20

523 20 0
                                    

Hospital

" assalamualaikum.. " sapa wafi ke kaunter hospital.

"waalaikumsalam. ye encik, apa yang boleh saya bantu?" tanya kerani tersebut.

" Saya nak tanya pesakit perempuan yang bernama quinn arabella . wad mana ye?" tanya wafi.

"kejap ye . " katanya.

" okey . encik boleh pergi ke wad p50. encik ambik dari sini dan terus sahaja. wad paling hujung." kata kerani tersebut.

"okey terima kasih." kata wafi sebelum beredar dari situ.

sambil itu dia menelefon seseorang. adrien.
" hmm... kenapa kau call nih? " kata adrien.

"ad aku hari nih tak dapat masuk . pasal kes dato fakri aku nak kau dengan yang lain settlekan. " kata wafi.

" kenapa ? kau okey ke?" tanya adrien.

"aku okey. ara. ara yang tak okey." kata wafi

"hah! apa yang jadi?" tanya adrien.

"semalam , rumah aku kene pecah masuk pencuri.... ara.. dia.. dia cedera teruk... aku sekarang kat hospital." kata wafi sedih.

" ya allah... okey okey. aku settle kan kes nih. kau sekarang fokus pada ara. aku harap ara cepat sembuh lah.. kau kena kuat tau wafi. kau dah call belum mertua kau?" kata adrien.

"belum. aku , aku tak nak diorang risau. lagipun ini semua salah aku... kalaulah.." kata wafi terhenti.

" tak wafi... tak... ini semua takdir yang allah telah tentukan kau kena tabah dan tak boleh salahkan diri sendiri. aku pasti semua yang berlaku pasti ada hikmah. " kata adrien.

" thanks ad. " kata wafi.

"any time bro. " kata adrien sebelum menamatkan panggilan.

wafi memasukkan telefon kedalam poket. dan matanya memandang kehadapan. p50.

dibukak pintu wad itu perlahan lahan. kelihatan sekujur tubuh yang terbaring kaku dengan mata yang tertutup. wafi dipagut rasa bersalah. dia mendekati tubuh itu perlahan lahan.
terdapat kesan biru di leher ara .

" ara... saya datang nih.. " sapa wafi perlahan sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi yang disediakan di tepi katil. wafi memegang tangan gebu yang terasa sejuk.

"awak.. saya minta maaf. kalau saya tahu semua nih akan berlaku. saya.. saya.." kata wafi tak dapat diteruskan lagi. nadanya semakin memberat kerana menahan tangis.

wafi lihat wajah yang tidur itu. sungguh tenang.

tok tok..
bunyi ketukan dipintu kedengaran. wafi berpaling.

"encik wafi? suami puan ara?" tanya seorang dokter perempuan yang masuk .

"ye ...ye saya. " kata wafi lalu berdiri mendapatkan dokter tersebut.

" macam mana keadaan isteri saya?" tanya wafi.

" sebelum tuh.. isteri encik ada mempunyai penyakit tak?" tanya dokter tersebut.

" ada. kenapa dok?" tanya wafi.

" macam nih.. mengikut kecederaan yang puan ara hadapi . ianya tidak terlalu teruk. tapi , atas sebab puan ara mempunyai penyakit lain. kesannya terhadap tubuh puan ara menjadi.. sedikit tidak stabil." kata dokter tersebut.

" boleh saya tahu. semalam puan ara ada ambik ubat seperti dia rutin?" tanya dokter itu. wafi terdiam.

"saya , tak tahu.. " kata wafi lemah.

" ouh. tak apa encik. saya cuma nak bagi tahu. kemungkinan puan ara lupa untuk konsum ubat dia , dan menyebabkan kecederaannya teruk. sepatutunya puan ara sudah mula sedar sekarang. tapi , disebabkan begini. mungkin ambil masa yang lebih lama. " kata dokter tersebut.

wafi hilang kata. dia pandang tubuh ara yang kaku disitu.

" encik jangan risau. insya allah. semuanya akan baik baik.. kita hanya perlu doakan kesejahteraan puan ara untuk kembali sembuh. " kata dokter tersebut.

"baik.. " kata wafi pendek.

" kalau puan ara sudah bangun tolong panggil saya. kita akan buat pemeriksaan keadaan puan ara. sebelum kami decide untuk encik wafi bawa pulang puan ara. baik, saya pergi dulu." kata dokter tersebut sebelum beredar .

"ara.." kata wafi sedih.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"eh? mana wafi? dia tak masuk ke hari nih?" tanya haq yang baru keluar dari menjenguk bilik wafi yang kosong.

"hmm? haah. ara masuk hospital semalam." kata adrien yang sedang melihat laptopnya.

"ha? kenapa?" tanya fahmi terkejut.

" semalam pencuri masuk rumah diorang. ara cedera sebab halang pencuri tuh. wafi balik lambat semalam." kata adrien.

"weyh! tak sangka ! semua nya berlaku sekelip mata. baru semalam aku cakap dia ada benda penting sbb ara call. tup tup hari nih.. memang emergency! " kata fahmi.

"itulah..dia tadi call aku . terkejut jugak aku. tapi kesian jugak kat wafi. mesti dia rasa bersalah sangat bila keadaan jadi macam nih." kata adrien.

"ini semua ujian... buat dia.. satu.. satu..harituh syarikat, nih ara pulak." kata brian yang muncul tiba tiba.

"nih sorang lagi! aku cepuk kepala kau! cuba buat bunyi sikit ! nih datang menyampuk macam hantu!" marah fahmi.

"sorry bro.. tapi , nasib wafi tinggalkan hal syarikat nih dah settle semua.. tak ada dia tertekan ngan hal syarikat.. tambah ara pulak macam nih" kata brian.

"hmm.. betul tuh.. kita doakan supaya ara cepat sembuh." kata haq.

" amiin.. " kata mereka serentak.

HIS RISING ANGEL ✓Where stories live. Discover now