...
Fir melangkah keluar dari officenya. dia sudah berjanji dengan Raisha untuk lunch bersama. Sudah lama dia tidak bertemu dengan kekasihnya itu memandangkan mereka sibuk menguruskan kerja masing2.
Firdaus mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu.
Firdaus ❤️
- Sayang, i dah otw ni. Nanti kita jumpa kat sana ehRaisha ❤️
- Okey awak. Saya siapkan kerja saya jap, then saya pergi sana.Firdaus ❤️
- Okey sayang, see you soon. I love you.Raisha ❤️
- I love you too sayang.Raisha hanya tersenyum membalas whatsapp daripada Firdaus. Dia tahu lelaki itu sayangkannya. Dia sendiri tidak menyangka yang dia dan dapat menjalankan hubungan sejauh itu dengan Firdaus.
Masih segar di ingatan bagaimana Firdaus mengoratnya dahulu. Ketika itu dia sudah mempunyai teman lelaki. Namun, tidak disangka usaha Firdaus ingin mendapatkannya membuahkan hasil.
...
Flashback
Raisha berjalan menuju ke arah kelasnya. Dia sedar seperti ada orang yang mengikutinya dari belakang, namun tidak diendahkannya. Tiba2 suatu suara menyapa nya.
" Hai Raisha, aku nak tanya kau sikit ni". Soal Firdaus sambil menyaingi langkah Raisha.
Raisha berpaling ke arahnya dan menjawab
" Oh kau Fir, haa kenapa ni?"
" Errr aku nak sembang dengan kau kejap boleh tak?"
" Boleh je, aku takde kelas sekarang. Kenapa?". Soal Raisha ragu2.
" Kita duduk sana jap". Balas Fir sambil menunjukkan ke arah bangku yang berdekatan mereka.
Raisha mengangguk lalu menuju ke arah bangku tersebut.
" Emm aku macam ni Sha, aku nak mintak nombor phone kau boleh tak?".
Perghhhh straight forward betul Firdaus ni!Raisha memandang dengan wajah yang pelik dan bertanya
" Kenapa pulak nak no phone aku? Kau nak buat apa?"
" Errr aaaa.. Aku em nak nak tanya. Eh tak em senang nak tanya kau soalan nanti kalau ada no phone kau". Balas Fir sambil digaru2 kepalanya mencari idea.
" Haa, apa kau merepek ni Fir. Kita bukan satu kelas pun"
" Alaa Sha kita kan ada ambil subjek yang sama, jadi xsalah la aku nak tanya kau kan". Balas Fir dengan yakin.
" Hahaha apa2 jelah kau ni Fir, nantilah aku bagi no phone aku kat kau . Tapi sorry, not now okey."
Firdaus hanya mengeluh.
" Emm takpelah Fir, kalau takde apa2 aku pergi dulu eh." ujar Raisha sambil bangun ingin menuju ke kelas.
" Err Sha, kau dah ada boyfriend ke?" Soal Firdaus menahan malu.
Raisha berpaling ke arah Fir dan berkata
" Haah, aku dah ada boyfriend. Kenapa?" soal Raisha.
" Err takde apa lah. Saja je, sebab ada orang tanya". Balas Firdaus memberi alasan.
" Ouh okey lah. Aku pergi dulu"
"Shaaaa nanti jangan lupa bagi no phone kau tau!!!" Jerit Firdaus kepada Raisha yang sudah sedikit jauh di hadapan.
Raisha hanya tersenyum dan mengangguk.
" Walau kau dah ada boyfriend sekalipun aku tetap akan dapatkan kau Sha, kau tunggu Sha kau tunggu." Bisik hati Firdaus sungguh2.
..
" Shaa, kau tengah buat apa tu? " Soal Fir setelah Raisha mengangkat panggilannya.
Firdaus sudah berjaya mendapatkan no phone Raisha. Dia selalu whatsapp Raisha. Kadang2 dia call Raisha untuk menunjukkan effortnya yang dia memang sukakan Raisha." Err takde buat apa lah Fir. Tengah lepak2 dekat balkoni ni sambil tengok bulan." Balas Raisha.
" Asal suara kau suram je ni Sha, kau ada masalah ke?" soal Firdaus dengan nada yang risau.
" Emn takde lah Fir. Biasa je suara aku, mana ada apa2." Bohong Raisha.
" Alaa, kau takyah tipu aku la, aku kenal suara kau Sha. Cerita la kau kenapa ni?"
" Laa nak tipu apa nya, mana ada apa2. Kau je yang fikir bukan."
" Takpelah Sha kalau kau taknak cerita, siapa la aku ni kan. Aku ambil berat pasal kau je." Balas Fir.
" Emm yelah2 Fir. Okey aku cerita. Em sebenarnya em aaa..aku dah break dengan boyfriend aku. "Jawab Raisha sedih.
" Eh kenapa Sha? Cerita kat aku, aku dengar. " Soal Fir berpura2 sedih. Sedangkan hatinya sudah bersorak keriangan. Hahaha. Eh tapi bukan suka Raisha sedih tetapi dia suka kerana dia ada peluang besar untuk dapatkan Raisha. Dia memang terlalu sukakan Raisha.
" Entahlah Fir. Emm sebenarnya kita orang...... ".
Raisha mula meluahkan segalanya pada Fir.Sejak dari hari itu, hubungan mereka semakin rapat. Firdaus sentiasa ada disaat Raisha memerlukannya. Disebabkan sikap prihatin Firdaus itu membuatkan Raisha mulai jatuh hati kepada lelaki itu dan mereka mula menjalinkan hubungan. Daripada seorang kawan menjadi pasangan kekasih.
End of Flashback..
....
Raisha hanya mengenakan blouse pendek dikenakan dengan skirt panjang bawah paras betisnya sahaja. Dia berjalan masuk ke arah restoren yang sudah dijanjikan untuk bertemu dengan buah hatinya, Firdaus.
Oh btw, untuk pengetahuan korang Raisha ni free hair ye korang!! Dia seorang model yang namanya tengah naik di dunia modeling.
Firdaus sudah tersenyum memandang buah hatinya yang dilihat dari jauh. Raisha sangat cantik. Dia memang pandai bergaya. Maklumla dia kan model. Huhu.
" Sayang... Dah lama ke u tunggu. Sorry tau i lambat sikit." sapa Raisha sebaik sahaja dia duduk di kerusi hadapan Firdaus.
" Taklah, saya pun baru je sampai ni." balas Firdaus sambil tersenyum.
" Oh nasib baik awak pun baru sampai, kalau tak kesian awak kena tunggu lama. "
" It's okey sayang. Demi awak saya sanggup je tunggu."
" Mengada awak ni, dah order ke belum?" soal Raisha.
" Belum, tunggu awak order la ni. " Balas Fir tersengeh.
Fir kemudiannya memanggil waiter untuk memesan makanan mereka.
P/s Sorry korang part ni mungkin boring sikit 😭😭
Maafkan sis sebab dah lama tak upload 😭Oh sebelum sis terlupa..
Korang kena ingat tu segala2nya bermula dari kawan.
Jadi yang mana ada boyfriend jangan bagi awak punya boyfriend tu RAPAT dengan perempuan lain. Kawan boleh tapi sekadar kawan biasa je. Takut nanti ada yang terrrrrjatuh hati kan ada pulak yang terrrrrpaksa makan hati😜.
YOU ARE READING
Rindu Yang Terluka [IN EDITING]
RomanceMeskipun aku bukan wanita pilihannya namun akulah wanita pertama yang akan hadir di saat semua meninggalkannya. P/s : Jangan risau cerita ni ada ending. Selamat membaca