19

480 22 2
                                    

ara melihat jam dinding. lagi satu minit masuk pukul 10 malam.

"haih.." keluh ara.
'semalam pukul 9 . hari nih 10. '

"hish! call tak angkat. dia lupa ke hari nih aku ada check kesehatan? aw! " kata ara. lalu melihat betisnya. masih kemerahan. dia capai minyak gamat dan di sapu di luka itu.

"tak apa ara.. dia sebuk sangat tuh.. lagipun bukan selalu dia sebuk macam nih... esok esok okey lah tuh.." kata ara yang memujuk diri.

" eh! aku dah makan ubat belum eh? selalunya wafi ingatkan. tapi semalam aku dah makan lepas makan nasi. emm... dah kot.. " kata ara.

"huwah! ngantuknya tidur kejap. nanti wafi balik aku bangun. "

ara membaring tubuhnya di atas katil . di ambil bantal guling dan di peluk.

"haih.. miss my hubby. wafi... cepat lah balik..." kata ara sebelum masuk ke alam mimpi.

20 minit kemudian...

kreekk...
bunyi pintu terbukak kedengaran.

ara terjaga.
dia capai telefonnya.
'hmm.. 10.30.'bisik hati ara .
lalu dia bangun dari pembaringannya.
yelah nak sambut suaminya itu...
harapnya mood suaminya elok hari nih. seharian dia tak nampak muka itu. rasa rindu pulak. hahah

kemudian dia turun dari katil menuju turun anak tangga.. ara yang masih mamai turun dengan perlahan lahan.

"hmm? kenapa pintu tak tutup?" kata ara pelik.
lalu dia cuba menggosok matanya . kerana dia menganggap itu cuma bayangannya.

"aik? memang tak tutup? " kata ara terkejut.

"wafi! kenapa awak tak tutup pint-" kata ara tersekat apabila dia dicekek dari arah belakang.

ara tersentak di cuba bergelut.
'siapa? siapa!' bisik hati ara panik.

tiba tiba cengkaman dilehernya terlepas.

dia segera memandang figura yang mencekek dirinya. seorang lelaki ketinggian 163? mungkin.
berpakaian serba hitam. mukanya juga tidak kelihatan.  dan juga ada seorang lagi di belakangnya.

"siapa kau! kenapa kau masuk rumah aku! keluar! keluar!" jerit ara dengan berani.

" weyh! macam mana nih?" tanya kawannya.

"kau gi cari barang bernilai. biar aku settle kan perempuan nih. " kata lelaki tadi.

"okey." kata kawanya.

"aku kata keluar! " kata ara lalu meluru kearah kawannya yang cuba naik keatas.

tapi rambut ara di tarik kuat oleh lelaki tadi menyebabkan dia terhenti.

"argh! sakit! " kata ara lantang sambil memegang belakang kepalanya.

" cepat sikit! " arah lelaki itu.

ara cuba bergelut lagi.
sambil mulutnya menjerit meminta pertolongan.

"tolong! tolong!" jerit ara kuat.

lelaki tersebut menjadi cemas dan mencengkam rahang ara dan ditolak ke dinding.

"lebih baik kau diam! kalau tak nyawa kau ! aku tamatkan kat sini jugak! " gertak lelaki tersebut.

"hmm! emm!" jerit ara .

"hish! " lelaki tersebut berang dan sekali lagi dia mencekek ara tapi dengan kedua belah tangannya.

" kau yang nak minta sangat kan!" kata lelaki tersebut. sambil mencengkam kuat leher ara dan dihentak kepala itu ke dinding dua kali.
.
.
.
.

HIS RISING ANGEL ✓Where stories live. Discover now