Peritnya Didampingi Saka

478 9 0
                                    

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Nama pena Saya Ato. Kisah kali ini adalah berkaitan dengan kisah kawan saya ditempat kerja sekarang. Dalam kisah ini, saya akan menggunakan kata ganti nama diri ‘aku’ sebagai mewakili kawan saya. Ikuti kisah kawan saya di bawah ini….

Aku adalah anak ke 4 dalam 10 orang adik beradik dengan 4 orang adik beradik perempuan. Ayahku bekerja sebagai nelayan dan ibu sebagai surirumah sepenuh masa. Ibubapaku berasal dari pulau dan kami adik-beradik semuanya telah membesar di tanah besar. Kekadang dapat juga balik kampung jika ada cuti sekolah.

Aku lahir dari keluarga yang ada keturunan saka sama ada sebelah bapa mahupun sebelah ibu. Ibu aku pewaris saka turun temurun sehingga 7 keturunan. bapa aku pulak tidak mewarisi saka kerana dia adalah adik bungsu dalam adik beradiknya.

Walaupun bapa aku tidak mewarisi saka, namun beliau pernah hilang beberapa bulan kerana tersesat ke alam bunian. Kehilangan beliau telah menyebabkan ahli keluarga berputus asa untuk meneruskan pencarian. Seluruh pelusuk kampung dan kampung-kampung tang berhampiran telah digeledah namun tidak menjumpai sebarang jejak bapaku. Menurut bapaku, semasa berada di alam bunian, bapa aku telah dinikahkan dengan puteri bunian dan dikurniakan seorang anak perempuan.(puteri bunian sering melawatinya pada setiap bulan purnama dan telah memberitahu bapa aku bahawa dia telah mengandung. Selepas melahirkan anak, puteri bunian kemudiannya mengkhabarkan kepada bapaku.) Kisah ini agak kurang masuk akal, namun itulah hakikatnya.

Semasa bapa aku balik ke rumah, beliau berasa hairan kerana semua ahli keluarga memeluknya erat-erat sambil menangis teresak-esak. Bapaku blur dan kemudian bertanya apa yang telah terjadi. Pada mulanya bapaku menyangka ada perkara yang berlaku dikalangan ahli keluarganya. Tetapi setelah dirterangkan oleh atuk aku, barulah bapa aku faham akan keadaan sebenar. Menurut bapaku, dia hanya berada selama 3 hari sahaja di satu perkampungan yang dia tidak pernah lihat dan kemudian dihantar pulang setelah bersetuju untuk berkahwin dengan puteri ketua kampung tersebut. Mungkin itulah syarat utama yang dikenakan kepada bapaku.

Selepas kejadian tersebut, bilik bapa aku sentiasa kemas dan bersih serta tersusun rapi. Bapa aku tahu bahawa puteri bunianlah yang mengemas bilik tersebut. Jika ada sesiapa yang tidur di bilik bapa aku, pasti akan demam dan sakit dan terpaksa meminta maaf bagi meredakan demam. Pada hari-hari biasa, puteri tidak pernah menjelmakan diri kecuali pada setiap bulan purnama sahaja.

Oleh kerana menyedari akan sukarnya mempunyai isteri yang berlaianan alam, maka bapaku telah meminta izin dari puteri bunian untuk bernikah dengan manusia biasa. Ketika itu, bapaku telah jatuh hati dengan ibuku. Dia gelar ibuku sebagai ‘Gadis Borneo’ mungkin kerana wajah ibuku persis wajah orang-orang tanah besar borneo ketika itu.

Selepas bapaku berkahwin dengan ibu, puteri Bunian tidak lagi melawati bapaku sehinggalah kami dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. Demikian serba sedikit tentang kisah bapaku.

Kisah aku mulai didampingi saka ketika aku masih belajar di salah satu maktab di Sabah pada tahun 2001. Kisah permulaan bermula ketika aku sedang santai-santai minum petang bersama kawan-kawan di kantin maktab. Semasa santai-santai tu, tiba-tiba aku rasa semacam. Badan mulai rasa dingin dan sekali sekala aku tidak dapat mendengar perbualan kawan-kawan. Disebalik satu pokok di sisi belakan kantin, aku terlihat seorang lelaki tua bertongkat sambil merenung tajam ke arah kami namun lirikan matanya tertumpu pada aku.

Aku beritahu kawan-kawan dan bertanya kalau-kalau mereka kenal lelaki tersebut. Namun apa yang menghairankan, tiada sorang pun dikalangan mereka yang melihat lelaki tua tersebut. Ketika ini diri aku semakin lemah. Lelaki tua tersebut pula mula melambai-lambai aku sambil tersengeh tetapi mulut punyalah main besar. Tidak lama selepas itu aku dah mula tidak sedarkan diri.

Menurut kawan, semasa aku tidak sedarkan diri, aku hampir terhempas ke lantai tetapi tindakan kawan-kawan berjaya menghalang aku dari terhempas. kemudian mereka memapah aku tetapi aku mula meronta-ronta sehingga mereka terpaksa baringkan aku. menurut mereka, tenaga aku diluar batas insan biasa. sangat kuat dan mereka terpaksa meminta bantuan kaan-kawan yang lain. Salah sorang kawan pulak bergegas mendapatkan pensyarah sorang ustaz yang tinggal berhampiran.

Kisah-kisah SeramTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang