TPA~16 | Dreams

180 13 1
                                    

Dia berjalan dalam kegelapan dan hanya disinari dengan cahaya dari bulan yang menerangi kawasan itu. Cahaya kebiruan dari bulan itu membuat dia berasa susah untuk melihat seluruh tempat itu dengan jelas. Sedang dia berjalan, kelelahan membuat dia menghentikan langkahnya. Tiba-tiba, satu tangan menyergap bahunya dari belakang. Dengan pantas dia menoleh ke arah pemilik tangan tersebut. Gelap! Kosong! Dia menarik turun nafas nya kerana berasa terkejut dan ketakutan. Tetapi ketakutan itu berlalu sebaik sahaja dia melihat seseorang yang berkerudung hitam memasuki sebuah rumah yang terbiar dalam hutan itu.

Lalu dia menguatkan kaki nya untuk berdiri dan mendekati orang itu. Sebaik sahaja kaki kanannya menyentuh tangga pertama pada rumah itu, berbagai-bagai suara ataupun bunyi dapat dia dengar. Seperti sesuatu bisikan. Dia menarik semula kaki kanan nya dan menyentuh tanah. Suara itu serta merta hilang. Sunyi. Dia menguatkan semangat nya untuk melangkah ke dalam rumah itu.

Dan apabila dia menyentuh tangga pertama itu, suara-suara dan bunyi-bunyi yang dia dengar tadi yang seakan-akan berbisik kepadanya kedengaran dengan jelas semula. Dia menaiki tangga itu sehingga sampai di hadapan pintu. Tangan kanannya terketar-ketar ingin membuka pintu itu. Sebaik sahaja dia membuka pintu itu, keadaan dalam rumah itu sangat cantik dan unik. Berbeza dengan apa yang terlihat di luar, rumah itu sangat usang. Tetapi dalam nya terlihat seperti rumah yang mempunyai penghuni.

Dia menutup semula pintu itu lalu memandang di sekitar rumah itu. Terdapat banyak barangan unik. Tersusun kemas dan rapi. Tiba-tiba satu gambar yang tergantung itu menarik perhatiannya. Sebuah gambar yang mengambil gambar sebuah keluarga yang berambut berwarna merah sama seperti dirinya. Dia mengamati wajah seorang perempuan yang mungkin merupakan suri rumah dalam rumah itu.

'Wajah itu. Di mana saya pernah nampak?', soalnya dalam hati.

Tiba-tiba kedengaran bunyi meriam di lepaskan dari luar. Satu tembakan itu mampu membuat rumah itu goyah. Dia berlari ke jendela rumah itu tetapi apa bila dia ingin menyelak langsir itu, perbuatan nya tergendala apabila dia mendengar bisikan dari belakang nya yang menghalangnya untuk melihat ke luar.

"But why?!", soal nya tetapi belum sempat dia melihat untuk kedua kalinya, satu lagi tembakan meriam di lepaskan lalu dia tidak sedar lagi.

"Princess Elie! Princess Elie! Princess Elie!".

Ednan mengoyangkan tubuh badan Elie kerana sedari tadi dia tidak menunjukkan respon untuk sedar dari alam mimpinya itu.

Elie terus terbangun apabila dia mendengar seseorang meneriakkan nama nya.

"Princess Elie! Oh thank goodness.", kata Ednan dengan lega.

Elie memandang ke arah Ednan lalu mengingat semula mimpi nya tadi. Tetapi satu scene dari mimpinya langsung dia tidak dapat ingat.

"What is it?", kata Ednan melihat Elie yang mengerutkan dahinya sedari tadi.

"Umm nothing. I just tired a lil bit.", kata Elie lalu membaringkan semula tubuhnya di katilnya yang empuk.

"Princess, you have to get ready now because we have to go to the archery places in a minute."

Mendengar saja kata-kata Ednan itu, Elie terus terbangun dari baringnya.

"Why didn't you tell me before?! Oh my God!"

Elie berlari ke tempat persalinan nya untuk mengantikan gaun merahnya dengan baju yang telah disediakan oleh pengurus mereka yang lebih selesa digunakan semasa d archery. Ednan pula bergegas keluar dari bilik Elie lalu menutup pintu dan menunggu Elie dari luar.

"I'm truly sorry your highness. I did call you to woke up but you didn't gave any response at all. Its been 30 minutes i spent my time to call you up, princess.",  terang Ednan tidak mahu Elie bersalah sangka terhadap nya.

THE PRINCESS OF CALESTIALWhere stories live. Discover now