Bab 3

626 83 2
                                    

Perlahan-lahan Yaya meletak Gempa di atas tanah. Gempa memeluk kaki nya dan menangis. Yaya dan Ying tercungap-cungap akibat lari sebentar tadi. Mereka sudah jauh dari istana dan berada di bukit hampiri hutan simpan.

Setelah beberapa minit, tangisan Gempa mula reda. Dia melihat istana serang dan musnah.

"Maaf tuan puteri. Kami..."

"Takpe. Aku faham tugas korang. Korang duduk sini. Aku nak cari makanan untuk kita"

"Biar patik..."

"Tidak perlu. Kamu berdua sudah kehilangan tenaga. Jangan membantah tuan puteri!"

"Err...baik"

Yaya dan Ying terus duduk di atas tanah. Gempa mengambil lembing disebelahnya dan bangun. Terus dia hilang kan diri di dalam hutan. Yaya dan Ying mengeluh dengan sikap Gempa yang sungguh keras kepala. Mereka menunggu sahaja Gempa mencari makanan



Gempa melihat sekeliling nya untuk mencari buah-buahan. Dia ternampak sebiji epal lalu memetiknya. Tiba-tiba, dia terdengar suara halus meminta pertolongan.

"Tolong!"

Terus Gempa berlari mengikuti arah bunyi suara itu.

Pari-pari lelaki mahu melepaskan diri dari seekor labah-labah. Gempa melompat dari semak dan pergi ke situ. Tangan nya terus mengambil pari-pari lelaki itu yang tersangkut di sarang labah-labah. Terus pari-pari lelaki itu senyap.

"Labah-labah, minta maaf tau. Labah-labah tak boleh makan Ochobot ya!" Kata Gempa dan senyum. Labah-labah seakan-akan faham maksud Gempa terus melompat ke arah lain.

Gempa melepaskan pari-pari lelaki itu di tangannya.

"Terima kasih puteri Gempa"

"Lain kali hati-hati Ochobot"

"Hehe. Puteri Gempa buat apa sini? Bukan Puteri Gempa tidak boleh keluar istana."

Gempa mengeluh.

"Istana diserang"

"Diserang!"

"Sekarang ni Gempa sedang mencari makanan"

"Kalau begitu, bolehkah patik menolong Gempa untuk membalas jasa"

"Macam macam lah Ochobot ni. Tak perlu patik dan tuan puteri. Jom teman Gempa cari makanan"

"Kalau begitu, Ochobot tahu di mananya"

"Mana?"

"Mari ikut Ochobot"

Terus Gempa mengekori Ochobot sampai lah hutan yang dalam. Gempa melompat dari semak tu.

🌌🌌🌌

Gempa ternganga melihat di depannya. Ternyata pelbagai buah-buahan yang subur bagaikan emas menyinari.

"Nah, tuan puteri" kata Ochobot dan membawa sebuah bakul rotan.

Gempa mencuit pipi Ochobot. Kerana masih memanggilnya tuan puteri. Ochobot hanya tersengih sahaja.

Perlahan-lahan Gempa mengutip buah-buahan dan memasuki nya di dalam bakul. Sudah hampir penuh, mereka terus keluar dari hutan simpan itu.


Yaya dan Ying gembira apabila Gempa selamat dan membawa buah-buahan di dalam bakul. Gempa hanya senyum kepada mereka. Bakul diletak di atas tanah.

"Gempa nak tak strawberi ni?" Soal Ochobot tiba-tiba dari belakang Gempa. Baru sahaja Yaya dan Ying mahu mengambil buah, tiba-tiba mereka ternampak Ochobot dan berlari ke belakang Gempa.

Kembara Si PuteriWhere stories live. Discover now