TPA~19 | Voices

153 13 0
                                    

Elie berlari sehingga dia terduduk lelah di sebuah taman. Tidak dia sangka dia sanggup memarahi Ednan sehingga dia menghalau dan meluncutkan dia dari menjadi guardian nya selamanya. Elie terduduk di atas rerumput sambil menangis teresak-esak. Pertama kali dalam seumur hidupnya dia menangis teruk atas apa yang telah dia lakukan terhadap Ednan.

"What is wrong with me?", tanya Elie sambil menyembam wajahnya di kedua belah tapak tangan nya.

"You did a good job."

Elie melihat ke sekelilingnya setelah dia mendengar seperti seseorang sedang berbisik dengannya.

"Who are you!?", teriak Elie dengan nafasnya yang turun naik.

"I'm your mother, Celine. Your mother!"

"No! You are not my mother. My mother is Queen Audora!", teriak Elie lagi.

"Hahahahahahahaha.. you will be punish!", teriak orang itu seperti dalam nada amarah.

Ketakutan sedang menguasai diri Elie apabila dia terdengar suara orang ketawa tetapi dalam nada berbisik kepada nya. Pada saat ini, apa yang dia perlu ialah Ednan. Wajah Ednan terlintas di fikirannya lalu dengan segera air mata Elie terjatuh semula kerana ketakutan.

"Follow me Celine. Follow me!"

"No! I will not follow a demon!"

"Demon? Who's demon!? King Lunnord is a demon! HAHAHAHAHAHAHA!"

Elie terkejut apabila orang itu meneriak nama ayahandanya seorang iblis. Elie sangat kebingungan. Bagaimana dan kenapa ayahanda nya di katakan iblis oleh orang yang berbisik itu. Ketakutan semakin menguasai diri Elie apabila orang berbisik itu mengilai ketawa ke arah dia. Semakin lama suara itu semakin dekat dengan Elie.

"Go away from me!", teriak Elie dalam ketakutan.

"I will not going anywhere if you don't follow me! Come Celine. Come.. come... with me.." , kata orang itu lalu menyambung ilaian nya.

Elie menutup telinganya lalu sekali lagi wajah Ednan terbayang-bayang di benak fikirannya. Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata yang pernah diutarakan oleh Ednan,

"Talk to me in your heart and think of me in your head. I will be there for you."

Elie menutup matanya dengan linangan air mata nya yang masih tersisa lalu dia memikirkan Ednan dan memanggil nya dalam hati.


Courter Ednan & Hendry

'Ednan.'

Mata Ednan terbuka luas. Dengan segera dia bangun dari perbaringannya lalu dia memegang dada kirinya. Perbuatannya itu dilihat oleh Hendry yang pada saat itu sedang duduk sambil bersandar di kepala katilnya. Dengan sepantas kilat, Hendry bangun dari kedudukan nya lalu berjalan ke arah Ednan yang sedang memegang dada nya.

"What is it Ed?", tanya Hendry penuh perhatian.

"Elie."

Setelah mengatakan demikian, Ednan terus bangun dari katilnya lalu berlari menuju ke tempat namanya dipanggil oleh Elie.

"Ed what's wrong with Elie!?"

Melihat reaksi teman baiknya itu membuat Hendry juga membuntuti Ednan apabila dia nampak riak muka cemas Ednan itu. Risau terjadi sesuatu kepada Elie dan teman baiknya itu, dia mengambil pedangnya yang tersimpan di sisi katilnya lalu mengejar Ednan yang sudah menjauh.

"Elie! Elie!"

Ednan meneriak nama Elie kerana kelibat Elie sama sekai tidak terlihat oleh Ednan.

"Princess where are you!?"

Hendry yang baru sampai di taman itu menarik nafas terlebih dahulu kerana kelelahan akibat mengejar Ednan yang berlari pantas itu.

"Elie! Where are you!?", teriak Ednan yang masih belum berputus asa mencari puteri itu.

Hendry melihat di sekeliling nya. Sunyi, gelap dan suram. Tidak terlihat sedikit pun kelibat puteri itu.

"Ed! I don't think she is here.", kata Hendry sambil mendekati Ednan yang masih tercari-cari puteri itu.

"No Hen. I know she is here. I feel it."

Melihat Ednan yang semakin kehilangan akal kerana tidak melihat puteri itu membuat Hendry juga turut mencari puteri itu.

"Princess Elie! Princess where are you!?"

Sambil Hendry mencari Elie, Ednan berdiri sambil menutup matanya lalu dia memegang dada kiri nya semula.

'Call me princess. I'm here for you. Call me.', bisik Ednan lalu dia mengatur pernafasan nya.

Tiba-tiba, dia terlihat Elie yang sedang terbaring lelah di atas rerumput taman itu.

"Elie!"

Dengan segera Ednan mendekati Elie lalu mengangkat tubuh nya itu di pangkuannya. Hendry yang melihat itu bersyukur di dalam hatinya dan lega.

Elie membuka matanya dengan tenaga nya yang masih tersisa sedikit. Melihat wajah Ednan yang matang itu, mengukir senyuman di bibir Elie. Dengan penuh kesyukuran dan kelegaan di hatinya kerana panggilan nya itu berhasil.

"Princess. I'm here."

Kelegaan di hati Ednan bersarang juga apabila Elie memberi respon dengan membuka kedua matanya sambil tersenyum memandangnya. Setelah itu, Elie tertidur semula di pangkuan Ednan. Tidak membuang masa, ednan terus mengangkat Elie lalu membawanya kembali ke courternya.

Manakala Hendry pula masih berlegar di taman itu. Ingin mencari penyebab puteri itu pengsan di taman itu. Tiba-tiba dia terlihat sosok seseorang yang berjubah merah dengan kerudungnya itu dari kejauhan. Hendry tidak dapat melihat dengan jelas wajah orang itu tetapi dia dapat melihat senyuman jahat yang terukir di bibir orang itu. Apabila Hendry ingin mendekati orang itu, dengan sepantasnya orang itu menghilangkan dirinya dibawa angin. Hati Hendry berdegup kencang. Melihat senyuman itu, bibir Hendry mengungkap perkataan,

"Vortex?"


*************************************************

Hey guys! Hehe! Sorry kalau part ni tak best sangat sebab author sedang tak sihat so fikiran dan idea tak seberapa nak keluar☹️

Btw if you enjoyed the story, i will be so happy for you and i appreaciate you all💖

Don't forget to VOTE!

More love from me💗Adios!

THE PRINCESS OF CALESTIALWhere stories live. Discover now