Mereka semua berkumpul di hadapan pintu masuk istana Raja Petir.
"Kenapa raja macam tak nak izinkan anaknya ikut ngan kita? Dah jelas-jelas beritahu," ujar Ying.
"Mungkin..."
Belum sempat Yaya menghabiskan ayatnya, seorang pengawal menjerit lantang dan membuka pintu masuk istana. Mereka semua terpaku dengan keadaan di dalam istana tersebut.
Penuh dengan alat canggih yang bahaya walaupun tidak sencanggih teknologi Kerajaan Cahaya.
Solar cuba mengekalkan riak sombong. Tidak mahu katakan Kerajaan Petir ni sama taraf dengan Kerajaan Cahaya. Jangan harap aku gelarkan.
Mereka semua masuk ke istana diiringi pengawal yang besar dan tegap.
Kalau dilihat semua pengawal di istana ini, wajah mereka memang sangat garang. Sekali pandangnya, jelingan padu tajam dihadiahkan. Itulah terjadi kepada Thorn dan Taufan yang meliar keadaan sekeliling istana termasuk pengawal. Mereka hanya membalas senyum dan menggaru kepala. Padu mata mereka! Belum lagi anak raja, nantilah korang.
Mereka kini sampai di ruangan tamu kehormat. Raja mengizinkan mereka duduk sofa lalu mereka akur sahaja.
Wajah Raja Thunder tiada secalit pun senyuman, tambah lagi wajahnya menunjukkan ketegasan. Mereka menelan air liur kesat. Macam nak telan mereka.
"Apa yang kalian semua datang ke sini lagi?" Raja Thunder memulakan perbualan. Matanya menilik wajah tetamunya.
"Macam ni tuanku. Seperti patik beritahu tuanku pada masa itu. Jadi patik harap tuanku mengizinkan putera tuanku untuk mengikuti kami menyelamatkan kerajaan."
Raja Thunder senyum sinis. Mereka semua berpandang-pandangan. Kelakar ke ujaran tadi?
"Beta bukan apa. Kalau hamba mahu putera beta mengikuti, sepatutnya hamba meminta izin putera."
Mereka terus diam. Blur.
Raja Thunder mengalihkan pandangnya kepada ketua pengawal, Ketua Kaizo yang berdiri di situ.
"Ketua pengawal, bawa putera beta ke sini."
"Patik menerima perintah tuanku." Kaki Ketua Kaizo terus membuka langkah ke bilik putera.
Beberapa minit kemudian, muncul ketua Kaizo dan dihadapannya seorang lelaki yang kelihatan sombong.
Mata Hali bersinar merah bak delima memandang tajam tetamunya. Mereka terus menelan air kesat.
"Kenapa dia pandang kita tajam?" bisik Thorn kepada Solar.
"Sombongnya," desis Taufan. Nasib baik Raja Thunder dan Hali tidak dengar. Kalau dengar, masuk mahkamah tinggi semula.
"Apa tuanku mahu kan?" tanya Hali tegas.
"Putera Hali, duduk sebelah beta." Hali akur dan duduk sebelah Raja Thunder.
Gempa berdeham dan memulakan perbualan.
"Setelah Putera datang, jadi Puteri Gempa berbicara semula. Kami, iaitu Puteri Gempa, hamba Yaya, hamba Ying, hamba Fang, Putera Solar, Putera Thorn, dan Putera Taufan ingin mengajak Putera mengikuti kami dalam pengembaraan untuk menyelamatkan seluruh kerajaan yang dilanda masalah dari musuh ketat."
Hali cuba menghadam ujaran Gempa.
"Ooh begitu. Kenapa Putera Hali perlu ikut? Adakah kamu semua pasti 'dia' hebat?"
Raja Thunder menjeling Putera Hali.
"Sila guna bahasa istana dengan betul," pesan Raja Thunder. Hali senyum sinis.
"Hamba pasti Putera memang seorang kuat. Dan 'kami' bukan perlu putera saja untuk berlawan. Tapi 'kami' juga, dengan erti kata lain. Kerjasama."
"Ooh begitu. Kalau nak putera mengikuti kamu semua, aku, Putera Hali perlu bertanding dengan Raja Thunder dahulu sebelum pergi!"
Mereka terus kembali blur. Raja Thunder senyum dan menggeleng.
"Baik, beta memang tidak akan beri terus pergi macam itu saja. Kamu perlu berlawan beta dahulu."
"Baik. Besok Putera akan bersiap sedia."
"Heh, jangan kalah seperti semalam."
"Tidak akan!" terus Hali pergi.
Mulut Yaya dan Ying terbuka luas. Biar betul anak beranak ni, musuh nak datang boleh pula lengah-lengah. Mata Gempa kuyu saja, malas nak cakap lagi. Bazir air liur sahaja.
Sorrylah lambat. Rasa penat pula taip XD
Penattttt
So, Ira nak kata jap. Sapa² nak masuk Award khas utk penulis boboiboy, pergilah. Tekan username Ira pastu nampak award yg Ira anjurkan. Ok bye, kalau nak Ira rajin, sokong lah ye. Hahsgdaggagaga

YOU ARE READING
Kembara Si Puteri
FanfictionKisah fantasi tentang seorang puteri yang bernama Gempa akan tidak lama lagi ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan Tanah. Namun sesuatu perkara yang tidak diinginkan berlaku. "Pergi lah wahai anakku. Bawa bersama buku ini dan berjumpalah 6 putera...