Hutan tebal dalam sebuah daerah yang disebut Ventimel amatlah cantik dimata Elie. Buat kali pertama dalam seumur hidupnya, Ventimel lah daerah yang sangat dia minati takala ini. Tiba-tiba dia ternampak seorang sedang berjalan dalam hutan itu dengan memakai jubah ataupun kerudung yang berwarna hitam yang menutupi seluruh badan orang tersebut. Bahkan muka nya juga tidak terlihat.
"Ednan, who's that.?"
Ednan melihat ke arah yang ditunjuk oleh Elie. Kosong! Ednan memandang semula ke arah Elie yang masih memandang ke dalam hutan tebal yang kosong itu. Elie tersenyum. Ednan mulai gugup begitu jantung berdegup kencang seperti hendak terkeluar dari dadanya itu.
"Princess Elie, senyum dengan siapa.?"
Elie tidak membalas pertanyaan Ednan. Malah dia siap melambai ke 'orang' yang disebutnya sebentar tadi.
Elie melihat orang itu yang berdiri menghadapnya dari jauh. Orang itu membuka penutup kepalanya lalu..
'Oh My God! So beautiful' gumam Elie dalam hatinya.
Wanita itu sangat sempurna dimata Elie. Dengan senyuman manis yang diberikan kepada Elie bersama dengan mukanya yang putih suci seperti malaikat. Dengan tubuh yang sangat cantik dan tinggi mungkin dalam sekitar 169 cm. Apa yang menarik Elie ialah wanita itu sama dengan dirinya. Apa yang sama ?? Wanita itu juga memiliki rambut dan mata berwarna merah. Sama seperti dirinya!
Sejauh ini belum pernah dia melihat ada orang yang sama warna rambut seperti dirinya. Wanita itu tersenyum memandang ke arah Elie lalu Elie juga membalas senyuman nya. Elie melihat wanita itu tidak kelihatan seperti orang diraja atau rakyat biasa. Tetapi itu tidak membuat Elie berfikir negatif tentang identiti wanita itu yang sebenarnya. Seperti memahami bahasa tubuh badan wanita tersebut, Elie melambai ke arah wanita itu apabila wanita itu berpaling untuk pergi.
Ednan memandang ke arah Elie dengan perasaan takut. Siapa tak takut kalau dia boleh nampak tapi kau tak.. serammm! Bukan Ednan saja yang ketakutan tapi Walter juga turut berperasaan sedemikian tapi untuk tidak merumitkan suasana, Walter hanya berdiam diri saja. Silap hari bulan menangis ketakutan si Walter ni. Ednan pula biarpun ketakutan tapi dia tidak ingin kelihatan lemah di samping puteri jagaan nya dari kecil itu. Gentlemen orang kata hehe..
"Princess.?"
Elie yang kelihatan baru tersedar dari alam khayalannya berpaling muka ke arah Ednan. Bersyukur juga si Ednan ni akhirnya si puteri kembali ke dunia realiti nya semula.
"Siapa yang tuan puteri lambai tadi.?" tanya Ednan untuk tidak menunjukkan yang Elie sedang berkhayal dengan dunia mayanya tadi.
"Ada seorang wanita Ednan. Cantik. And her hair and eyes, same like me!" kata Elie dalam nada teruja.
Siapa tak teruja kan ? First time jumpa orang yang seperti dirinya. Tidaklah dia menganggap dirinya itu pelik kerana satu-satunya puteri yang memiliki rambut dan warna mata yang berlainan di kerajaan Calestial.
"Who is it.?"
"Oh i don't know her name."
Elie mengigit bibir bawah nya menunjukkan yang dia sedih dan merajuk kerana tidak dapat mengetahui nama wanita tersebut. Elehh dah 18 tahun masih gigit bibir princess ni. Manja tul.!!!
"Tak apa tuan puteri. Nanti bila tuan puteri berjumpa dengan wanita itu lagi, tuan puteri tanya lah nama nya." pujuk Ednan.
Ednan tahu jikalau puteri itu tidak dipujuk, maka berhari-hari lah puteri Calestial itu tidak bermaya atau bersemangat. Untung lah si Ednan ni tau cara pujuk memujuk ni. Sah sah si Ednan jadi lelaki romantik. Beruntunglah perempuan yang dapat Ednan ni hehe.. Thanks to Elie!
YOU ARE READING
THE PRINCESS OF CALESTIAL
FantasyTHE PRINCESS OF CALESTIAL adalah story dimana terdapat seorang puteri yang bernama Princess Arrissa, mendapati dirinya sangat berbeza dengan mana-mana puteri di dunia Calestial itu. Perjalanan Princess Arrissa ke Wortwod semakin lama semakin menunju...