"Tuan, ni dia maklumat baru pasal Tengku Haydar" ujar orang suruhan Xavier.
"Bagus, seperti yang aku nak. Kau memang cekap bila buat kerja'' puji Xavier lalu mengambil dokument tersebut untuk dibacanya.
" Hmmm, Alissa Safia... Nice name. Cantik orangnya. Bob, kita buat plan B pula. Aku tak sabar nak rasa perempuan ni.HAHAHAHA'' ujar Xavier dengan penuh kejahantan. Tidak sabar dia mahu berjumpa dengan isteri musuhnya .
"Lepas adik kau, isteri kau pula akan merana. Aku akan pastikan hidup kau merana lagi Haydar. Ni baru sikit Haydar. Lepas ni, ada yang lagi teruk aku akan buat dekat kau Haydar" kata Xavier dengan penuh dendam yang bersarang di hati hitamnya itu.
" Baik Tuan'' Tunduk orang suruhan Xavier lalu keluar dari bilik majikannya untuk melaksanakan arahan yang diberikan oleh Xavier.
................................................
" Puan, ada bungkusan untuk puan'' ujar salah seorang pengawal.
" dari siapa pula?'' tanya Alissa lalu mengambil jambangan bunga rose tersebut.
My dear love, meet me at Hilton at 2:00 PM.
Love, Haydar
Selepas membaca kad tersebut, Alissa terus bangun daripada sofa yang berada di ruang tamu banglo tersebut.
" Ramzul, tolong siapkan kereta. Sekejap lagi saya nak keluar." arah Alissa dengan lembutnya.
"Puan, nak ke mana pula? Tuan, dah bagi arahan supaya tak benarkan puan keluar tanpa dia." balas Ramzul.
" Saya nak jumpa dia lah. Cepat siap. Kang lama pula dia tunggu tu.'' ujar Alissa lalu meninggalkan Ramzul yang terkulat-kulat di situ.
" Kenapa aku tak sedap hati ni'' bisik hati Ramzul
...........................................
Setelah yakin dengan penampilan dirinya, Alissa terus menuju ke kereta yang disediakan oleh Ramzul.
"Puan, kita nak ke mana?'' tanya Ramzul.
"Hilton Hotel'' ujar Alissa. Ramzul mengangguk lalu membawa isteri majikannya itu ke destinasi yang ditujunya itu.
'' Saya tengok puan tak sabar nak jumpa tuan. Baru beberapa jam berpisah. Takkan rindu kot.''ujar Ramzul memulakan bicara di dalam kereta.
"HIHIHI, Awak apa tahu. Biasalah, pengantin baru. Nanti bila awak dah kawin, entah-entah keluar bilik pun tak nak nanti.'' ujar Alissa
"Puan ni, ke situ pula. Siapa lah nak saya ni. '' balas Ramzul dengan suara sedih yang dibuat-buatnya itu.
" In Sha Allah, kalau ada jodoh. Awak akan kahwin juga. Percayalah. Sekarang ni doa je banyak-banyak'' nasihat Alissa.
Setelah setengah jam perjalanan, akhirnya mereka tiba juga di destinasi yang ditujunya itu.
"Puan betul ke ni, saya rasa tak sedap hati lah'' ujar Ramzul meminta kepastian.
''In sha Allah, saya okay. Kalau ada apa-apa, saya call awak ya.''ujar Alissa lalu keluar dari kereta mewah milik Tengku Haydar itu.
"Tak boleh jadi ni, baik aku call tuan'' Ujar Ramzul lalu membuat panggilan telefon..
TUT...TUT..TUT
''Hello, tuan dekat mana ya?''tanya Ramzul.
''Aku dekat office lah. Kenapa''ujar Tengku Haydar dengan dinginya.Pelik pula kenapa Ramzul call secara tiba-tiba ni.
YOU ARE READING
His Angel
ActionAlso Known as The Mafia's Wife (OG) Alissa Safia(23 tahun) Seorang gadis yang ceria yang bahagia di samping keluarga tercinta dan rakan-rakanya.Perwatakannya yang menarik itu telah menarik perhatian si" Dia". Dato' Wira Tengku Haydar Inskandar(31 ta...