wafi...
wafi...
awak.. bagun..wafi terjaga. dia bagai terdengar suara ara berbisik padanya. di lihat sebelahnya. adwa sudah terjaga tangannya bergoyang goyang seperti bermain sendiri.
" anak ayah dah bangun? " kata wafi dengan suara serak . di dekatkan kepalanya dan mencium pipi tembam itu.
" em! wanginya! anak ayah pakai apa wangi wangi nih?" kata wafi tersengih.
kemudian wafi memulakan hari harinya seperti biasa.
mandikan adwa sekali dirinya.
usik ika sikit. gomol adwa dan beransur ke hospital melawat ara." selamat pagi encik wafi.. " tegur nurse di kaunter.
" selamat pagi. " balas wafi kembali.
" encik wafi! selamat pagi! " tegur tukang kebun.
" ouh! pak wahab! ye selamat pagi. " kata wafi lagi. yelah sudah sebulan dia ulang alik di hospital itu . orang disitu sudah mengenalinya . ada yang mengelar wafi sebagai pencinta setia.
selalunya tepat pukul 8.30 dia sudah muncul di situ. kemudian pukul 9 lebih baru mertuanya muncul . jadi pagi pagi itu dialah yang muncul dulu.
" assalamualaikum. my angel. " kata wafi sebaik membuka pintu bilik yang sudah sebulan didiami oleh kekasih nya itu.
" waalaikumsalam." jawab satu suara dari dalam.
wafi tercengang.
figura itu tersenyum memandangnya dengan ceria. cahaya matahari yang masuk ke bilik itu seperti menyinarkan lagi pandangannya. ara duduk tenang di katilnya.
' ya allah.. ' bisik hati wafi dia tak sangka .
" abang ? " kata ara .
" ara.. betul ke itu awak?" kata wafi.
" ye saya wafi. kita jumpa lagi. " kata ara .
" ya allah! ya allah! " kata wafi lalu berlari mendapatkan ara dan di peluk erat .
" maaf wafi. saya tinggalkan awak sorang diri. saya dah gagal sebagai isteri awak." kata ara yang tiba tiba sedih.
" tak ara! tak! awak isteri yang paling paling paling terbaik dan cemerlang. tak ada siapa boleh ganti tempat awak. " kata wafi sambil memeluk penuh kasih.
" saya rindu awak ara.. saya rindu sangat. " kata wafi lagi.
" saya pon wafi... saya.. saya.. setiap hari dengar suara awak. saya selalu cuba nak bangun tapi saya tak boleh. saya bersyukur saya di beri peluang buka mata nih lagi. dan berjumpa dengan awak. terima kasih wafi . kerana setia. " kata ara.
wafi tidak dapat bercakap apa. yang dia tahu dia sangat rindu isterinya itu . di tatap wajah itu dan dicium ubun ara lama terasa penuh syahdu. muka ara di basahi air mata. begitu juga wafi. mereka berdua spechless.
" bila awak sedar? " kata wafi dengan suara bergetar.
" sebelum subuh . masa saya terdengar laungan azan. saya cuba buka mata akhirnya saya boleh. semua nih atas kekuasaan allah. " kata ara yang cuba menenangkan esakkannya.
" wafi, kami dah sampai.. " kata adam terhenti apabila matanya bertentangan dengan ara. adam terdiam dan tegak di situ.
" awak dah kenapa?" tanya fara sebelum dia perasan ara.
adam sudah menekup mulutnya dan mukanya memerah ." quinn! quinn! anak mama! alhamdulilah! " kata fara sambil air mata meniti terharu dan gembira sambil memeluk figura itu.
" akhirnya kamu sedar nak.. dah lama kami tunggu kamu.. " kata fara yang tak dapat tahan titisan jernih dari mengalir.
YOU ARE READING
HIS RISING ANGEL ✓
Romance⭐no.1 gemok - 9/6/2020- kalau perempuan dikatakan andartu .kalau dia anbujtu?(anakbujangtua) apa pon wafi mempercayai bahawa , pilihan ibu adalah yang terbaik. jadi dia yang singlet nih. terima aja. memandangkan dia sudah 30 tahun. Ara menghadapi t...