Bab 28

281 34 7
                                    

"Aduh!"

Semua orang kecuali Hali dan Ochobot jatuh.

"Kau bawa kita kat mana ni, dan kenapa rasa pa...panas hah!"

Hali tidak melayan soalan Solar. Dia menyuruh Ochobot bawa mereka ke sesuatu tempat, tapi mereka ini ragu-ragu, terus tolak kasar saja mereka memasuki portal tersebut. Baikkan Hali?

Yaya, Ying dan Thorn memandang sekeliling. Keadaan sekarang memang penuh api seperti hutan tetapi memberi suatu jalan.

"Ergh, panasnya..."

"Air... air."

Thorn berpura-pura pengsan. Manakala Taufan menggunakan kuasanya untuk mengipaskan diri dengan anginnya, tapi sebaliknya jadi lain. Api di sekeliling makin besar dan marak.

Hali terus memukul tangan Taufan kasar. "Adeh, tak payahlah pukul," rungut Taufan. "Kau nak nyawa kita bahaya ke!" tengking Hali. Terus Taufan memuncungkan mulutnya.

Hampir je, tak payahlah marah!

Hali terus berjalan, membiarkan mereka di belakang.

"Tak panas ke Putera Hali, tu?" soal Fang. Solar membiarkan soalan pembantunya. Apa yang penting sekarang, dia mahu balik ke rumah dan tak nak ikut pengembaraan ini!

Ochobot cuba mengangkat Thorn sedaya upaya.

"Haiiya, tak perlu lah Ochobot angkat. Ochobot kan kecil. Ochobot gunalah Moshi Ochobot tu supaya sedarkan Thorn ni," bebel Ying.

"Eh, betul juga tu!"

Yaya, Ying dan Taufan terus menepuk dahi.

"Woi kau siapa hah?" Sergahan seorang lelaki menghentakkan mereka. Mereka berpaling melihat gerangan suara. Seorang lelaki yang berpakaian compang-camping dan penuh dengan tampilan kain.

"Kau yang siapa hah!" jerkah Hali. Matanya merah delima tajam merenung lelaki itu, tapi itu tidak memberi rasa gerun.

"Pergi kau pencuri!"

"Woi kitorang bukan pencuri lah!"

"Habis tu korang hampir dengan ladang aku! Jangan curi ayam aku!"

"Heh, ada hati ke kitorang nak curi ayam. Tak kuasa aku! Jom semua, jangan layan budak pengembala ni!"

"Aku bukan budaklah!"

"Apa-apalah. Jom!" Hali terus berjalan.

"Kau nak pergi mana tu!"

"Apa urusan kau nak sibuk?"soal Hali.

"Kami nak pergi berjumpa putera kerajaan api," sampuk Ying. Tak nak bekukan situasi di antara mereka.

"Nak jumpa putera buat apa? Putera itu kejam, sombong pula itu."

"Ish, tak baik kata putera macam itu." Yaya cuba menasihati.

"Memang putera itu kejamlah! Rakyat pun tidak suka semuanya. Aku harap dia tak perintah kerajaan ni, kalau tak habislah kerajaan ni. Ada ke paksa Raja untuk jadikan rakyat bekerja sebagai buruh dengan gaji sedikitnya. Aku haraplah putera itu macam Trump kalah dengan Joe Biden!"

"Siapa pula Trump dan Joe Biden dalam cerita ni?"

"Entah. Si author ni merapu tulis cerita ni!"

"Dahlah, buang masa bual budak ni. Jom!" Hali tengking kepada mereka. "Macamlah kau tahu jalan nak ke istana. Sini, jarang ada yang nak tolong, marah adalah. Kecuali kau nak aku tolong," lelaki itu senyum sinis.

"Bagus juga, tersesat kita ni. Jangan harapkan dia ni!" bebel Solar sebelum sempat memeluk bahu lelaki itu oleh kerana bau tahi ayam menyengat di hidungnya.

"Boleh tahu apa nama kau?" tanya Taufan ramah.

"Orang kampung panggil aku Blaze. Tak tahu sebab apa. Jadi aku dikenali sebagai Blaze" Blaze senyum nipis dan bersalaman dengan Taufan yang agak ramah daripada Hali.











"Ayah! Kenapa ayah tak nak serahkan kerajaan ni kat Fire hah?" Putera Fire merenung tajam Raja Flame. Raja Flame yang duduk kerusi dan menikmati makanannya tidak senang dengan perangai anaknya. "Ayah masih lagi boleh memerintah kerajaan ini, Fire. Kamu belajarlah dulu lagi. Kalau dah sampai masa, baru ayah serah,"ujar Raja Flame dengan nada yang lembut. Putera Fire masih tidak puas hati dengan ujaran ayahnya. "Ayah tak percaya anak ayah ke? Tahulah anak ayah ni bukan 'sebenar'". "Bukan macam tu, Fire." Raja Flame kehilangan kata.

Putera Fire mengambil pinggan dan mencampaknya. Lalu terus dia beredar begitu saja. Pinggan yang pecah dan makanan yang bersepah itu terus dikutip oleh pembantu istana.

"Kenapa tu?" tanya Permaisuri Hot yang baru datang. 

"Biasalah. Awak faham kan perangai dia yang jaga selama ni," kata Raja Flame yang sengaja sakitkan hati isterinya. Permaisuri Hot mencebik bibir.

"Tuanku. Ada tetamu datang. Katanya putera-putera dari Kerajaan Petir, Kerajaan Angin, Kerajaan Daun, dan Kerajaan Cahaya. Dan ada pembantu mereka di belakang.  " Tergamam Raja Flame dan Permaisuri Hot akan ucapan pengawal istana tersebut. Mengapa tiba-tiba sahaja putera-putera dari Kerajaan luar hadir ke istana  mereka?

"Boleh beta tahu apa tujuan kalian semua hadir ke istana beta?" soal Raja Flame kepada mereka di luar istana. "Kami mahu berbincang sesuatu," ujar Solar. Raja Flame menangguk dan  mengizinkan mereka masuk ke istana.

"Psst korang. Aku terpaksa pergi. Aku tak layak masuk istana ni, lagipun aku takde kena mengena korang," pinta Blaze. "Okay Blaze." Taufan senyum dan memeluk Blaze. "Thorn pun nak peluk..."ujar Thorn dan mengemam bibir. Blaze gariskan senyuman kepadanya, terus saja Thorn memeluk Blaze.

"Aku pergi dulu, bye!"

"Bye" Terus mereka melambai sebaik mereka pergi dengan haluan masing- masing.



***
Hai Author balik. uhuk, sorry lambat update. Disebabkan PKPB, bolehlah update, cuma kena ada mood. huhu. Tinggal sikit chapter nak abis. Penulisan skrg makin teruk TwT. Stay tune my readers.

Kembara Si PuteriWhere stories live. Discover now