12

522 34 0
                                    


kereta wafi berhenti di tempat parkir kereta  yang mempunyai pandangan laut yang terbentang luas.

di sebabkan sekarang sudah petang ramai kanak kanak sedang bermain di taman berhampiran ditemani ibu bapa mereka.

selepas beremosi tadi dia juga tiada mood untuk terus berjalan di pasaraya itu. jadi dia terus memandu kereta dan tiba disitu.

wafi keluar dari kereta . ara terkejut tapi dia juga kelam kabut mengikuti suaminya itu.
wafi hanya diam dan menekan punat kunci kereta lalu berjalan mendahului ara.

ara sekali lagi kelam kabut mengikuti langkah wafi.
'dia marah dengan aku ke? ' bisik hati ara yang serba salah.

' mestilah dia marah kau! kalau tak takkan dia buat perangai macam tuh. ' bisik hati ara yang seperti berlawan dengan mindanya.

ara terus mengejar langkah wafi yang sememangnya laju . yelah wafi kan tinggi , kurus pulak tuh . mesti kaki dia panjang besar langkah dia. ara walaupun tingginya 163 dia tak boleh menandingi kepantasan wafi.

ara menjadi mengah. dia mula tercungap cungap mengambil nafas. wafi yang terdengar bunyi nafas ara yang mengah  terus berhenti melangkah.
ara yang tidak perasan yang wafi berhenti terus melanggar belakang wafi.

"aww.." kata ara kesakitan . dia langgar orang ke tiang? keras betul!

ara memandang wafi dengan pandangan takut takut.

"tunggu sana. " arah wafi sambil menunjukkan kearah satu tempat duduk di bawah sebuah pokok kelapa.
baru ara hendak bertanya kenapa. wafi terus meninggalkan dirinya.

ara terpana.

"seriuslah! dia nak tinggal kan aku ke apa? hish! tapi ini semua salah aku juga kalau lah aku tak emo sangat tadi.. hih.... " keluh ara sendiri. lalu dia duduk juga di tempat wafi suruh.

" dia takkan tinggalkan aku kat sini kan? " kata ara bimbang sambil melihat sekali lintas arah yang wafi pergi . dia menghela nafas lemah. lalu dia menghadap pemandangan di hadapannya.

angin waktu petang sungguh kuat. hampir saja terbang tudung bawalnya. bunyi ombak yang memukul benteng seperti melodi di situ .

" bila kali terakhir aku pergi tempat macam nih.. ahh.. leganya.. " kata ara menikmati.

sementara wafi....

wafi menutup mulutnya yang mengukir senyuman. dia hampir saja terhambur gelak di hadapan ara apabila ara melanggarnya.
dan mindanya asyik memutarkan riak muka ara yang memandangnya dengan takut.

"kenapa aku ada isteri yang comel sangat! " kata wafi dengan kuat tanpa sedar.

semua yang lalu lalang memandang pelik kearah wafi. tapi dia tidak kesah.

dia yang pada tadi senyap kerana dia ingin beri ara peluang untuk memikirkan perbuatannya.
lebih baik ara muhasabah sendiri dari dia berdebat dengannya.

wafi melangkah kearah sebuah kedai untuk membeli air mineral. kesian pulak isterinya itu penat mengejar dirinya yang jalan laju.

" semuanya 5.00. " kata cashier. selepas membayar .wafi menapak keluar dan berjalan kembali kepada isteri yang di tinggal kejap tadi.

dari jauh kelihatan figura gempal duduk di bangku sambil kakinya terhayun. segera dia dekati.

"nah." kata wafi lalu menghulurkan satu pelastik berisi botol mineral.

" ada ais krim aku beli tadi. makan lah." kata wafi tanpa memandang kearah wajah comel itu.

"terima kasih." kata ara perlahan tapi dapat ditangkap oleh wafi. wafi hanya memandang ke depan melihat laut dengan senyap.

HIS RISING ANGEL ✓Where stories live. Discover now