Kelihatan Banglo Dr Amirul dan Puan Sofea meriah dengan sanak saudara . Berkumpul bagi meraikan pasangan mempelai yang akan menikah keesokan harinya.Tidak dilupakan juga sahabat Alissa iaitu Kamelia dan Maysaa.Mereka juga datang bagi menolong apa yang patut buat Alissa.Ketika ini mereka sedang melakukan malam berinai .Cumanya malam berinai dilakukan secara sederhana dan keesokkannya pula majlis nikah.Majlis persandingan pula akan dilakukan di PICC Putrajaya kerana kedua keluarga sepakat bahawa untuk dilakukan di sana.
"Babe , apa kau rasa sekarang ni?''tanya Maysaa sambil memakaikan inai di tangan kanan Alissa.
"Entahlah , nervous ,takut ,sedih .Macam -macam rasa sekarang ni"ujar Alissa
"Aku tak sangka dalam kitaorang bertiga ni ,kau yang kahwin dulu. Dulu bukan main reject masa zaman kita study dulu''kata Kamelia sambil ketawa.
"Nak buat macam mana geng ,dah jodoh aku sampai dulu. Korang ni bila pulak?''ujar Alissa kepada sahabatnya.
"Iolls, tunggu Maysaa kahwin dulu"ujar Kamellia.
"Eh ,banyak cantik.Kita pula yang kena.Ok, kita tengok siapa yang kahwin dulu"cabar Maysaa.
"Hei ,anak dara! Bila nak siapnya berinai tu.Dah dekat nak pukul 10 ni.Pengantin kena tidur awal.Kalau tak penat "ujar Makcik Alissa secara tiba-tiba.
"Kejap auntie,dah nak siap"jawab Alissa
"Cepatlah korang ,kan dia bising lagi "kata Maysaa.
....................................
Tepat pukul 10 ,akhirnya rombongan pengantin lelaki tiba di banglo Dr Amirul.Tengku Haydar kelihatan segak memakai baju melayu putih.Dia tiba dan terus duduk di atas kusyen putih yang dikhaskan buat pengantin lelaki itu.Manakala,Alissa pula kelihatan ayu memakai baju kurung putih . Kedua belah mempelai itu cantik bagaikan pinang di belah dua.Alissa dengan berdebarnya duduk di atas pelamin bersama Puan Sofea.Tangannya erat memegang tangan Puan Sofea buat dijadikan kekuatan .
"Aku terima nikahnya Alissa Safia Binti Amirul dengan mas kahwinya set rantai berlian"
"sah?"
"sah"
"Alhamdulillah"
Berwalikan Dr Amirul ,Alissa kini sah menjadi isteri buat Tengku Haydar.Kini,doa dipimpin oleh tuan kadi dan sebentar lagi ,Tengku Haydar bakal ke suatu sudut bagi menunaikan solat sunat.Rasa berdebar Alissa kian memuncak apabila Tengku Haydar menuju ke arahnya.Pandangan Tengku Haydar kepada isterinya bagaikan menceritakan 1001 kisah yang sukar diungkapkan.Puan Sofea bangun lalu ke tepi memberi laluan bagi acara pembatalan air sembahyang.
"Assalamualaikum Mio Amore"ucap Tengku Haydar lalu menghulurkan tangannya buat disalami isteri yang baru dinikahinya itu.
"Waalaikumsalam "balas Alissa lalu menyambut salam itu .Setelah itu, Tengku Haydar mengucup dahinya .Terasa lama ciuman tersebut.Selepas itu, Tengku Haydar menyarung cincin yang bertatahkan berlian itu di jari manis Alissa dan Alissa turut menyarungkan cincin perak itu di jari Tengku Haydar.
Setelah selesai menyarungkan cincin bagi kedua belah pasangan.Akhirnya,mereka menuju ke ibu bapa masing-masing bagi memohon restu.Air mata Alissa akhirnya menitis ketika bersalaman dengan ibu bapanya.Dr Amirul memeluk putrinya .Dia juga menitipkan pesanan agar anaknya dapat menjalankan tugas sebagai seorang isteri yang baik.
...........................
DI PICC Putrajaya
Alissa bagaikan seolah-olah ibarat puteri dari kisah dongeng yang akan bertemu dengan puteranya.Gaun berwarna soft pink itu disarung bersama viel panjang .Cukup membuatkan dirinya menawan di samping Tengku Haydar yang memakai sut Gergio Armani berwarna putih.Dua ribu tetamu datang bagi memeriahkan majlis dari kedua belah pihak.Tiba sahaja di pintu masuk , Alissa makin mengeratkan pegangan pada lengan Tengku Haydar.
"Wife , Is there something wrong?''tanya Tengku Haydar secara berbisik kepada Alissa.
"Nothing"ujar Alissa.
"Wife, Don't lie to me .I know something wrong here.Aku tak suka orang tipu aku"ujar Tengku Haydar dengan tegas walaupun secara bisik.
"No, just afraid sebab ramai sangat orang" balas Alissa secara takut-takut.
"Its ok, I'll always beside you sayang.Hah ,tu isyarat kita dah boleh masuk"ujar Tengku Haydar menenanagkan isterinya itu.
Alhamdulillah ,majlis berjalan secara lancar.Ramai tetamu datang meraikan kedua mempelai.Akhirnya majlis pun tamat, kini Alissa dan Tengku Haydar memandu ke arah rumah baru mereka namun perkara ini tidak diketahui oleh Alissa.Kereta itu dipandu sendiri oleh Tengku Haydar sambil tangannya erat memegang tangan Alissa.Ketika di tengah perjalanan , Alissa sedar yang jalan ini merupakan jalan lain dan bukan ke rumahnya.
"Eh awak ,kita nak ke mana ni?''tanya Alissa kepada suaminya.
"Kita nak ke rumah baru kita"ujar Tengku Haydar sambil matanya fokus ke arah jalan raya.
"Tapi , saya tak bawa baju awak.Kita patah balik rumah papa ya,Ambil baju saya.Mesti papa dengan mama risau,kita tak sampai lagi rumah.''ujar Alissa dengan penuh pengharapan
"itu kau jangan risau, aku dah bagitahu mama dengan papa.Diaorang ok je.Baju jangan risau sayang.Aku dah siapkan ."ujar Tengku Haydar sambil ketawa sambil melihat sifat gelabah isterinya itu.Comel sangat .
YOU ARE READING
His Angel
ActionAlso Known as The Mafia's Wife (OG) Alissa Safia(23 tahun) Seorang gadis yang ceria yang bahagia di samping keluarga tercinta dan rakan-rakanya.Perwatakannya yang menarik itu telah menarik perhatian si" Dia". Dato' Wira Tengku Haydar Inskandar(31 ta...