Di rumah Tengku Haydar
"WHAT!!!! Haydar ,nak kahwin."ujar Puan Sri Haliza terperanjat kerana mendapat berita itu ketika mereka sedang sarapan.Kedua-dua anak beranak itu hanya makan tanpa menghiraukan wanita separuh usia itu.
"Ya ,mummy.Anak mummy ni nak kahwin"balas Haydar sambil menyuapkan roti bakar itu ke dalam mulutnya.
"MashaAllah,betul ke ni sayang?''tanya Puan Sri Haliza balik.
"Tapi,pastikan bukan dari stok-stok yang Haydar jumpa dekat club tu ya.Mummy tak nak perempuan macam tu jadi ibu pada bakal cucu mummy nanti''tambah Puan Sri Haliza lagi.Bukan dia tidak tahu,anaknya merupakan pengujung tetap di club.Berbuih mulut ni cakap.Bukannya Haydar ni makan saman.Lagi dikata jangan lagi tu yang dibuatnya.Semoga bila dah kahwin nanti,berubahlah perangai anak bujangnya itu.
"In sha Allah ,bukan yang macam tu.Anak Dr Amirul.Lagipun bakal menantu mummy ni jugak pekerja dekat Regalia Group.Dia dari Finance department ''ujar Haydar ..
"Hah,macam mana kamu boleh tau yang dia tu anak Dr Amirul?''sampuk Tan Sri Tengku Khairuddin dengan tiba-tiba.
''Panjang ceritanya mummy ,daddy.Kalau boleh besok ye hantar rombongan meminang.''ujar Tengku Haydar tidak sabar-sabar untuk memperistrikan bidadarinya itu.
"Astaghrfirullah, tengok anak abang ni.Mana saya nak cari barang ni"ujar Puan Sri Haliza dengan marahnya.Semput dia melihat anak bujangnya.Nak meminang anak dara orang ni bukannya mudah.
"Sabar sayang.Haydar, kita pergi hari minggu ya.Nak meminang anak dara orang ni bukan macam beli ikan dekat pasar.Kita orang beradab,lagipun nak isterikan anak dara orang, guna cara yang baik ya sayang"nasihat Tan Sri Tengku Khairuddin buat putra tunggalnya itu.
"OK, daddy''balas Tengku Haydar menurut perintah.
''Nanti,bagitahu diaorang,kita datang hujung minggu ni.Dadddy dengan mummy cari barang tengah hari ni ya ,sayang"tambah Puan Sri Haliza lagi.
"ok,mummy''
..............
"Sayang, oh sayang"jerit Dr Amirul memanggil isterinya.
"ya,abang.Kenapa jerit-jerit ni''ujar Puan Sofea keluar dari dapur setelah mendengar suaminya memanggil.
"Tadi, Haydar call.Katanya hujung minggu ni ,dia nak datang dengan family dia"kata Dr Amirul
"hah,diorang nak datang.Sebab apa dia nak datang papa?''tanya Alissa secara mengejut setelah mendengar perbualan mama dan papanya secara tiba-tiba.
"Entahlah sayang,dia takde cakap apa-apa pun.Mungkin datang saja-saja kut"ujar Dr Amirul membuat andaian.Namun,andaian tersebut ,tidak mampu menyedapkan hati Alissa.
"mesti ada apa-apa ,diaorang nak datng ni"bisik hati kecilnya.
"Lissa, nanti tolong mama sediakan hidangan masa diaorang datang ya sayang" ujar Puan Sofea yang menyetakkan lamunannya.
"In sha Allah ,mama"balas Alissa.
..........................................
Kini tibalah hujung minggu .Tengku Haydar bersama keluargannya datang untuk munyunting Alissa bagi dijadikan sebahagian daripada hidupnya.
"Assalamualaikum "ujar Tan Sri Tengku Khairuddin.
"Waalaikumsalam.jemput masuk semua."balas Dr Amirul mempelawa tetamu-tetamunya masuk.
"Sayang,Alissa.ni,diaorang dah datang.''panggil Dr Amirul memanggil isteri dan anaknya.Setelah itu, Puan Sofea dan Alissa pun keluar dari dapur.Penampilan Alissa yang manis berbaju kurung itu menarik perhatian sekeluarga yang datang bertandang ke rumahnya. Alissa terus menyalami kedua tetamu tersebut.Setelah menyalami mereka berdua, dia terus menuju ke biliknya kerana tidak manis untuk berada di bawah mendengar perbualan orang tua.
YOU ARE READING
His Angel
ActionAlso Known as The Mafia's Wife (OG) Alissa Safia(23 tahun) Seorang gadis yang ceria yang bahagia di samping keluarga tercinta dan rakan-rakanya.Perwatakannya yang menarik itu telah menarik perhatian si" Dia". Dato' Wira Tengku Haydar Inskandar(31 ta...