TPA~12 | First Kiss!

273 19 0
                                    

Elie mengerakkan tubuh badannya di atas katilnya yang empuk itu. Menyedari bahawa dia berada di tempat lain dan bukan bersandar pada tiang, Elie terus membuka matanya. Matanya melilau ke sekeliling biliknya. Kelihatan dia tertidur sampai ke malam. Mujurlah tiada aktiviti lain selain tarian yang telah dibatalkan pada hari itu. So, dia menghembuskan nafas kesyukuran.

'I'm in my room?' Bisik Elie.

Dia merasakan tangan nya di genggam erat oleh seseorang. Matanya memandang ke arah manusia yang memegang tangannya. Rambut berwarna hitam itu cukup membuatkan Elie mengenali pemilik tubuh sasa itu. Elie mengingat kembali kejadian yang berlaku. Apa yang dia ingat ialah dia sedang berdua-duaan dengan Philip.

'I though i'm with Philip. How can Ednan be with me here.?'

Elie menarik tangan nya perlahan agar tidak membangunkan Ednan yang sedang tertidur nyenyak.

Ednan terasa sesuatu sedang bergerak di telapak tangan nya. Dengan segera dia membuka mata dan menarik tangan itu.

Elie terkejut dengan tindakan Ednan yang secara tiba-tiba terbangun dan menarik tangan nya. Dia sendiri pun tidak tahu dan perasaan akan Ednan yang telah sedar itu pada waktu bila.

"Ednan!" Teriak Elie apabila tarikan Ednan itu membuat tangan nya yang kecil itu kesakitan.

Pada saat ini, tarikan yang Ednan lakukan itu membuat mereka berada dalam situasi yang agak kurang selesa. Tarikan Ednan itu membuat Elie terjatuh ke dada bidang Ednan itu. Malah tangan kiri Ednan pula merangkul pinggang Elie yang ramping itu. Saat ini, mereka berdua saling bertatap mata antara satu dengan lain.

Tatapan itu mengambil masa yang agak lama bagi mereka berdua untuk menyedari yang mereka sedang berada dalam situasi yang agak menegangkan. Jantung Elie berdebar dengan laju dan begitu juga dengan Ednan. Mereka berdua dapat merasakan degupan jantung antara satu sama lain disebabkan jarak mereka itu yang sangat rapat.

Elie kembali ke alam nyata nya apabila dia menyedari situasi yang dia berada sekarang. Disebabkan sikapnya yang gugup dan degupan jantungnya yang tak terkawal, Elie cepat-cepat menolak dada Ednan dengan kedua-dua tangan nya untuk menampung badannya untuk beralih dari tubuh Ednan. Malang sekali, tolakan Elie itu membuat Elie kehilangan keseimbangan dirinya disebabkan tilamnya yang lembut. Dengan tidak semena-mena, Elie tertarik baju Ednan di samping Ednan yang ingin menyambut tubuh Elie itu.

Akhirnya, situasi itu membuat mereka bersama-sama terjatuh di atas katil Elie dengan Ednan di atas Elie dan dengan secara tidak sengaja, bibir mereka berdua tertaut! Diulang! TERtaut! Apalagi, Elie yang terkejut dengan situasi itu membesarkan matanya kerana terkejut. Begitu juga dengan Ednan. Menyedari hal tersebut, Ednan terus berdiri lalu memandang ke arah Elie yang masih berbaring itu dan berlalu keluar dari bilik Elie dengan secepatnya tanpa meminta keizinan dari puteri itu.

Elie masih terdiam. Terdiam seribu bahasa. Terdiam kerana terkejut. Terkejut kerana dia baru saja memberikan ciuman pertama nya kepada EDNAN! Elie memegang dada nya. Jantung nya terus berdebar laju dan tiada tanda-tanda yang debaran  nya itu akan berakhir. Setelah itu, dia memegang bibir nya.

"My first kiss." kata Elie lalu kedengaran dia seperti tercungap-cungap menandakan yang debaran nya itu semakin laju.

Ednan berjalan dengan laju ke arah bangunan yang menempatkan biliknya yang berada di hadapan bangunan Elie itu. Sampai saja dalam biliknya itu, dia terus mengunci kan pintu biliknya lalu berjalan ke balkoni yang bersebelahan dengan ranjangnya itu. Sama seperti Elie, Ednan juga memegang dadanya yang sedang bergolak laju. Debaran itu disertai dengan pernafasan nya yang turun naik itu. Menandakan yang dia masih terkejut dengan situasi yang baru saja terjadi di bilik puteri jagaan nya itu.

THE PRINCESS OF CALESTIALWhere stories live. Discover now