25

505 22 0
                                    

selepas beberapa bulan ....

"wafi! please help me! " laung ara di ruang tamu.

kelam kabut wafi turun dengan neck tie yang.. err.. senget.

"kenapa? apa jadi?" kata wafi cemas.
lalu ara tunjukkan kakinya.

" tak sampai... " kata ara dengan mimik muka sedih memandang wafi. wafi memandang kaki ara.

'ouh.. kasut tak boleh masuk.. ingat apa benda lahh.' bisik hati wafi lega.

"haih.. ingat nak terberanak tadi. nak tercabut jantung saya." kata wafi sambil melutut di depan ara dan membantu kaki chubby itu untuk masuk ke dalam kasut sukan.

ara sejak mengandung lebih suka pakai kasut sukan selesa katannya. dah jarang dia tengok ara keluar dengan kasut flatnya. dan bila pakai kasut sukan mesti tak sampai sebab perutnya yang membesar menghalangnya.

wafi pernah ketawa pada ara bila dia lihat isterinya tak sampai. macam kura kura tergolek tak boleh nak terbalikkan diri dia balik. macam mana cara pon, tetap ara tak sampai nak ikat tali kasutnya. itu yang buat perut wafi keras.

" dah siap. awak nak pergi mana awal pagi nih?" tanya wafi hairan. dia nak pergi kerja, isterinya pon bersiap nak kemana?

" ouh. makcik jannah ajak jalan kaki sekitar apartment. katanya kalau banyak berjalan, senang nak bersalin." kata ara sebelum berdiri menghadap wafi.

" emm.. ingat awak nak pergi sendiri. yelah hati hati tau." kata wafi sambil mengambil beg laptopnya dan disangkut ke bahu sebelum berjalan keluar.

" awak kejap. " kata ara sebelum mendapatkan suaminya itu. wafi berpaling sambil kening sebelahnya terangkat.

" tali leher awak senget tak perasan ke? sini saya betulkan." kata ara sebelum menarik tali leher itu dan automatik wafi tertunduk.

ara membetulkan tali leher wafi dengan tekun .fokus betul dia. dan wafi? memandang wajah isterinya tanpa berkedip.
orang kata , wajah ibu mengandung selalunya berseri. tapi wajah ara hanya pucat.

selama 6 bulan ara mengandung nih. wafi kadang rasa kesian pada ara. kadang ara rasa sesak nafas. kadang tengah malam tiba tiba dia muntah tak henti. kakinya bengkak dan ara selalu ngadu sakit pinggang.

ada satu masa tuh ara sakit pinggang waktu malam . jadi dia tak boleh tidur selesa dengan keadaan baring. nak kejutkan wafi , ara kesian kerana wafi penat berkeja. sudahnya waktu pagi , wafi bangun subuh tengok ara tidur duduk . dengan kepalanya yang terlentok .

" dah... hah.. cun sangat.. " kata ara bangga hasil ikatan tali lehernya.

wafi membelai kepala ara yang dilapisi tudung instant itu.
ara pandang wafi pelik. sebenarnya , banyak perkara pelik yang wafi buat bila dia ngandung.

sepertinya .. tiba tiba menangis, tiba tiba bad mood, tiba tiba macam budak, tiba tiba menggoda? macam macamlah tiba tiba. siapa kata kalau isteri mengandung, lelaki tak ada kesan apa apa. contoh yang paling tepat suaminya itu.

" saya harap sangat anak kita lahir sihat. dan awak pon selamat. dan saya tak harap awak mengandung kali kedua cepat. saya rasa kesian tengok awak macam nih. kuat tapi lemah. " kata wafi.

" haih. encik suamiku.. sungguh sayang betul pada isterinya." kata ara.

" of course! you are my soulmate. housemate , bedmate, pillow mate ! and most important you are my rising angel" kata wafi.

" okey. saya faham . dah pergi kerja sana . lambat nanti. jumpa petang nanti ." kata ara .

" i will miss you my angel. " kata wafi

HIS RISING ANGEL ✓Where stories live. Discover now