....
Pagi-pagi lagi Puan Maria menelefon Nabila supaya datang ke rumahnya. Katanya dia bosan di rumah sorang2, dia mahu berborak dengan Nabila lagipun sudah lama mereka tidak berborak panjang.
Nabila menerima pelawaan itu memandangkan hari itu hari Ahad, dia cuti. Dia juga tidak sanggup untuk menolak ajakan ibu Firdaus kerana sudah berapa kali diajaknya Nabila ke rumahnya.
Puan Maria juga mengajak Nurul datang sekali namun Nurul tidak dapat datang memandangkan dia sekarang berada di Tokyo bersama suaminya untuk honeymoon . Maklumlah orang baru kahwin kan. Hihihi
Dia sedikit gusar untuk ke rumah Fir memandang Fir pun dah nak kahwin. Rasanya tak manis.
Setibanya Nabila di rumah Fir, Puan Maria sudah menunggunya di halaman rumah. Teruja benar wanita itu menyambut kedatangannya. Dah macam nak sambut menantu kesayangan. Aish apa kau merepek ni Nabila! Ingat sikit orang yang kau berkenan tu dah nak kahwin. MOVE ON!
" Assalamualaikum ibu." sapa Nabila sambil tangan dihulurkan untuk bersalam dengan Puan Maria.
Puan Maria menyambut salamnya dengan senyuman manis." Datang pun Yaa, ibu ingat tak nak datang dah." kata Puan Maria mengusik gadis itu.
" Hehe, takkan la tak datang. Nanti ibu nangis sebab rindukan Yaa nanti lagi parah. Baik Yaa datang." balas Nabila mengusik.
" Haha mengada kamu ni ye. Ibu saja je, papa dan Fir pagi2 dah keluar. Katanya ada mesyuarat yang tak boleh dielakkan. Dua beranak tu kalau dah pasal kerja, hari Ahad pun sanggup gadaikan masa rehat. Ishh tak faham ibu. " balas Puan Maria sambil membebel.
" Alahh bu, biasala orang lelaki kan. Tak boleh nak berpisah dengan kerja mereka tu."
Nabila sudah mengucapkan syukur dalam hati, harapannya Fir balik selepas dia pulang nanti. Dia bukan nak mengelak dari Fir, tapi buat masa sekarang dia kalau boleh taknak berhadapan dengan wajah Fir. Bukan apa kalau dah tengok muka Fir nanti hilanglah dia punya MOVE ON. Hihi. Susahkan nak lupakan orang ni? Bagi tips sikit korang 😂
Puan Maria kemudiannya menjemput Nabila masuk ke dalam rumah.
...
Firdaus memberhentikan kereta Audi R8 di garaj rumahnya. Dia memandang ke arah sebuah kereta mini cooper yang terletak di perkarangan rumahnya itu. Pelik. Siapa pemilik mini cooper itu. Rasanya familynya takde yang naik kereta kecil itu.
Firdaus tersenyum keseorangan melihat kasut yang ada di bahagian kaki di tempat duduk penumpang. Fikirannya menerawang teringat akan gadisnya. Raisha.
Dia rindukan gadis itu. Sudah 2 hari mereka tidak contact antara satu sama lain. Katanya Raisha dia ke utara untuk satu majlis. Di sana tiada line memandangkan tempat yang Raisha pergi itu adalah kawasan pedalaman. Macam tak logik. Tapi takkanlah gadisnya itu ingin menipu dirinya.
Firdaus kemudian terpandang satu sampul surat putih yang berada bersebelahan dengan kasut itu. Pelik. Surat apa pula. Dia mengambil surat tersebut lalu dibawa keluar dari kereta. Nantilah dia baca. Tak penting kut.
....
Kedengaran kecoh dari arah dapur bunyi orang berborak. Satu suara ibunya tapi satu lagi suara siapa? Macam kenal je. Firdaus ke dapur untuk melihat gerangan yang berbual dengan ibunya.
" Apa ibu ni, Yaa takde calon lagi lah nak kahwin." Kata Nabila dengan suara yang sedikit merajuk apabila Puan Maria mengusiknya suruh kahwin.
"Eleh Yaa tu bukannya takde calon, tapi Yaa ni memilih sangat agaknya. Yaa tunggu putera dari kayangan ke apa." Usik Puan Maria sambil tangannya memotong sayur untuk memasak.
![](https://img.wattpad.com/cover/194322991-288-k81149.jpg)
YOU ARE READING
Rindu Yang Terluka [IN EDITING]
RomansaMeskipun aku bukan wanita pilihannya namun akulah wanita pertama yang akan hadir di saat semua meninggalkannya. P/s : Jangan risau cerita ni ada ending. Selamat membaca