TPA~4 | Journey to Wortwod

405 23 0
                                    

Seminggu telah berlalu, perlengkapan Elie juga sudah disediakan oleh dayang-dayang istana. Elie melihat ke arah abang-abangnya. Sungguh tatapan Elie yang sayu menunjukkan betapa berat hatinya mahu meninggalkan keluarga nya. Sedih.! Elie pergi mendekati ayahanda nya lalu menundukkan badannya di depan King Lunnord untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum dia berangkat.

"Ayahanda, Elie memohon keizinan dari ayahanda sebelum Elie berangkat."

Sungguh King Lunnord sangat sedih lalu memeluk satu-satunya puteri yang dia miliki. Begitu juga ibundanya yang sedari tadi hanya membisu sambil mengelap setiap titisan air matanya yang keluar. Queen Audora sememangnya sangat menyayangi puterinya itu lebih berbanding putera-putera nya. Oleh itu dia tidak ingin bercakap atau memeluk puterinya kerana takut tidak dapat melepaskan puterinya itu pergi. Kesian Queen Audora kan.. ibu mana yang tak sedih melihat anaknya akan pergi untuk jangka masa yang panjang. hurm...

"Princess Arrissa Elies, we need to go now." kata general Ednan yang akan menemani dan membimbing perjalanan Elie sepanjang ke Wortwod.

General Ednan merupakan seorang Guardian kepada Elie sewaktu ia masih kecil sehingga lah dia membesar. Ednan telah menjadi guardian kepada Elie sewaktu Ednan masih berumur 12 tahun manakala Elie 8 tahun. Sebaik saja mendengar kata-kata Ednan, Elie melepaskan pelukan ayahanda tercintanya lalu menunjukkan penghormatan kepada ibunda dan abang-abangnya.

"Jaga diri baik-baik Elie. Kalau ada yang ganggu Elie, Elie pukul lah mcm yang Elie pernah buat dekat kanda dahulu."

Seluruh orang yang berdekatan disitu terus tertawa mendengar kata-kata Jac. Yela siapa tak tertawa bila teringat kenangan Elie belasah Jac yang pada waktu itu Jac berumur 19 manakala Elie masih berusia 15 tahun. Bukan calang-calang pulak tu Elie belasah abang nya yang sulung. Teruk sangat sampai tak boleh berjalan.! hem.. yang lelaki faham lah sakit nya tu.

"Baiklah kanda, adinda turut arahan kanda." Elie membalas sambil tersenyum malu apabila teringat kenangan lampau itu.

"Adinda jaga pemakanan ya. Jangan sampai jadi seperti borches."

Ed sempat berseloroh mengenakan Elie dengan borches. Oh ya Borches adalah sejenis haiwan dalam negara Calestial yang memiliki rupa yang sangat menawan tetapi memiliki badan yang sangat besar dan malas. Haiwan ini boleh berjalan di dalam tanah dan tinggal di tempat yang bersih saja. Tapi tula malas. Berbadan besar takpe lah ni malas tapi cantik hurm. Elie melirik ke arah Ed dengan pandangan tajam memberi sign bahawa dia tidak suka dengan seloroh abangnya itu. Eric mendekati Elie lalu memberikan seutas rantai berwarna biru miliknya yang dikelilingi oleh seekor naga putih. Walaupun loket nya kecil, tetapi masih terlihat keunikan ukiran rantai tersebut.

"Kanda berikan kalung ini kepada Elie. Apabila Elie ketakutan atau rindu dengan kanda, Elie genggam loket ini dan tutup mata Elie. Kanda akan datang dalam mimpi adinda."

Elie tidak berkata apa-apa kerana terpukau dengan keunikan dan kecantikan rantai tersebut. Elie mengangguk kepalanya lalu mengucapkan terima kasih.

"Thank you kanda. I will do it."

Elie memberikan senyuman lalu berpaling menaiki kereta kuda yang telah disediakan oleh general Ednan.

"Eh ayahanda. Di manakah Philip.?"

"Philip sudah bergerak ke wortwod. Kamu akan berjumpa di sana."

"Baiklah ayahanda."

Elie terus menaiki kereta kuda tersebut lalu memberikan lambaian kepada keluarganya. Setelah jauh tidak ternampak sudah keluarga nya, Elie memperbaiki tempat duduknya. Elie memandang ke rantai yang diberikan oleh Eric. Sungguh sangat unik!

Perjalanan ke wortwod sangat memenatkan bagi Elie kerana dia tidak dapat melelapkan matanya. Dia berangan-angan tentang apa penerimaan putera dan puteri setiba dia di wortwod kerana dia saja yang paling muda diantara mereka semua. Elie meraup mukanya berkali-kali. Membuang semua fikiran negatif yang ada di fikirannya. Tiba-tiba kuda yang membawa landaunya terhenti. Kuda tersebut memberikan tindak balas yang agresif seperti tidak mahu meneruskan perjalanan. Keenam enam kuda tersebut mengangkat kaki hadapannya tanda memprotes untuk meneruskan perjalanan. General Ednan menyuruh Walter, pembawa kereta kuda tersebut untuk tidak memaksa kuda tersebut berjalan.

"Walter, jangan dipaksa. Biarkan dahulu kuda ini berhenti sekejap." kata Ednan dengan muka yang tidak senang hati.

Elie memandang ke luar tingkapnya untuk memeriksa apa yang terjadi.

"Ednan, apa yang terjadi.?"

"Err kuda ini tidak ingin meneruskan perjalanan tuan puteri. Tapi jangan risau kita akan meneruskan perjalanan apabila kuda ini sudah tenang semula."

Elie menganggukkan kepalanya. Jauh di sudut hati Ednan, sebenarnya dia tidak senang hati dengan tempat perhentian mereka sekarang. Ednan memandang ke sekelilingnya. Takut makhluk yang paling dikhawatirnya itu muncul secara tiba-tiba.

Berbeza dengan Elie, sebaik sahaja dia memandang ke sekitar perhentiannya, hatinya sangat tenang dan tidak terganggu dengan emosinya yang sedang bergolak tentang suasana di wortwod nanti. Elie keluar dari kereta kudanya dan turun lalu perlahan-lahan bergerak ke arah Ednan sambil memandang di sekeliling.

"Ednan, tempat apa ni.?" kata Elie dengan ceria.

"Er tuan puteri kita sekarang berada di Ventimel Hood. Tuan puteri sebaiknya jangan keluar dari kereta kuda ini kerana tempat ini tidak sesuai bagi puteri untuk bersenang."

"Ednan, i'm not a child. I can take care of myself."

"But princess.."

"Ednan, why i can't see anyone here.? no living in this place.?"

"Princess, there is no living in this place because this is Ventimel. A place that nothing can live here."

"Nothing.? but this place was so beautiful."

"Its not beautiful as your highness see. This is... em just not beautiful."

"Why did u said that.? The spirit will be mad."

Ednan hanya mendiamkan dirinya. Takut untuk menambah ayat lebih lanjut kerana dia sangat mengetahui Ventimel adalah kawasan yang sangat jahat dan pernah berlaku perkara buruk kepada keluarga diraja. Akhirnya perkara buruk itu menimpa salah satu dari keluarga diraja tersebut. Ednan menutup mata nya berdoa agar dijauhkan dari sebarang anasir jahat.

"Ednan, who's that.?"

Elie menunjuk dengan jari telunjuknya ke satu arah di dalam hutan tebal itu. Ednan mulai panik dengan pertanyaan Elie.


*************************************************

Hey you guyss.!!!! Its really honour for you guys to read my story till part 4.!!!!! omg thank you so much for staying with me you guys🥺🥺😘😘

anyways story ni mula masuk ke dalam apa sebenarnya disebalik cerita THE PRINCESS ARRISSA. so keep going into my fantasy😍😍😍 LOVE YOU ALL SO MUCHHH..!!!

Dont forget to vote my story and comment ok.? 😘😘 TQ

THE PRINCESS OF CALESTIALWhere stories live. Discover now