11.30 pagi."okey aku dah setup untuk peguam kita. " kata haq kepada mereka semua yang kebetulan berkumpul di pantri.
" nice! pebende lahh.. dato tuh tak ada otak gamaknya. dia tak fikir ke sebelum buat semua nih? tak pasal pasal kena bayar saman plagiat. " kata fahmi geram.
"apa istilah orang sekarang? hmm.. ha! otak letak kat lutut. apa yang kita dapat kalau curi kerja syarikat dia? rasanya tak akan berlaku. nama je gah. tapi perangai macam sampah" kata adrien yang seperti pakcik bawang ala ala.
" yang pasal henry tuh . memang kerja satu company gema ke?" tanya haq selepas terangguk angguk mendengar kata adrien .
" daripada apa yang aku dapat dari bad, henry tak kerja dalam syarikat gema tuh. tapi dia lebih pada . spy? macam kerja gelap lahh... jual hasil kerja yang client nak. " kata brian.
" aku dengar dia dah banyak buat kerja macam nih.. syarikat yang dia pernah buat kerja, ada yang gulung tikar beb! bankrap! orang banyak percaya syrikat besar yang dah lama dalam pasaran. nasib, kita tak jatuh macam tuh aja." kata fahmi.
"macam bodoh je orang sekarang nak untung. sanggup jatuhkan orang lain. nanti bila sendiri jatuh baru padan muka. " kata adrien. yang lain hanya menggeleng mendengar kata adrien.
"kau kalau bab macam nih.. pedas betul komen kau." kata haq.
" well.. aku cuma komen based of true nature from nowadays, ramai orang sekarang nak cepat kaya jadi tamak..dah kaya, riak pulak... bukan nak berbakti pada masyrakat. kalau tak ada masyarakat... tak kemana , bisnes ke... sales ke... rating ke... peminat? lagi lah... kalau tak ada siapa support... jatuh macam tuh je apa yang kita invest. " kata adrien.
" betullah tuh.. orang sekarang , dah kaya sebuk nak bina rumah besar besar. ingat istilah kaya tuh dari bentuk rumah. macam istana ke? lepastuh , kalau dah kaya boleh buat suka hati? Agung kita yang paling tinggi kedudukan dalam negara pon tak macam diorang." kaya fahmi pulak.
"eh. dah lahtuh.. dah lari jauh topik . itu yang orang kata , ikut hati mati , ikut rasa binasa. " kata brian.semua menangguk setuju.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
wafi masuk ke tandas setelah dia cuba menahan hajat terbesar nya dari tadi. dia takut ara sedar dan dia tak ada di sisi isterinya itu. walaupun sudah lama dia menunggu ara untuk sedar tapi tiada tanda tanda itu quinnya itu bangun .
nasib tandas ada disediakan dalam wad itu. kalau tak jenuh dia nak mencari dan berjalan jauh.tiba tiba kelopak mata ara bergerak sedikit seperti dia hendak sedarkan diri. tapi...
'ahh! ngantuknya.... ' bisik hati ara sebelum mengerengkan badannya kearah kanan dan dibetulkan sedikit selimutnya dengan mata yang masih terpejam.
setelah puas , tubuh itu kaku kembali.. menyelam kearah mimpi. bagi dia. malam tadi merupakan malam yang paling penat baginya. tak sangka dia akan mendapat pengalaman menghalang pencuri yang masuk rumahnya..
mana nak dapat? tapi, padahnya dia yang sakit.. huhuhu...
tubuhnya juga terasa lemah memandangkan dia lupa makan ubat semalam. lesu satu badan. dan dia tak terasa nak bangun sekrang.wafi menarik pam tandas. sebelum keluar dengan muka lega menyahut seruan alam. ditutup kembali pintu tandas itu dan berpaling ke arah katil ara.
'hmm? memang dia tidur. macam tuh ke tadi?' bisik wafi apabila melihat posisi ara sudah berubah. dan seketika , sel otaknya baru berhubung.
' ara dah sedar' kata wafi girang dan bersyukur dalam hati.
dia mendekati isteri nya itu dengan perlahan. dan di tenung wajah itu. pipi yang tembam seperti pau. kulit yang putih . bulu mata yang ... sederhana .. tak melentik. tapi elok terletak disitu. kening yang berkerut .
YOU ARE READING
HIS RISING ANGEL ✓
Romantizm⭐no.1 gemok - 9/6/2020- kalau perempuan dikatakan andartu .kalau dia anbujtu?(anakbujangtua) apa pon wafi mempercayai bahawa , pilihan ibu adalah yang terbaik. jadi dia yang singlet nih. terima aja. memandangkan dia sudah 30 tahun. Ara menghadapi t...