Kisah Rumah Sewa Semasa Zaman College

353 9 0
                                    

Ok guys!! Ini berlaku semasa saya mula sambung belajar saya dekat sebuah college di kuching Sarawak. Masa tu saya baru je sem 1 bak katakan baru jauh dari Family , saya asal Sibu ini sebagai maklumat kepada pembaca-pembaca FS.

OK masa tu semua student ditempatkan dekat sebuah Rumah yang disewa oleh pihak college untuk students-student sem 1 sampai 8. Rumah ini boleh dikatakan macam Rumah Teres 2 tingkat, jangan hairan ya pembaca FS kami dekat sana hanya student yang datang jauh-jauh sahaja, yang lain ada yang harian dan juga ada yang sewa luar terutama senior yang banyak sewa luar, hahaha sorry kalau ada mencarut sikit.

Ok kisah ini bermula pada lebih kurang 2 bulan selepas saya menduduki Rumah sewa tersebut. Ini senior saya punya kisah dahulu. Ianya berlaku pada waktu-waktu senja, masa tu kawan-kawan yang lain dan juga senior pergi bermain Futsal, jadi senior dan 2 orang lagi masih tinggal dekat rumah sewa tersebut. Mereka 3 ini walaupun tinggal dalam 1 rumah tapi tidak sebilik ,sebab teres 2 tingkat ini ada 5 buah bilik , manakala 4 di atas dan 1 dibawah.

Pada waktu itu dia tengah nak bangun tidur tiba-tiba dia tengok sebiji bola dari bawah katil dia seperti ditendang dan masuk lagi sebelah bawah katil sebelah. Bagi pengetahuan rakan-rakan pembaca FS semua, bilik mempunyai katil double decker , 1 bilik ada 2 katil dan 4 orang dan hanya bilik masters room sahaja yang mempunyai 3 katil dan 5 orang dekat situ. Ok, selepas senior saya tengok bola ibaratkan ditendang oleh sesuatu di bawa katil dia yang tempat dia tengah tidur tu, dia pun hairan kenapa boleh tu macam ada sesuatu yang menendang dan berguling sangat laju dari bawah katil dia ke katil lagi satu.

Pembaca FS semua, bola tu macan ditendang bukan hanya sekali malah ada beberapa kali, dia pun hairan sama ada dia masih mengantuk atau hanya halusinasi dia sahaja. Tak lama kamudian, dia pun tidur balik dan tidak endahkan apa berlaku.(Boleh tahan senior saya ini pemberani sikit orang nya.)
Ini kisah pertama berlaku semasa beradanya saya dekat rumah sewa itu.

Ohh ya saya lupa nak bagi tahu, ada seorang senior saya nama dia abu(nama samaran) dia nie ada mempunyai deria keenam, dia boleh nampak dan boleh merasa keberadaan benda tersebut. Ok kisah kedua yang saya nak kongsi ialah semasa semua kawan-kawan saya pergi dinner college. Setiap tahun college kami akan mengadakan dinner. Pada masa tersebut ada beberapa senior dan rakan2 saya ikut dinner. Pada malam itu yang tinggal hanya 5 orang termasuk saya (Berani sebab tak tahu sangat pasal rumah itu..) yang tinggal hanya la rakan2 yang sama sem dengan saya. Dinner itu start pada pukul 9 mlm sampai 12 tengah malam. Jadi kira lama juga la kami orang ditinggalkan.

Pada lebih kurang jam 9.40pm macam tu, saya pergi mandi dekat bilik masters room. Rumah yang kami tinggal ini ada 3 tandas , 1 di bawah, 1 di tengah-tengah semua bilik di atas dan 1 dalam master room. Selepas sahaja saya selesai mandi, tiba-tiba saya tedengar suara orang tua macam dia tengah nak mintak perhatian dari saya. Dia berbunyi macam ahemm!! Ahem!!.

Mula-mula saya tidak kisah kerana saya ingat Jiran sebelah. namun semakin lama bunyi dia semakin macam keadaan orang yang marah(mungkin saya tidak kisahkan dia kot.) dan lepas tu saya pun rasa lain macam seperti terasa ada orang yang tengah perhatikan saya dekat luar jendela. saya ini jenis orang yang takut dan tapi ada juga berani sedikit. Saya teruskan sahaja dengan kerja saya dan sempat hairdryer rambut lagi. Lama kelamaan bunyi itu pun hilang dan tidak lagi kedengaran. pada masa tersebut kami berlima tak dalan bilik yang sama semua berasingan(sebab belum rapat lagi). inilah pengelaman seram saya dekat rumah ini.

Kisah Ketiga pula, ini juga berlaku dekat rumah itu. Masa ni kalau tak silap, saya dalam sem 3. Ia nya berlaku semasa malam saya dan juga ada 3 orang rakan saya termasuk Abu  yang juga ikut ulang kaji dekat bawah, sebab esok dah exam untuk sem 3 dah. Pada malam itu semua kami fokus dan buat kerja masing-masing dekat atas meja makan. Waktu itu kira-kira padan jam 11 mlm. Sedang kami semua study, tiba-tiba rakan saya seorang dengar tin dekat bilik dapur jatuh beberapa kali. Kami yang lain masih sibuk fokus study memang tak endah lah dengan benda tersebut.

Kawan saya ini pun satu dia nie memang tak pernah diam mulut, dia pun lalu menyampuk dan kata “siapa lah main tin tu dekat dapur, kacau study betul la” , kami pun hairan apa dia nie cakap. Kami ingat dia stress agaknya. Selepas beberapa minit , tin itu jatuh lagi.  Kami hairan kenapa boleh ada tin jatuh sedangkan mana ada tin kosong dekat dapur dan kami pun pandang muka si Abu. Dia pun buat-buat tak tahu je, kami yang lain tu jangan cakap la memang tidak fokus lagi dan semua benda yang dihafal pun tak ingat lagi.

Tidak lama kamudian tin itu jatuh lagi, memang kecut la… nak lari ke tingkat atas pun takut sebab tangga sebelah dengan dapur, jadi duduk diam saja la janji dia tidak muncul dekat meja makan itu.  Tiba-tiba si Abu ini pun bagi isyarat suruh kami buat biasa sahaja. Sambil kmi study sambil kami semua juga fokus bunyi tin tersebut takut-takut dia main tin itu lagi, lebih kurang 5 minit berlalu kami semua dengar pintu dapur ditutup dengan kuat macam nak runtuh pintu itu ditutup,

kami pun pandang muka masing-masing dan duduk semakin lama semakin rapat dengan yang lain kecuali Abu(entah la berani betul dia ini). Selepas itu kawan saya seorang pun sakit hati study pun tak boleh dia terus pergi dapur nak tengok sama ada manusia ka bukan yang main pintu tersebut, dia pun terus ke sana dan tidak lama dia datang lagi dengan muka macam dah tiada darah lagi dalan badan dia, dia cakap “pintu dapur dikunci dan tiada siapa-siapa di sana. Selepas dia bagi tahu kami pekara tersebut, abu pun terus menyampuk dan dia kata” ok la jom kita balik atas dah lewat dah nie ndak study takut nanti kurang tidur kata dia”, kami orang lain tu apa lagi la dah macam lumba kereta simpan semua buku dan alat tulis , abu ini baik dia tak dulu dia tunggu selepas semua dah habis kemas baru dia jalan dan dia yang jalan akhir, aku memang tengah2lah hahaha….

kami pun naik atas dan terus pergi bilik masing-masing. Selepas 3 hari lepas tu baru abu ceritakan apa yang berlaku pada malam itu, dia memang perasaan lebih awal lagi dan dia nampak susuk pontianak berkeliaran dengan luar dan menjeling kami tengah study dekat tingkap berlakang saya pada malam tu fuhhh nasib la kami yang lain tak nampak kalau nampak memang saya la orang pertama mula pengsan. Si abu ini dia memang dari awal lagi sejak kami masuk rumah tu dah bagi tahu awal-awal kalau dia ada nampak atau rasa sesuatu dia akan bagi isyarat dan tidak akan tinggalkan kami.(Dia memang baik la).

Lepas tu lepas sem 5 kami semua keluar dari rumah itu dan pihak college tak nak lagi sewakan Rumah itu untuk student dan start dari situ saya dan classmate saya cari rumah sewa luar tak nak lagi tinggal dekat rumah sewa yang disewankan pihak college di tempat baru takut-takut macam tempat yang sama.

Saya rasa sampai sekarang Pun masih rumah tu belum dibeli atau disewa oleh siapa-siapa.

Terima kasih sebab sudi baca kisah saya ini, dan mohon maaf kalau kisah saya agak boring dan kamu orang kurang faham.

Kalau ada peluang lagi saya akan kongsikan pengalaman saya dekat sebuah Kem PLKN.

Terima kasih.

Kisah-kisah SeramTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang