesampai ke dapur istana, mereka terserempak Pembantu Wawa dan Pembantu Yang.
"Ibu/Mama..."gumam Yaya dan Ying perlahan-lahan.
"Yaya, Ying. Kenapa buat tuan ku macam tu. Dan..."baru pembantu Wawa dan Yang ingin bebel lebih, mereka perasan lencana pada baju Yaya dan Ying.
" macam mana kamu berdua dapat lencana tu?"
"Maaf ibu/ mama. Ini atas arahan Permaisuri. Dan kami dilantik sebagai pembantu dan pengawal peribadi kepada tuan puteri"
"Takpe. Ibu/Mama faham. Ibu/Mama harap kamu selamat dan menjalan tugas amanah" kata Pembantu Wawa dan Pembantu Yang dan senyum kepada mereka. Tanpa mereka sedari air menitik di pipi mereka. Turut sama Yaya dan Ying. Yaya dan Ying terus menyalam Pembantu Wawa dan Pembantu Yang.
"Semoga ibu/mama pun selamat juga"
Terus Yaya terbang dan Ying berlari laju meninggalkan istana.
Pembantu Wawa dan Pembantu Yang melambai dan senyum.
"Harap mereka bertabah"
"Ya..."
Author cuma nak tanya.
Sape boleh beri cadangan tajuk cite ni?
Author rasa x menarik tajuk
"Puteri & 6 Putera".
Tolong ya!
YOU ARE READING
Kembara Si Puteri
FanficKisah fantasi tentang seorang puteri yang bernama Gempa akan tidak lama lagi ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan Tanah. Namun sesuatu perkara yang tidak diinginkan berlaku. "Pergi lah wahai anakku. Bawa bersama buku ini dan berjumpalah 6 putera...