Bab 17

6.3K 131 8
                                    

Tiba di suatu rumah di pinggir kota , Tengku Haydar membunyikan hon .Kedengaran hon tersebut terus menyebabkan seluruh isi rumah terang-benderang.Setelah , gate besar dibuka , Tengku Haydar terus memasuki ke dalam rumah tersebut dan memarkinkan keretanya di oorch rumah tersebut.

"A..bang , ni rumah abang?Besarnya?''tanya Alissa setelah Tengku Haydar selamat memarkirkan keretanya itu.

"Ni rumah kita mulai sekarang.Mulai hari ni, semua apa-apa yang aku ada milik kau jugak.Bukan kau seorang je'ujar Tengku Haydar sambil mencium jemari runcing milik Alissa.Lalu, dia keluar dari keretanya dan terus ke tempat duduk Alissa.Dengan kekuatan yang sedia ada , dia terus menggendong isterinya itu ala bridal style.

"Abang, saya boleh jalan sendiri lah"ujar Alissa kerana tidak mahu menyusahkan suaminya.

"Takpe , kau tak berat pun . It's ok sayang"Balas Tengku Haydar lalu mencium ubun-ubun bidadarinya.Lalu, dia terus menggendong isterinya itu memasuki kamar utama mereka.Dengan lembut , dia terus meletakan isterinya di atas katil .

"Sayang , nak mandi , semua baju ada dalam wardrobe , semua aku dah sediakan"ujar Tengku Haydar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang , nak mandi , semua baju ada dalam wardrobe , semua aku dah sediakan"ujar Tengku Haydar.

"Ok"ujar Alissa lalu menuju ke bilik mandi bagi membersihkan dirinya . Namun ,Tengku Haydar menuju ke wardrobenya bagi menyalin pakaian .Selesai menukar pakaian serba hitam,Alissa lalu keluar dari bilik mandi setelah selesai membersihkan . Baju pyjamas kain satin itu kelihatan comel tersarung di tubuhnya.

"Eh , abang nak pergi mana?''tanya Alissa ketika melihat suaminya yang serba hitam itu.

"Aku ada kerja sikit nak buat.Jangan tunggu aku.Aku balik lambat ."ujar Tengku Haydar lalu mencium dahi sang isteri. Ada kerja "gelap'' yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum dia pergi berbulan madu bersama sang isteri.

"Ok , abang .Hati-hati"ujar Alissa lalu mencium tangan suaminya.

.....................................

"Weh , pengantin baru dah sampai" ujar Megat Naqib.

"Seriusly , Haydar ,bukan sekarang ni malam pertama kau ke?''Tanya Syed Raziq

"Diamlah , biarlah dia berehat .Kesian dia penat"ujar Tengku Haydar .

"Hah , apa cerita stok baru yang sampai"tanya Tengku Haydar lalu duduk kerusi utama di pejabatnya yang terletak di pinggir hutan. Dibina pejabatnya di situ , supaya kerja-kerja mereka ini tidak diketahui oleh awam.

"Aku dah check , minggu depan stock baru sampai dari Italy ''ujar Syed Raziq sambil bermain dengan pisau lipatnya.

"Hah , apa cerita dengan Xavier?''tanya Tengku Haydar.

"Ermm, aku dapat message dari informer aku .Diaorang tengah plan nak proses dadh pulak. Dos satu biji pil tu tinggi"ujar Megat Naqib.

"WHat!!!Kau arah orang kita sabotaj plan diaorang .Jangan sampai diaorang bawak benda ni ke sini "ujar Tengku Haydar dengan marahnya.Walaupun dia seorang mafia ,belum pernah dia menjual dadah .Kerja-kerja gelap nya melibatkan penjualan bahan api sahaja. Cukup marah , apabila musuhnya bakal menjual bahan terlarang itu . Dia tidak mahu bahan terlarang itu merosakkan bangsanya.

"Raziq , pastikan kau dapat info dekat mana kilang dia ''arah Tengku Haydar.

"Ok.Nanti aku roger"ujar Tengku Haydar lalu meninggalkan mereka berdua.

............................

Tengku haydar sampai di rumah pada pukul 3 pagi.Kelihatan rumahnya gelap menandakan seluruh isi rumah sudah tidur.Yang hanya tinggal hanya jaga yang mengawal rumahnya.Mungkin besok dia akan tambah lagi 10 orang pengawal bagi menjaga rumahnya.Dia mahu memastikan keselamatan bidadari tercintanya sentiasa terjaga dan pastikan tiada siapa pun mampu menyetuhnya walaupun seekor nyamuk.

Dia tiba di kamar utamanya lalu menuju ke katilnya. Kelihatan Alissa sedang tidur di hujung katil sambil bantal-bantal diletakkan di tengah katil.Takut la tu ,orang sentuh dia.tergelak dia melihat isterinya yang berada di hujung katil tersebut.Setelah itu , dia terus menuju ke bilik air bagi membersihkan diri.Setelah selesai , dia menuju ke wardrobenya lalu mengambil boxer buat dipakai ketika tidur. Dia tidak biasa tidur dengan baju tidur cukup hanya boxer .

Setelah itu , dia menuju ke katil lalu dialihkan bantal yang berada di tengahnya itu. Kepala Alissa diangkat secara perlahan lalu diletakkan di atas lengannya yang sasa itu.Namun , tiba-tiba Alisa memusingkan dirinya lalu memeluk Tengku Haydar.Tersenyum Tengku Haydar melihat bidadarinya itu , comel macam baby tengah tidur.Tengku Haydar terus membalas pelukan tersebut lalu mencium lama ubun bidadarinya .

"Goodnight sayang ''ujar  Tengku Haydar lalu melelapkan matanya .Munkin Alissa mendengar kata -kata Tengku Haydar lalu dia makin mengeratkan pelukan seolah-olah tidak mahu melepaskan suaminya.




His AngelWhere stories live. Discover now