ara menutup pintu dan mengunci pintu rumah. dia hendak pergi membeli barang. sumpah dia.stress.semua kelengkapan memasak tak ada. tambah lagi kelengkapan membersih.apa laki aku tak bersihkan rumah langsung ke?
batang penyapu tak nampak. vakum tak nampak baldi pon tak ada. nasib mesin basuh ada.
dia hari nih hanya pakai tudung bawal bidang 50 warna coklat pastel berbaju blouse biru dan seluar slack biru.
"assalamualaikum.." sapa seorang makcik.
"waalaikumsalam." jawab ara.
"kamu nih isteri wafi ke? " tanya mak cik tersebut.
"ye saya.. nama saya ara . "kata ara lalu memperkenalkan dirinya.
"ouh.. makcik nih nama melisa. boleh panggil mak cik lisa. umur dah 50 dah tahun nih." kata mak cik lisa ramah.
"nih nak pergi mana? " tanya lisa.
" nak pergi beli barang dapur. suami kata nak makan ketam esok . nak keluar pi beli. " kata ara mesra.
"elok sangat lah tuh.. bagi dia gemok sikit. dah macam galah dah makcik tengok dia. makcik pon selalu nampak orang hantar makanan je kat rumah nih. tak pernah nampak dia belanja barang dapur. " kata lisa.
"yelah.." balas ara sambil tersenyum mendengar kata lisa.
"makcik dah lama ke kenal wafi? " tanya ara .
" lama tuh tak adalah ... baru 4 tahun sejak dia masuk rumah nih. wafi nih baik budaknya. rajin tegur mak cik makcik kat sini. kadang tuh.. dia cakap dengan kami nih.. terkejut tau. yelah anak muda boleh masuk lingkungan mak cik makcik nih. hahhaha." kata lisa seronok.
"ye ke.. makcik ara pergi dulu ye. nanti lambat pulak. kita perempuan beli barang lama .. hahah. macam macam nak beli. kadang tak ada dalam senarai pon bawa masuk troli. " kata ara ramah.
"hah.. betul tuh.. pergilah.. kalau nak minta tolong makcik panggil je. " kata mak cik lisa.
"yelah.. terima kasih. assalamualaikum" kata ara sebelum melangkah kearah lif .
"siapa tuh lisa? lama nya berbual." tanya makcik jannah.
"ouh.. tuhlah isteri wafi. budak lelaki galah tuh." kata lisa .
"eh! baru kahwin ke? baru aku nak nyangkut dengan anak aku. " kata jannah.
"kamu jangan jannah. diorang tuh baru kahwin. minggu.lepas tak silap." kata lisa.
" takkan lah taste dia macam tuh.. entah entah mak dia yang pilih tak? " kata jannah.
"apasalah nya kalau mak dia pilih pon.. si wafi tuh pon hendak je dia. " kata makcik ina menyampuk.
"ya allah ina.. kau tak nampak ke isteri dia tuh. gemok kalah anak aku. anak aku pon slim , cantik lagi. " kata jannah.
" jannah tak baik kata macam tuh... dosa!" kata lisa marah.
" apa? betullah.. bukan menuduh. " kata jannah yang menegakkan katanya.
"daripada cantik tapi asyik keluar dengan lelaki buat apa.. " kata ina sindir.
"eh ... ini melebih.. " marah jannah .
"eh! sudah! bergaduh pulak! jannah baik kamu muhasabah balik. ina , kamu tuh baik jangan sebarkan aib. pepandailah jannah didik anaknya. dah gi balik rumah sendiri . pergi kemas rumah ke.. masak tengah hari ke.." kata lisa yang cuba meleraikan pergelutan ina dan jannah.
"nasib kau tahan lisa.. kalau tk ,tak tahu lah apa mulut nih keluar. " kata jannah.
"aku balik dulu . lupa aku tak jemur baju lagi. maaf jannah. aku melebih." kata ina.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS RISING ANGEL ✓
Romance⭐no.1 gemok - 9/6/2020- kalau perempuan dikatakan andartu .kalau dia anbujtu?(anakbujangtua) apa pon wafi mempercayai bahawa , pilihan ibu adalah yang terbaik. jadi dia yang singlet nih. terima aja. memandangkan dia sudah 30 tahun. Ara menghadapi t...