Bab 17

135 16 14
                                    


...

Suasana di dalam mall itu kelihatan sedikit sesak kerana dipenuhi oleh orang ramai berpusu-pusu memandangkan hari itu adalah hari minggu.
Kebiasaannya memang mall akan penuh pada hari minggu kerana hanya hari tersebut orang yang sibuk bekerja akan meluangkan masa bersama keluarga masing2.

Ada yang datang bersama keluarga ada juga yang datang berduaan mungkin sebagai pasangan kekasih dan ada juga yang berseorang seperti Nabila.

Nabila berjalan berseorangan dalam mall tersebut. Dia bercadang ingin membeli barang keperluannya yang sudah habis. Tempat pertama yang ditujuinya ialah Watsons. Setelah selesai membeli barang keperluannya dia melangkah keluar.

Nabila kemudiannya menuju ke pasaraya tesco yang terletak dalam mall tersebut. Tanpa melengahkan masa dia menuju ke  barang dapur kerana dia mendapat pesanan daripada mamanya untuk membeli barang dapur yang sudah habis.

Dilihat phonenya untuk melihat barang yang sudah disenaraikan oleh mamanya melalui whatsapp.

- bawang
- sayur macam biasa
- ayam
- daging
- buah buahan
- kiub pati ayam dll

Dia kemudiannya menolak troli menuju ke bahagian bawang. Dia mengambil bawang merah dan bawang putih. Seterusnya, dia mengambil sayur-sayuran seperti kubis, lobak merah dan salad. Diletakkan barang-barang yang sudah dipilih ke dalam troli.

Sambil menolak troli menuju ke tempat buah-buahan dia membaca semula whatsapp dari mamanya, dia takut ada barang yang tertinggal, nanti kan tak pasal2 balik kena bebel dek mamanya itu.

Sedang asyik matanya kusyuk memandang phone, ada seseorang yang melanggarnya. Dia terkejut lalu phonenya jatuh.

Wanita yang melanggarnya itu juga terkejut. Dia tidak perasan ada gadis di hadapannya itu.

"Ya Allah, maaf dik maaf. makcik tak perasan tadi ..." Ucapan maaf kedengaran di bibir wanita yang telah melanggar Nabila.

"Eh takpe makcik takpe, mungkin salah saya juga yang main phone di tengah2 laluan . Maaf ye makcik." kata Nabila sambil menunduk untuk mengambil phonenya yang terjatuh.

Dia masih tidak melihat gerangan wanita yang tidak sengaja melanggarnya itu.

Dia bangkit untuk melihat wajah wanita yang meminta maaf denganya.

Dia terpaku seketika. Dia masih mentafsir wajah wanita di hadapannya itu.

" Ya Allah Yaa, Yaa kan?" soal wanita itu dengan nada yang sedikit terkejut dan teruja.

Nabila masih terkejut. Dia seolah2 kaku, tidak percaya yang di akan jumpa Puan Maria iaitu ibu kepada Firdaus di situ.

" Haah Yaa ni ibu." Balas Nabila sambil tangannya dihulur untuk bersalam dengan Puan Maria.

Puan Maria menyambut salamnya dan menarik Nabila ke dalam pelukannya.
Sudah lama dia tidak bertemu dengan gadis tersebut. Hari terakhir mereka bertemu pun semasa gadis itu ke rumahnya sebelum Firdaus melanjutkan pelajaran ke universiti.

Dia rindu kepada Nabila, kerana dia sudah menganggap Nabila seperti anaknya sendiri.

" Rindunya ibu dekat kamu Yaa. Dah lama kamu tak datang rumah ibu." Kata Puan Maria kepada Nabila.

" Yaa pun rindu ibu. Maaflah Yaa dah lama tak jenguk ibu."

" Ish takpe lah. Dah besar panjang kamu, makin cantik lagi. "

Nabila hanya tersenyum malu apabila Puan Maria memujinya itu.

" Ehh ibu dari mana lagi ni."

" Ouh ibu dari rumah lagi. Datang nak beli barang dapur kejap. Kalau takde barang dapur tak masaklah ibu. Papa kamu tu bukannya nak makan kalau bukan ibu yang masak." 

Rindu Yang Terluka [IN EDITING] Where stories live. Discover now