18

478 22 0
                                    


"weh! wafi! semalam kau kenapa dengan ara? korang gaduh ke?" tanya fahmi yang baru sampai ke tempat kerja.

"lambat hari nih?" kata wafi dingin tanpa memandang fahmi.

" erk! aku terlajak . nasib anak aku ada jadi penggera. selamat.." kata fahmi.

"wafi? kau tak nak cerita ke pasal kau dengan ara?" tanya fahmi lagi.

" kitaorang okey je. dah pergi sana sambung kerja. " kata wafi lalu menghalau fahmi.

" wafi . bagitau lah." pujuk fahmi.

wafi mengangkat pandangannya dan memandang tajam fahmi.

" aku kata kitaorang okey je. telan jelah apa aku cakap! masa nih . tak ada yang lebih penting dari syarikat aku. " marah wafi kepada fahmi yang bertindak sebagai panjaga tepi kain orang.

"wow! releks! aku tahu kau tertekan . aku faham. jangan risau kitaorang akan tolong kau. tapi kalau hubungan kau dengan ara rosak kitaorang tak boleh nak buat apa. " kata fahmi sebelum keluar dari bilik wafi.

' teruk sangat ke aku marah ara semalam? rasanya tak. memandai je fahmi nih nak takutkan aku lah tuh. sekarang nih company our first priority!' bisik hati wafi.

" kau kenapa fahmi?" tanya haq.

" tak ada apa. semalam aku on phone ngan wafi. lepastuh aku dengar dia marah marah ara and yang aku terkejut bila dengar bunyi kaca pecah. " kata fahmi pada haq.

" apa yang dia buat sampai kaca pecah?" tanya haq.

"entah lah. bila aku tanya dia. wafi kata dia okey je dengan ara. tapi aku pulak rasa risau. kau tahukan , wafi kalau dah fokus satu benda yang terdesak dia tak kesah dah . perasaan orang lain. sakit ke, terasa ke. janji kerja dia siap" kata fahmi.

" hmm.. betul tuh, dia jarang tertekan . kalau dia stress , memang dia tak boleh nak handle dua benda. " kata haq pula.

" tak apa lah... kita doa kan yang terbaik unutuk mereka . biasalah tuh.. hubungan rumah tangga diuji. sama ada kita dapat tahan atau tak hubungan tuh bergantung pada pasangan masing masing. " kata brian yang tiba tiba muncul.

"hish! rian! boleh tak kalau nak muncul tuh buat bunyi ke apa. boleh lemah tau jantung aku!" marah fahmi.

" sorry bro cannot change it. its naturally design by allah. " kata brian selamba sebelum berlalu dari situ.

"aku heran.macam mana aku boleh kawan dengan dia. " kata haq sambil melihat brian yang pergi.

30 minit kemudian ... bilik mesyuarat.

" wafi , aku rasa kita kene minta bantuan bad lah.. diakan hacker dari zaman u lagi. kita tak dapat nak handle bende nih. " kata adrien yang mensuggestkan seseorang .

" aku pon rasa macam tuh. kita semua memang ada kepakaran IT tapi bad lagi expert dan pro bab program dan hack. " kata haq.

wafi diam sambil mendengar cadangan kawannya.

tiba tiba handphone wafi berbunyi.

semua memandang kearah phone yang berada atas meja berhadapan wafi.
adrien menyiku fahmi supaya tgk siapa si pemanggil.

fahmi mencuri tengok dan melihat nama yang terpapar. ara . wafi yang perasaan fahmi melihat telefonnya . terus di putus kan panggilan dan di matikan.

"kenapa kau tak jawab? " tanya haq.

" tak penting. yang penting sekarang Syarikat aku. " kata wafi. semua nya tersentak apabila wafi berkata macam tuh.

" kau tak boleh macam tuh... dia isteri kau. mana tau benda penting? lagi pun dia jarang call kau waktu kerja. " kata adrien.

HIS RISING ANGEL ✓Where stories live. Discover now