5 tahun sudah berlalu...
Aku kini sudah berumur 25 tahun. Aku bekerja sebagai Pegawai Kewangan di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur.
Tak sangka aku dah meningkat dewasa. Aku dah boleh berbakti kepada mama dan papa. Aku bersyukur sangat. Segala urusan aku dipermudahkan oleh Allah SWT.
Cuma satu je, aku masih single sampai sekarang. Hahaha.
Bukannya takde orang berkenan tapi entahlah hati aku ni macam susah nak terima orang. Hehe. Bukan memilih tau.
Mungkin belum tiba masanya lagi kut 😅.Ataupun... Aku masih berharap pada Fir..
Aish entahlah... Aku dah lama tak dengar khabar tentangnya.
Mungkin dia dah kahwin dengan Raisha? Takpelah asal dia bahagia....
Nabila menuruni tangga menuju ke arah meja makan.
" Selamat pagi ma, pa" sapa Nabila kepada mama dan papanya yang sudah berada di meja makan.
" Pagi dik, amboii nampak bersemangat je harini". Usik Puan Ros kepada anaknya itu.
" Alaa ma adik hari-hari bersemangat kalau nak pergi kerja". Balas Nabila.
" Alah mamanya, bukan tak tahu anak kita ni kalau bab kerja ni laju semacam". Sambung Encik Zaid.
" hehe, macam tau2 je papa kan". Balas Nabila kepada papanya.
" Alah pa, bab kerja ke dia laju. Kalau bab kahwin mana ada laju.". Perli Puan Ros kepada Nabila.
" Alaa tak best la mama ni. Asyik cakap pasal kahwin je".
" Yelah, kalau tak cakap pasal kahwin nak cakap pasal apa lagi. Awak tu umur semakin meningkat bukan semakin menurun". Bebel Puan Ros kepada anaknya.
" Yelah ma yelah. Nanti tiba masanya adik kahwin la. Sekarang sibuk pasal kerja lagi". Balas Nabila.
" Orang lain pun kerja dik oii. Takdanya macam awak ni". Sambung Puan Ros lagi.
Nabila makan cepat2 dan bangkit untuk pergi kerja. Lagi lama dia duduk kat situ. Makin lama la mamanya membebel pasal kahwin. Dia bukan taknak kahwin cuma masih tak jumpa yang sesuai.
" ma, pa adik pergi dulu eh". Kata Nabila sambil menghulurkan tanganya untuk bersalam.
" Dia macam ni la pa, kalau kita cakap je pasal kahwin laju je nak mengelak". Bebel Puan Ros lagi.
Nabila hanya tersengeh ke arah mama dan papanya lalu menuju keluar.
Nabila masih tinggal dengan mama dan papanya. Memandangkan office tempat dia bekerja dekat dengan rumah mama dan papanya jadi dia buat keputusan untuk tinggal dengan mama dan papanya sahaja. Jimat duit sewa. Hehe.
Tambah lagi dia boleh la tengokkan mama dan papanya. Lagipun along dan abangnya itu sudah berkhawin dan ada tanggungjawab masing2.
Tak sangka yang abangnya itu pun sudah berkahwin. Dulu bukan main lagi taknak kahwin. Ala biasala dah nama pun manusia mestila nak kahwin kan. Hehe. Ibadah perkahwinan ni kan sunnah. Lain la macam aku ni, tak kahwin lagi takpe baru umur 25. Muda lagi. Hehe mengada betul kau Nabila.
......
Tokk. Tokk. Tokk.
Kedengaran bunyi pintu Nabila diketuk dari luar.
"Masuk". Kata Nabila.Hani melangkah masuk ke dalam bilik Nabila dengan senyum terukir dibibirnya.
" Selamat pagi cik". Kata Hani pada Nabila.
" Pagi Hani, apa jadual saya harini?" tanya Nabila kepada setiausahanya itu.Hani membuka buku notanya dan menerangkan kepada Nabila jadualnya.
" Em harini Cik ada mesyuarat dengan bos dan pegawai-pegawai lain pada pukul 3 petang, lepastu lepas lunch bos nak jumpa cik Nabila kejap. Katanya nak bincang tentang mesyuarat petang nanti". Terang Hani kepada Nabila.
" ooh okey. Itu je ke untuk harini?". Tanya Nabila lagi.
" Ya itu saja Cik Nabila"
" Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu eh Cik Nabila". Kata Hani." okey. Terima Kasih Hani". Balas Nabila.
Nabila memulakan kerjanya yang tertangguh tadi.
Nabila seorang yang amat mementingkan kerjanya, selagi belum siap selagi itulah dia akan berusaha keras. Dia masih seperti dulu. Tak pernah berubah sedikit pun. Mungkin yang berubah hanya perwatakan nya yang semakin matang. Huhu....
" Biarkann aku terus mencintai kamu".
Kedengaran bunyi lagu terus mencintaimu dari wans Ahmad menandakan ada yang menelfonnya.Nabila melihat ke arah phonenya untuk melihat siapa pemanggilnya.
Tertera nama "Bestfriend" di phonenya.
Tidak lain tidak bukan sahabatnya Nurul yang menelefon.Nabila mengambil phonenya dan mengangkat panggilan tersebut.
" Hah, hello. Kenapa call aku ni". Sergah Nabila.
" Assalamualaikum Cik Iman Nabila". Perli Nurul dihujung talian.
" aish kau ni. Ye ye waalaikumussalam ustazah Nurul. Kenapa ye call saya". Balas Nabila.
"hehe. Saja je call kau. Kau free tak lunch nanti". Soal Nurul.
" free je. Kenapa?"
" Aku nak ajak kau lunch ni, kita jumpa tempat biasa boleh tak"
" Boleh je. Ni kenapa tiba2 ajak aku lunch sekali ni"
" Alaa saja rindu kau. Kita kan dah lama tak jumpa"
" Eleh memgada je kau ni. Lama apa bendanya, dua minggu lepas kita dah jumpa kan". Balas Nabila.
" ishh kau ni banyak cakap la yaa, nak jumpa ke tak ni. Kalau tak nak takpelah". Balas Nurul dengan nada yang berpura2 sedih.
" hahaha yelah2. Aish dah tua pun nak merajuk lagi kau ni". Balas Nabila.
" hehe oky. Nanti lunch kita jumpa eh"
" ye ye, nanti lunch kita jumpa. Dahla aku nak sambung kerja ni". Balas Nabila kepada Nurul.
" Ye baik Puan. Eh Puan pulak. Cik cik". Perli Nurul kepada Nabila.
" Eii kau ni sengaja eh perli2 aku". Marah Nabila.
"hahahaa aku gurau jelah. Okeylah bye yaa. Jumpa nanti"
" okey, bye assalamualaikum". Kata Nabila.
" waalaikumussalam". Balas Nurul sebelun meletakkan panggilannya.
//Selamat membaca.
//Kalau sudi vote and comment
YOU ARE READING
Rindu Yang Terluka [IN EDITING]
RomanceMeskipun aku bukan wanita pilihannya namun akulah wanita pertama yang akan hadir di saat semua meninggalkannya. P/s : Jangan risau cerita ni ada ending. Selamat membaca