17

451 22 0
                                    

bunyi pintu terbuka kedengaran.

ara yang sedang terbaring di atas katil terduduk.
lalu melihat jam dinding. pukul 9 malam.

'lambat nya wafi balik.' bisik hati ara.

kemudian ara menuruni anak tangga dan melihat wafi yang sedang membuka stokin.

"awak dah makan? " tanya ara lembut.

"belum. " balas wafi pendek.

"saya siapkan makan dulu awak pergi mandi." kata ara.

wafi hanya diam dan membawa beg kerjanya naik .

"kenapa dia senyap aja?" ara tertanya sendiri sebelum berlalu ke dapur untuk memanaskan lauk.

selepas beberapa minit wafi turun.
lalu duduk di meja makan.
ara menceduk nasi ke pinggan wafi dan pinggannya.

wafi hanya makan tanpa bercakap. kalau selalunya . wafi setiap hari akan ada sahaja perkara yang dia perlu katakan pada ara.

ara merenung wafi dengan wajah pelik.
kenapa suaminya hari nih?

"wafi? awak okey ke?" tanya ara .

belum sempat ara mendengar jawapan bunyi nada dering telefon kedengaran. wafi tergesa gesa membasuh tangannya dan berlari naik.

"fahmi! macam mana ? ada apa apa yang kau jumpa?" tanya wafi menerusi talian .

"kejap tau." kata wafi.

"ara! saya dah kenyang tau . boleh awak tolong basuhkan pinggan untuk saya? terima kasih! okey sambung balik apa kau cakap tadi fahmi" kata wafi dari atas.

'dia dah kenyang?' bisik hati ara tak percaya . dan melihat pinggan wafi yang hanya luak sedikit sahaja.

ara habiskan makananya dan mengambil pinggan wafi dan diletak di sinki untuk dicuci.

' dia banyak kerja kot.. tapi selalunya dia tak macam nih.. '

'mungkin ada urusan penting ...'

ara mengelap pinggan dan menutup lauk . di kemas sedikit cawan. lalu dia terpandang nescafe .

' dia makan pon tak banyak , aku buatkan air lah untuk dia alas perut.' bisik ara sendiri lalu dibancuh air nescafe di dalam mug.

ara menaiki anak tangga dengan secawan air nescafe yang sedikit panas. kemudian melihat wafi masih on the phone .

"wafi nah , saya ada buat air kat awak." kata ara sambil menghulurkan cawan tersebut.

"terima kasih.." kata wafi sebelum menyambut huluran ara . tapi tanpa sengaja wafi terjatuhkan cawan tersebut.

prang.

"ouch!" air panas tersebut mengena kaki ara

"ya allah!" kata wafi terkejut.

"wafi? wafi? kenapa tuh?" tanya fahmi.

"ara awak okey? " tanya wafi cemas .

"saya okey. tak apa biar saya uruskan nih . jangan risau. awak sambung buat kerja awak ." kata ara.

"tapi.. " wafi sedikit bimbang.

" tak apa ... saya okey... " kata ara lalu menghalau wafi.

"tak ada apa fahmi. " kata wafi lalu menyambung bercakap dengan fahmi .

ara mengambil kain lap dan mengelap air yang tumpah. kemudian dia ambil tong sampah kecil. di kutip serpihan yang besar. sebelum disapu serpihan yang kecil.

"hah.. siap pon.. senang je nih." kata ara bangga.

"wafi! awak nak saya bancuh yang lain?" tanya ara.

" hah? tak payah... awak nih... dah malam nih awak patutnya pergi berehat. tak perlu sibuk sibuk buat air bagai. saya bukan tak reti buat air. dah, dah pergi tidur sana . tak perlu ganggu saya" kata wafi yang sudah menamatkan panggilan .

ara sentap. walaupun wafi hanya bercakap menggunakan nada biasa tanpa nada tinggi digunakn.

' dia kata aku sibuk? aku prihatin dikatakan penyibuk?' bisik hati ara geram.

wafi kemudian duduk di meja kerja nya dan membuka laptop. ara turun dan membasuh tagannya yang terasa melekit.
tiba tiba

"aduh!" kata ara lepas seketika membasuh tanganya.  lalu dia menutup pili air dan melihat jarinya . darah menitik satu persatu.

"tadi tak rasa apa apa pon. " bingung ara sendiri.

dia membasuh luka itu dengan air sebelum di lap dengan tisu dapur.

" haih.. apa lah.. buat bende kecik pon berdarah." keluh ara sendiri.

kemudian dia membuka kabinet dapur dan mengambil first aid dan merawat luka itu.

lalu dia naik kembali dan melihat wafi yang menghadap laptopnya.

"awak... jom tidur, dah malam nih.. " kata ara lembut walaupun dia terasa marah dengan wafi sebentar tadi.

" awak tidur je dulu . tak nampak ke saya tengah nak selesaikan kerja nih... " kata wafi dengan nada malas layan tanpa memandang ara .

" awak esok.." kata ara terpotong.

"apa lagi nih! tidur jelah! tak payah nak serabut jugak . " kata wafi yang bengang.

ara terkejut dengan nada yang wafi katakan padanya. dia tanya elok elok jawab jelah elok elok. sekalipun ada kerja bertimbun ke..

'apa masalah dia? aku cuma nak tanya je ..' bisik hati ara yang geram tambah sedih.

lalu ara memasukkan diri dia dalam selimut dan setelah beberapa kali tukar posisi baru dia terlena.

🌼🌼🌼🌼🌼

8 pagi.

bunyi penggera kedengaran.
lalu tangan ara mengagau mencari telefonya.

setelah dapat baru dia buka matanya.

'hmm.. dah pukul 8.' bisik ara dalam hati lalu menggosok matanya. lalu tangannya menepuk tempat disebelah kirinya.

ara terkejut. lalu matanya memandang kesebelah kiri. kosong?.

'mana wafi?' bisik hati ara.

ping. mesej masuk kedengaran.
ara membuka password phone .

- saya dah pergi kerja . *wafi.

"itu je dia cakap? arghh! geramnya! " kata ara marah lalu menghentakkan tangannya kesisi.

lalu ara menuruni katil perlahan.
tiba tiba dia rasa sakit kakinya .
segera dia melihat kakinya. terdapat kesan merah di betisnya. mungkin kerana air panas semalam.

ara yang tak tahu kenapa , tapi dia merasakan air matanya mengalir. dah lama air matanya tidak turun dengan sendiri.

dia juga keliru adakah kesan melecur itu sungguh sakit hingga dia mengalirkan air matanya. tanpa dia tahu yang sakit adalah hatinya.

"Ara . kau tak perlu nangis ini cuma sikit sahaja. okey . jom kemas rumah. " kata ara sendiri.

lalu dia bangun perlahan dari katil menuju ke tandas untuk membersihkan diri dan menuju ke bawah.  dia ambil first aid dengan terjengkit jengkit.

setelah membalut lukanya , dia membasuh kain dan menjemur pakaian.

HIS RISING ANGEL ✓Where stories live. Discover now