...
Jam di tangan Nabila menunjukkan pukul 12.35 tengahari. Dia bangun dan keluar dari office nya lalu menuju ke arah lift.
Butang lift G ditekan untuk turun ke lobi sambil tangannya ligat menaip sesuatu di telefon bimbitnya.
" Kalau aku lambat sikit kau tunggu eh". Butang send ditekan untuk mengantar pesanan kepada sahabatnya.
" okey. Jumpa nanti". Mesej yang dibalas oleh sahabatnya itu dibluetick lalu dia melangkah keluar dari lift menuju ke kereta mini Cooper nya.
...
Nurul duduk di tempat paling hujung di restoren Western Chop and Steak kegemarannya.
Dari jauh kelihatan Nabila anggun berbaju kurung bewarna pink belacan dikenakan dengan shawl bewarna biru muda. Sesuai dengan rona bunga dibajunya itu. Biasalah hari ni kan hari jumaat. Memang menjadi rutinnya memakai baju kurung untuk ke pejabat.
Nurul melambai-lambai tangan ke arah Nabila memberi isyarat dia berada di situ.
Nabila tersenyum dan segera menuju ke arah Nurul.
" Dah lama ke kau sampai ? Sorry la jem sikit tadi. Maklumla orang lunch kan". Sapa Nabila sambil menarik kerusi dihadapan Nurul.
" Takdela lama sangat, dalam 10 minit baru"
" Haa ni kenapa beria ajak aku makan ni? Mesti ada nak bagitahu sesuatu kan" . soal Nabila ragu.
Nurul hanya tersengeh kepada Nabila.
" Hehe nantilah aku cerita. Kita order makanan dulu eh".
Nurul memanggil waiter dan mengorder makanan mereka.
...
Nabila meletakkan sudu dan garfu ke dalam pinggan nya menandakan dia sudah siap makan. Dia hanya makan spaggeti carbonara saja kerana dia sudah breakfast makanan berat di rumahnya pagi tadi.
" Haa cerita lah, aku dah tak sabar nk dengar ni". Kata Nabila teruja.
" Aiish kau ni tak menyempatkan. Hehe. Em aku sebenarnyaa... Emm akuu... "
" Aku apa? Aku... aku.. Aku tampar kan". Balas Nabila geram dengan sahabatnya itu.
" hahaha. Yaa kalau aku cakap ni kau jangan marah tau"
" Laa belum cakap lagi kan. Takkan aku nak marah pulak. Bagitahu dulu baru aku fikir nak marah ke tak". Usik Nabila.
" hahaha ok2. Aku dah tak lama la yaa". Balas Nurul sayu.
Jantung Nabila sudah berdebar hebat. Dah macam2 andaian yang keluar dalam fikirannya." Apa kau merepek ni? Tak lama apa? Kau jangan buat aku takut Nurul"
" hmm aku.. Aku dah tak lama..."
" Tak lama apa kau ni! Cakap la betul2. Jangan bagi aku risau boleh tak". Marah Nabila.
" Aku sebenarnya dah tak lama nak habiskan zaman bujang aku ni. Hahaha". Balas Nurul sambil ketawa.
" WHAT!!!!! Seriously wehhh !!!! kau dah nak kahwin ke Nurul ?" . Tanya Nabila dengan nada serius.
" hehe. Adam cakap dia nak masuk meminang aku hujung minggu ni".
" huwaaa serius la weiii, dah nak kahwin sahabat aku ni. sob sob".
" In sha Allah. Ada jodoh ada lah. Dia cakap hujung minggu ni meminang then bulan depan kahwin"
" Cepatnya. Tak menyempat eh korang." usik Nabila
" hahaha aku tak kisah. Aku ikut Adam je. Kalau dia dah kata macam tu aku on je".
" Takpelah.. benda baik kita kena percepatkan tau. Wahh aku happy sangat kau dah nak kahwin". Kata Nabila teruja.
" tapi aku sedih la Nurul..." sambung Nabila lagi.
" Laa sedih kenapa pulak?"
"Yelah, sedih la kau tinggalkan aku single sorang2. Huwaa .. sob.. sob. Nanti kau kahwin, kau dah tak nak kawan aku lagi dah. Dah ada suami la katakan"
" hahaha kau gila ke apa? Takkan la aku nak lupakan kau." balas Nurul.
" hahaah yelah. Wahhh tak sabarnya aku. Ada apa2 position tak untuk aku nanti kau kahwin?"
" Amboii kau terlebih teruja nampak? Dia meminang pun belum lagi". Kata Nurul.
" hahha takpela aku kan nak doakan yang baik2 je untuk kau".
" haaa kau punya position nanti aku kahwin mesti lah ada"
"Apa weh apa?" balas Nabila teruja.
"tukang basuh pinggan". Jawab Nurul dengan selamba sambil ketawa.
" Ishhh tak gunaaa punya kawan. Tak nak aku pergi majlis kau nanti".
" Hahaha aku gurau jelah. Kau mestila jadi pengapit aku nanti. Takkan la aku nak bagi kau basuh pinggan pulak". Balas Nurul.
" hehe yelah. Aku harap sangat kau akan bahagia sampai ke syurga. Aku doa yang baik2 untuk kau tau".
" Yelah sahabatku. Terima kasih." balas Nurul.
" Amboii cakap pasal aku je, kau tu bila pulak nak kahwin? Taknak menyusul aku ke?" tanya Nurul lagi.
" emm aku takde calon lagi. Macam mana nak kahwin kalau takde calon?" Balas Nabila.
" Eleh kau tu bukannya takde calon. Tapi kau tu yang taknak. Bukan kau tak tahu yang Hariz tu tergilakan kau. Kau je yang taknak "
" bukan aku taknak. Tapi Hariz tu baik sangat. Dia tak layak untuk aku. Lagipun dia handsome, aku ni apa la sangat kan. Hehe ". Balas Nabila memberi alasan.
" Alasan tak boleh pakai langsung!!! cliche punya budak ! "
" Kau masih berharap pada Fir ke yaa? ".Soalan Nurul mengejutkan Nabila .
" Eh apasal pulak keluar nama dia ni ". Balas Nabila untuk mengelak.
" Kau jangan ingat aku tak tahu yaa, kau masih cintakan Fir kan. Sebab tu kau masih harapkan dia kan kan ". Kata Nurul.
" Emm, taklah. Mana ada aku cintakan Fir. Merepek la kau ni".
" Dah dah la tu yaa, kau kena move on. Kau pun berhak bahagia macam dia".
" Eh dia macam mana sekarang? Dah kahwin ke?" tanya Nabila untuk menutup rasanya.
" Eh eh tanya aku pulak. Aku dah lama tak contact dengan dia. Kau kan bestfriend dia. Takkan la kau tak tahu".
" Entah. Dah kahwin kut. malas aku tanya. kalau dia ingat kita dia cakapla" balas Nabila. Padahal dalam hatinya sangat mengharapkan bahawa Fir tak kahwin lagi.
Hai lah Iman Nabila. Sampai bila kau nak macam ni. Move on jelahh. Bisik hatinya sendiri.
" Eh Nurul, dah lama kita ni. Aku kena balik office lagi ni ". Kata Nabila kepada Nurul.
Kalau boleh dia malas nak dengar Nurul membebel pasal Fir lagi." haaa jomlah. Aku pergi bayar dulu. Hari ni aku belanja kau sebab gigih datang dengar cerita aku". Kata Nurul.
" ewahh ewaahh baiknya bakal pengantin kita ni. Semoga dapat baby cepat2 eh". Usik Nabila.
Nurul terus mencubit lengan sahabatnya itu.
" eii gatal kau eh"
" hahahaa betul apa". Kata Nabila sambil ketawa.
Mereka kemudiannya keluar dari restoren tersebut dan menuju ke arah kereta masing2.
#voteandcomment supaya sis lagi bersemangat nak menulis.
YOU ARE READING
Rindu Yang Terluka [IN EDITING]
RomanceMeskipun aku bukan wanita pilihannya namun akulah wanita pertama yang akan hadir di saat semua meninggalkannya. P/s : Jangan risau cerita ni ada ending. Selamat membaca