Charlot membelasah muka Philip dengan penumbuk kanannya. Kejadian itu mengejutkan seluruh putera puteri yang berada di dalam dewan itu. Philip tidak berdiam diri tetapi terus membalas tumbukan Charlot dengan penumbuk kanannya juga. Tumbukan Philip itu sangat kuat sehingga Charlot tersungkur di lantai dewan ballroom itu.
Elie yang terkejut dengan perubahan Philip itu terus menarik Philip untuk menghentikan Philip dari terus menerus memukul Charlot.
"Philip! Stop!"
Elie meneriakan nama Philip agar Philip tahu yang dia sedang menghentikan dia dari terus menerus memukul Charlot yang semakin lemah itu. Vedora berlutut di sebelah Charlot lalu mengangkat kepalanya ke atas ribanya. Darah dari hidung dan mulut Charlot itu membuat Vedora terkejut dan takut. Kerana Vedora adalah seorang yang 'alergik' melihat darah.
(anyways author pun bgtu jugak>-<)
Elie yang sibuk menghentikan Philip itu akhirnya Philip melepaskan tumbukan nya dari terus memukul Charlot yang sudah berbaring lemah itu.
"Philip! Philip!!!"
Philip akhirnya memandang muka Elie dengan muka yang masih penuh dengan perasaan marah. Tetapi di mata Elie, itu bukan lah perasaan marah terhadap kejadian tadi tetapi dendam yang lama tersimpan di dalam hati Philip. Sebelah tangan kiri Elie memegang tangan kanan Philip manakala tangan kananya memegang dada bidang kiri Philip. Elie dapat merasakan bahawa Philip sedang menyimpan dendam tetapi dia tidak tahu bagaimana dia tahu perkara itu.
"Philip stop." suara Elie mulai kendur.
Tangan kanan Elie yang diletakkan di dada bidang kiri Philip itu beralih memegang pipi Philip yang kemerahan akibat di pukul oleh Charlot tadi sebentar tadi. Philip mulai beransur tenang dengan sentuhan itu. Philip menutup matanya lalu menghembuskan nafas nya dan memandang semula ke arah anak mata Elie.
Elie dapat merasakan kemarahan, dendam dan kesedihan sebaik saja dia menyentuh wajah Philip. Dia tidak tahu bagaimana perasaan itu datang tapi dia bersyukur sekurang-kurangnya dengan sentuhan yang dia berikan, dia merasakan yang Philip mulai tenang.
Kedengaran Charlot menggerang kesakitan yang di alaminya . Elie memandang ke arah Charlot dan tiba-tiba perasaan nya bertukar sebaik saja dia melihat darah yang mengalir di bibir Charlot.
'What is this feeling? Why i feel thirsty?'
Elie melepaskan tangan nya yang menyentuh Philip di wajahnya lalu tangan kirinya. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah Charlot yang sedang terbaring tetapi memandang ke arah Elie yang mendekatinya. Belum sempat Vedora menarik tangan Elie yang memegang wajah Charlot yang berdarah itu, seseorang telah pun menarik tangan Elie.
Langkah Ednan yang sedang berjalan bersama Hendry itu ke ballroom terhenti apabila mereka mendengar kecoh yang terjadi di ballroom itu. Hati Ednan panas apabila melihat Elie memegang tangan dan dada Philip itu. Tambah lagi apabila tangan kanan Elie beralih menyentuh pipi Philip. Ednan sudah tidak tertahan lagi. Dia melangkah dengan lebih laju tetapi terhenti semula apabila dia melihat Elie melepaskan sentuhannya ke atas Philip. Kelakuan pelik Elie itu yang sedang berlutut di lantai membuat Ednan melihat siapa yang membuat Elie berlutut. Dia melihat seorang lelaki terbaring di atas riba seorang puteri yang membelakanginya. Apabila dia melihat dengan lebih jelas, Ednan terkejut apabila melihat lelaki itu. Bukan terkejut kerana yang terbaring itu ada Prince Charlot tetapi terkejut kerana bibir lelaki itu berdarah.
"Princess Arrissa!" teriak Ednan setelah dia memegang tangan Elie.
Elie yang terkejut dengan pegangan dan teriakan itu menoleh ke belakang, asal suara itu.
"Ednan.?" kata Elie.
"Ednan.?"
Ednan melihat ke arah suara yang kedua tadi. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat puteri itu. Princess Vedora! Ednan melihat semula lelaki yang berada di pangkuan nya itu. Tetapi tidak terbit sedikit pun rasa cemburu di hatinya. Ednan melihat semula ke arah Elie yang sedari tadi melihatnya. Elie terus berdiri apabila terasa Ednan menarik diri nya untuk berdiri.
YOU ARE READING
THE PRINCESS OF CALESTIAL
FantasyTHE PRINCESS OF CALESTIAL adalah story dimana terdapat seorang puteri yang bernama Princess Arrissa, mendapati dirinya sangat berbeza dengan mana-mana puteri di dunia Calestial itu. Perjalanan Princess Arrissa ke Wortwod semakin lama semakin menunju...