Setelah pintu bilik Elie diketuk berkali-kali oleh dayang Mary, akhirnya Elie terbangun juga dari tidurnya. Ya ampun anak dara tidurnya macam berjaga kerja kira bulu kambing! ayat dari wayang Alayarham Tan Sri P.Ramlee ni (betul ke tu namanya)
"Yes.! Who is there.?"
"Princess Arrissa, this is me. Dayang Mary."
"Yes dayang Mary. What you need.?"
Masih dalam mode tidur si puteri Elie ni. Macam mana lah boleh jadi puteri kalau begini sikap ni.
"Princess Arrissa, Tuanku raja need you to wake up now and get ready."
Mendengar saja nama ayahanda nya disebut, Elie terus berdiri lalu berlari anak ke pintu biliknya dan membuka pintu tersebut. Ya ampun boleh mati dayang nya ni nasib dah biasa tengok muka princess dengan rambut serabai.
('pandailah kau author cakap aku rambut serabai.!😡-Elie)
('eh, story aku pulak ni sibuk😒!-author)"Princess Arrissa, we need to get ready right now because Tuanku raja might get mad if he know you still not ready." kata dayang dalam nada perlahan.
"Ok.. ok.. Help me get ready please Mary."
Dayang Mary hanya mengikuti arahan Elie kerana sudah terbiasa dengan sikap Elie yang lambat bangun. Hubungan Elie dengan dayangnya yg satu ni sudah sememangnya sangat akrab kerana Mary telah menjaga Elie sewaktu dia masih bayi dan umur Mary pada waktu itu ialah 15 tahun. Walaupun Elie terkadang bangun lewat atau tepat, dia tidak pernah lambat dalam hal bersiap biarpun orang mengatakan perempuan ni sangat lembab dalam hal bersiap ni. Tak semua perempuan perlukan masa yang panjang untuk bersiap tau. Sebagai contohnya Elie. Perlukan masa 20 minit jer kalau bersiap. Tak payah mandi dah memang wangi dah. hehe ucuk!
Elie terlihat ayahanda dan ibunda nya sedang menikmati sarapan pagi di taman khas untuk mereka santai dengan keluarga King Stephen. Elie mempersiapkan dirinya untuk disakat oleh abang-abang nya kerana memang terkenal gaya mereka untuk menyakat satu-satunya puteri dalam keluarga tersebut.
"Ayahanda, maafkan saya kerana terlewat."
Elie terus menurunkan badannya sedikit dan menundukkan kepalanya kepada King Lunnord. Its time!
"Princess ayahanda yang paling serabai dah turun rupanya ingatkan tidur hingga ke malam." kata Prince Eric Loff iaitu putera ketiga dan juga terakhir dari King Lunnord dan Queen Audora.
"Alahhh awal sangat bangun si Puteri Kodok ni ayahanda. " perli Prince Ed kepada adik nya. Elie sempat memerli ke arah Ed yang tersengih. Jauh di sudut hatinya malu dipanggil puteri kodok apalagi dengan kehadiran Prince Philip di meja tersebut.
"Mimpi dengan Prince Philip lagi ke Elie.? Last time you told me you got late because you dreamed about him isn't..?" sengih Prince Jac lalu memandang ke arah philip.
'Oh God.! This is so embarrassing.!' Elie memandang ke arah ayahnya. King Lunnord juga ikut tersenyum begitu juga yang lainnya setelah Jac menyentuh hal Philip. Malunya Elieee..!!!!
(kau lah ni author buat aku maluuu😭-elie)
(just want to make more interesting😌 sorry-author)"Puteri ayah, dipersilakan duduk di sisi Philip."
Sakat King Lunnord kepada Elie. Ohhhh.. king pun pandai menyakat eh.. hehe.. mau tidak mau, Elie terpaksa bergerak ke bangku di sisi Philip yang sedang tersenyum bahagia. Bagaimana aku tau bahagia? imagine hehe. Belum habis lagi sakat menyakat ni.
"Elie suka dengan Philip.?" tanya Queen Diara sambil tersenyum.
'Oh My God.! please stop asking me.!!!' desis hati Elie yang sedang berdegup laju mengalahkan Formula F1.
"Erm... Ehh.. Saya.. Err.." Elie memandang ke arah ibunda nya tetapi ibundanya hanya membiarkan saja tatapan Elie yang meminta pertolongan.
"Elie.?" tanya Philip.
Elie berusaha untuk mencari jalan untuk tidak menjawap persoalan Queen Diara lalu terlintas satu idea dalam fikirannya.
"Soal itu kita ketepikan dahulu. Saya ada soalan tentang apa yang ibunda dan Queen Diara ingin sampaikan kepada saya semalam.?"
Nasiblah otak si Elie ni pintar dan cepat refresh kan kalau tak.. hempeh.!
"Itu biar ayahanda kamu yang jelaskan. Tuanku.?" kata Queen Audora kepada King Lunnord.
"Ini tentang kamu Elie."
"Saya.? Apakah itu ayahanda.?"
"Ayahanda ingin kamu untuk pergi ke Wortwod."
"WHAT..!!"
Jelas terlihat diwajah Elie yang dia tidak menyetujui arahan dari ayahandanya. Malah kanda kanda nya juga terkejut apabila ayahanda mereka berkata sedemikian.
"Ayahanda, bukankah ini terlalu awal bagi Elie.?" kata Prince Jac.
"Ya. Ayahanda tahu tetapi Elie harus pergi juga." tegas king Lunnord.
YOU ARE READING
THE PRINCESS OF CALESTIAL
FantasyTHE PRINCESS OF CALESTIAL adalah story dimana terdapat seorang puteri yang bernama Princess Arrissa, mendapati dirinya sangat berbeza dengan mana-mana puteri di dunia Calestial itu. Perjalanan Princess Arrissa ke Wortwod semakin lama semakin menunju...