24

548 25 1
                                    

6.30 pagi. isnin.

"ara... lama lagi ke ? subuh nak dekat habis nih." kata wafi dari luar tandas .

"kejap..." balas ara lemah.

" okey saya tunggu lagi 5 minit tau. " kata wafi .

"hmm" balas ara.

ara duduk lemah di atas tandas duduk. perutnya terasa memulas dari tadi. tapi tiada tanda dia hendak membuang hajat terbesar. ditambah pula kepalanya yang terasa pusing.

dia bangun dari tandas duduk itu dan mengambil wudu. dia cuba menguatkan dirinya. dia perlu selesaikan solat subuh.
walau apa cara sekalipun.
selesai wudu , dia menahan dirinya ke dinding. dan membuka pintu tandas dengan berhati hati.

wafi memandang kearah ara yang keluar tandas.

" awak okey ke?" tanya wafi . risau pulak dia tengok ara dalam keadaaan begitu. sepanjang perkahwinan 1 tahun setengah ini kali pertama ara tunjuk simptom yang baginya teruk.

" okey.. pening sikit. jom cepat solat subuh. nanti habis waktu.  " kata ara sebelum memakai telekungnya.

" yelah.. " kata wafi sebelum mengambil tempat. dan mendirikan solat subuh.

'kenapa nih?' tanya ara sendiri dalam hatinya.

setelah solat subuh ara melipat telekungnya kembali. wafi melihat wajah isterinya yang pucat lesi. wajah tembam itu seperti hilang seri bila ara sakit.

" awak nak sarapan apa hari nih?" tanya ara sambil melihat wafi.

" awak tak perasan ke muka awak pucat? awak pergi rehat sana . " kata wafi mendatar.

" tak apa.. nanti sikit lagi okey lah.. biasalah nih.." kata ara keras kepala.

" saya kata pergi rehat! jangan nak degil. saya boleh buat sarapan saya sendiri. awak jaga diri awak. jaga kesihatan awak." kata wafi geram.

sakit sakitpon sibuk nak buat sarapan. rehat jelah.. bukan wafi tak faham keadaan isterinya itu.

" tapi.. " ara masih degil.

wafi bangun dari sejadahnya dan menarik lengan ara ke arah katil. lalu dia rebahkan ara sebelum menyelimutkan isterinya itu.
" awak nak makan apa saya masak. " kata wafi.

"saya okeylah.." kata ara.

"ish! just order ,no excuse! " kata wafi tegas.

" fine... scramble egg sandwich please." kata ara lemah.

" good girl. okey saya masak. sikit lagi saya bawak naik atas. awak jangan nak bergerak seinci pon." kata wafi.

" haih.. yelah.. " kata ara pasrah memandangkan sakit kepalanya makin menekan.

wafi turun anak tangga dan berlalu ke dapur.
bunyi bising di dapur menandakan wafi sedang berusaha untuk memasak.

ara terkebil kebil memandang lelangit bilik itu.

' bukan selalu aku tak makan telur hancur ke? ' bisik hati ara pelik dengan makanan yang baru meluncur dari bibirnya tanpa sedar.

"aku mengidam kot.." kata ara sebelum gelak sendiri.

' eh! kejap! mengidam.? ' ara terkejut dengan perkataan itu.

cepat cepat dia ambil kalender di tepi kepala katil dan mula melihat tarikh bulan berdarahnya.

"hmm.. patutnya dah datang... tapi lambat pulak.. eh? dah 2 bulan tak datang?! " kata ara terkejut dan refleks nya dia terduduk dengan mengejut.

"aww.... sakit kepala." rungut ara sendiri sambil memegang kepalanya.

HIS RISING ANGEL ✓Where stories live. Discover now